Showing posts with label Misi 30 April. Show all posts
Showing posts with label Misi 30 April. Show all posts

Tuesday, May 10, 2011

pindah!

kami suda kawen! hehe dah selamat. alhamdulillah dah settle, cuaca baik. selain beberapa tragedi y berlaku sebelum tu. apepun, kami mau pindah url blog ni. sebab musabab, asenye sbb saje2 je. kawan2 bleh pm la ye kalau sudi utk follow blog baru :)  


MISI 30 APRIL BERJAYA!!

Wednesday, April 27, 2011

fuh..

baru dapat bernafas sket. kalau tak bizi saje. keje satu hal, preparation satu lagi hal. tension bermacam2 hal. timekaseh kepada incik bos y baik ati, bagi saye cuti 2mggu stret. hurray! timekasih juga incik bos kerana sms hepi bday kepada saya. hehe dalam ati da cuak2 ngatkan nk suh wat keje ke, atau nk tny pasal keje. ternyata incik bos mmg sapotip dan baik ati. di kesempatan ini (sekiranya incik bos baca), saye mau ucapkan jutaan trimakasey kerana menyeponsor honeymoon kami. yahu! yahu! saaayang bos!

saye stat cuti isnin itu hari tapi bz mengalahkan org keje. time ni la baru dpt buat mende2 remeh kecik2 mcm kemas umah, lemari, touch up hantaran dan sebagainya. gambar antaran y da siap da amek cuma malas lagi nk transfer sbb lappy usang sangat selo. dan saya sangat malas. taip entry ini pun sambil terlentang keletihan. 

alhamdulillah suma persiapan dah ready, esok amek baju y da fitting. nasibaik baju y try fitting itu hari bleh muat gak. walaupun dah mengalami pelbagai fasa. 44kg-->53kg-->44kg kembali. tade la pulak aku nk amek gmbr kaki aku berdiri kat weighing scale sebagai bukti  walaupun tah2 penimbang analog tu dipusing2 manual adjust sampai nombor 45 padahal hakikatnya peha saje dah 20kg. yang pasti baju aku nikah kat tangan ada lining, takde la pakai tudung tapi kat tangan tu mcm tak cukup kain buat lining. 

semalam, 1st time ase mcm tak ase bday. sbbnye ada mende lagi hebat dari bday y bakal jadi. ngat biasa2 saje, tp incik dah membuatkan saya tergamam dgn kek y suwit gula dan cekelat, dan caption y suwit mcm incik.eh aku bodek ni kalau dapat bb torch ni bes gak. hehehe. tapi aku bukanlah kaki kikis barang2 mahupun barang kemas dari ex, mahupun dari current bf, atau hubby.




jumaat suda mau bertolak ke intekma utk siap2 n berinai :)
hehe. akhirnya sampai juga time ni. skang ngah try2 pujuk anuar zain dtg. walopun mcm tak dtg je kot. haha. perasan gile, nak anuar zain dtg. cikmie! tlg pujuk anuar zain plis!

orait! suma dah tinggal tggu time saje! kawan2 doakan semoga majlis berjalan lancar seperti y dirancangkan dan cuaca baik pada hari itu ya! to hater and stalker, kalau kau ikhlas doakan juge la ye majlis kami berjalan lancar. tak baik busuk ati, lagi2 time preggy ;)

Wednesday, April 13, 2011

tick tock

saya malas kira, tapi ada kawan sy rajin kirakan. haha. so remaining days to Misi 30 April ada 17hari lagi!
kejap je. rabu dah harini. nanti jumaat patu da next week. phew. harap apa y kitorang plan berbulan2 utk hari kejadian tu berjalan lancar hendaknya. amiin.


lagi yang pending dan separa pending dan bleh dibuang status pending:


1. Fitting
Isnin mggu depan pas keje :)
Berat dan saiz badan telah berjaya mencapai target. WeehOoo~!

2. Kasut untuk nikah
Ha. belum lagi. asek lupe.

3. Stail tudung nikah
Bleh la. Dah ada idea dah :p Bahan mentah bakal didapatkan dalam esok atau wiken ni :p

4. Henna tangan
Haritu dah cari inai pelbagai jenis kat jalan masjid india klang, tapi kesemuanya macam kurang merah pun. ada trick ke ek? Pastu saya came across satu page kat fb. Inai dia cantik! merah! corak lawa! kemas! n paling penting sgt murah! 

10. Hotel utk famili
Dah siap book! 

11. Honeymoon
Setel! ;p 

12. DJ song list

by 25th April confirmkan :)


13. Follow ups
   -Head count : P done, L in progress.
   -Pelamin      : Latest by 25th reconfirm again.
   -Make up     : By 25th juga
   -Photographer : By 25th juga

wah! byknye mende kene folo up by 25th! ni y ase nk cuti berminggu2 ni! 

Tuesday, April 5, 2011

Quickie!

minggu lepas..dan sedikit dalam minggu ini.


1. Doorgift

kami order dari ex-opismate y wife bliau buat biz baking. bleh lihat2 blog bliau di sini. harga mmg best, bleh suitkan dgn budget y korang nak. kalau tatau nak order apa bleh ckp je nnt dia akan try utk cari pakej y sesuai. y sy dpt, Rm 1.50 utk muffin choc/vanilla choc chips skali ngan kotak y cantik n bleh letak gula2 skali dlm tu.

2. Bunting

kami dpt bunting standard size 2"x5" tu RM30 per piece! lowest in town setakat y kami sebey. design sendirik. kalau kat tpt len tatau la, janji paling murah dalam radius area kitorang. mau tau tpt, bleh PM ;) sbb kami order segar dari kilang.

3. Thank you sticker

kami dapat 0.11 sen satu sticker. ni kat plaza alam sentral ada byk2 kedai atas tu. utk kedai y spesifik saye pun da lupe apa nama. tp kalau mau tau, bleh PM. ;)
(khas utk beberapa rakan y sedang planning ittew ;p)

4. Fitting

Weekdays lepas keje, tp tarikh masih belum ditentukan. Operasi diet diteruskan dengan giat! Lepas fitting, usaha menten pula perlu dijalankan.

5. Deco hantaran

95% suda siap, tinggal masukkan n cantikkan barang2 saje lagi :)

6. Kasut untuk nikah

Alamak! lupe. kene g cari last menet. tp, nnt nikah kat masjid juge, buka kasut juge. tapi, nnt amek gmbr juge. kasut nampak juge. ini tak boleh jadi! perlu cari!

7. Stail tudung nikah

Hana Tajima sangat santek. Stail dia pun santek. tapi, sesuai ke utk event? Usaha lebih gigih utk survey!

8. Henna tangan

Mula2 mcm tanak buat sgt. Tapi tgk mcm lawa juge. Tapi ada kawan y sgt pandai buat juge. Kawan~~ bantu saya pliss! hehe

9. Hotel utk famili

Mangsa untuk meminjam kad staff sudah dikenalpasti. Hujung minggu ni akan terus membooking dengan half price ;)


10. Mengepos kad

Tadi baru beli setem. terdelay sikit sedangkan kad suda lama ready. time time cani la nak bz.. huhu.. esok setel pos, insyaAllah lusa sampai kad ;p

11. Honeymoon

Tempat sudah dikenalpasti. Dana sudah dijanjikan. Cuti sudah apply. Tapi tix belum beli. ayok.


Apa lagi belum ek?

Hm.. Hm.. kene check lagi..
Hm.. kene folo up ni.
Hm.. hah!

12. DJ song list

Terpulang pada DJ, tp saye ada lagu2 rikues saye! nnt saye mau diskas dgn ini DJ :p

13. Follow ups

-Head count
-Catering
-Pelamin
-Make up
-Photographer

orait. ready 1, 2 go!

Monday, March 28, 2011

satu bulan dan dua hari saja lagi~!

pejam celik pejam celik dah tinggal lebih kurang sebulan saja lagi utk our big day :)
setelah melalui banyak banyak halangan dari satu orang y busuk hati, ia hanya menjadikan kami lebih terhibur dgn lawak2 kurang matang, contohnya kedengkian terhadap kecantikan ketiak saya dibandingkan dengan muka bliau. ataupun, lawak ingin menari hindustan dengan semua orang. kahkah. get a life, please.sedikit nasihat ikhlas, bawak2 lah berubah, supaya anak tak menurun perangai busuk tu.

dah nak dekat big day, so utk diri saya dan incik, kami ingin review apa y still perlu diusahakan. supaya takdelah membazir belanja utk majlis, tak perlulah sikit2 je nak buat majlis, tak haru pun  buat sekali je  janji puas ati, pakai duit sendiri takde mintak2 orang sponsor.simple2 sudah. takperlulah buat majlis kawin kau makan meja asing nampak sgt penting diri. konon nak romantik tapi nampak  mcm kera sumbang duduk kat ujung tu. 

oraits.
kami tgk checklist kami satu2 yang dah sudah;

1. tarikh, venue; dah
2. gaya tema; dah
3. bajet; dah
4. finalized tetamu; dah
5. pengapit; dah
6. juru andam; dah
7. katering; dah
8. jurufoto; dah
9. bunga & deco majlis; dah
10. cincin nikah; dah
11. dj; dah
12. kek pengantin; dah
13. kad jemputan; dah

yang dah settle tp need to follow up;

1. pos kad/ by hand; by 1st week April
2. doorgift & catering; by early April
3. design majlis, kek, hand bouquet, konsep muzik; by 2nd week April
4. fitting; by 2nd week April
5. fotographer; by 2nd week April
6. accommodation; by 2nd week April
7. kadi follow up; by 2nd week April

yang tggu early April utk execute;

1. bunting 2pcs
2. final deco hantaran

oraits. asenye itu saje. incik, ada apa nk tambah?

rumah, early March insyaAllah dpt kunci.  nk kene stat survey barang n nk renovate dapur gak. haih.pas kawin la fikir. janji dah nak setel, tadela da preggy nk muntah2 g cari barang kat IKEA. tak ke menyusahkan nnt? haru... 

Tuesday, March 15, 2011

hampir siap!

nk cite pasal ape ek.kalau aku, aku suke baca pasal mknn, tp bosan gak sbb kalau tgk mesti lapo. kalau cite pasal masak mcm bes gak tp kalau tak reti masak patu tulis pasal resipi bodo2 cilok internet, takpun resepi tomyam @kurma baru cuba n cara nye salah pastu menggelikan tekak pembaca, takut fobia la pulak aku ngan lauk2 tu. 

so aku cite pasal mende y aku suka. sbb ape? sbb aku punya suka la. tak suka boleh pegi balik blog sendiri dan compose entry mengutuk ye. takpun tulis la entry copy paste berita suratkhabar konon2 kau baca suratkhabar. *eh? emo?*
 --------------------------------------------------------------------------------
saya cuti semalam dan ini hari. sbb doc bagi sy mc utk rehat. yay! 
seronoknye.. lantas saya bersungguh2 menyiapkan bekas barang hantaran (^__^)
hasilnya, bolehla. tggu time nikah nnt bleh tgk. hehehe. segan gak. kotla nmpak sgt flaws nye.. takut kalau incik photographer amek gmbr bila fokus tgk suma side tak lawa. :p

apepun, bekas tu dah siap, tinggal deco sket2 je lagi n sumbat barang2 saje lagi! yay!

pasal umah, haritu dah sain S&P, tggu derang siap setem patu sain ngan lawyer bank. patu tggu siap saje. hehe tak sabarnye nk masuk umah baru (taun depan la tapi..) mula2 ngat mcm nk apply gak apetu skim gomen offer tu, tp tgk2 household income tak layak. patu harga umah limit utk skim tu under 250k.. mane nak cari umah harga tu kat shah alam dek non.. apartment ada la kot, tp plus minus maintenance service suma pun kene bayar gak sendiri. fikir2 balik, 1st property mesti sebaiknya landed property, sebabnya tanah makin kurang, kalau ada pun suma developer ngan lumba2 wat high end development. tak terkoja ekau membolinyo. alhamdulillah came across I&P project kota bayuemas kat bkt tinggi. nk bli I&P alam impian terlambat la pulak, starting price skang dah 500k+. 

ohye. utk y nak beli umah, tips beli umah ada lagi y kitorang nk share. maybe next, cite pasal insurance MLTA vs MRTA. nk out~ jumpa incik, makan kepsi! hehehehe

Thursday, March 3, 2011

Yeayness!

Tahniah kepada cinta hati saya, sebab berjaya tulis entry. Setelah sekian lama ku pinta, liat benor nak hapdet. Harap semangat tulis belog beliau akan trus istiqamah hendaknye. huhuhu.

Skang aku plak tatau nk tulis ape. hahaha. abg, abg tulis la ek byk2. giliran sy plak malas2an. hehehe.
Tp kan, tatau la..lately perasaan malas mcm makin membuak2. pastu emo asek terlebih je. nyampah i~

Haritu, ngah baring2 terfikir. dah March. Aku kawen bln 4 nnt. EH?! March bulan 3 ek? Sbulan je lagi? 
Perasaan.. takut- tade lagi, dupdap- tade lagi, eksaited- pun mcm blum lg, stress- je y ada lagi.

Tapi bes, sbb tadi siang da sain S&P. kira da setel da. Unit num 45, nombor umah tak hengat. Jalan Bayu Impian bapetah pun tak igt. wee~tak saba nk tggu leh masuk umah. tp dah berangan nk wat kitchen cabinet, dapur leper, beranda, grill, sliding door, ceiling, gate, cat, blablabla. over btul!

Hm..wedding..Walaupun checklist dah letak kat fixed column tu, tp tgn gatai2 gak nk tulis checklist. Double check. hehe.

Pending:
Baju nikah ppuan
Tang ni aku hangen satu badan. Sibaik da tempah awal2. So ada la ritu 4bln utk alter. Pas alter pun masalah lagi. Sibaik lagi jumpa kedai alter y ok. Tapi tatau lagi hasilnya. Tggu tgh bulan nnt baru nk g tgk.
Muzik
Ase mcm malas nk fikir list byk2 lak. Serahkan pada derang je la. DJ pun org radio, harapnye ok la suma under control. Maybe nnt awal April kot kalau nk discuss sket2. Eh. MESTI. tade kalau2.
Kad jemputan
Kad da siap print da bulan lepas, byk lak dia bg lebih. Ok la.. RM370 je, skali ngan sampul. Tp tiba2 ase sampul mcm kosong lak, (sape suh gedik2 tamo print sampul wp da ada design..hamek ko)so Senin haritu g order rubber stamp, esok kalau siap nk amek. Pastu masa utk mengepos! Yay!
Balance stage by stage
Bln March punya progressive lum lagi, tggu ujung2 bln kot. Awal2 ni dah bayar umah. Tggu kumpul sket lagi.
Honeymoon
Tatau la. Tak plan lagi. Incik nnt stat keje baru, cuti tak sure lagi cane. MATTA fair yok abg! Kampeni ada wat trip g Bali, tp xjoin kot. Mcm..ramai lak kalau nk g honeymoon. hukhuk.
Distribute kad
Utk rakan2 sket2 da bg by hand. Yang nk pos, tggu rubber stamp siap. pastu.. chop! chop! chop! lambchop! baru ngepos~

Atur tpt tinggal
Mmg mau book Intekma. Tp tak g sebey lagi utk budgeting. Esok g tgk sket2 bleh ke abg? 
Doorgift
Biggest headache. Jap nk bg itu, jap nk bg ini. Tak bg kang baru tau. *eh? emo plak* dush!
Dah abis entry penting diri. Pasni turn incik tulis. lalalala~

Tuesday, February 22, 2011

Update sikit sbb incik asek lupa update.

lama tak cite pasal nk beli umah. asek fikir pasal kawin2 je. tp kan, baru2 ni ada jumpa 1 umah y mcm bes. still consider murah la gak. so tak hagak2 pas amek offer letter pas book unit, sebey bank.

patu kitorng apply OCBC bank, mmg berbaloi2. alhamdulillah loan approve smlm, so pasni bleh setel pasal umah dlm minggu ni. pas kawin rilek sket da. takyah nk cari umah. umah ni, still under development n target to complete by March 2012.

Monday, February 7, 2011

Isnin, hari hampir settle semuanya.

Best start for the week.

Borang dah setel, kadi dah setel, dewan nikah dah setel.
Housing loan dah survey, bekas hantaran da almost complete, 2nd payment after deposit dah settle. Phew.

Bleh kawin?

hehehe.

Dewan nikah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Siap amek gmbr buat amek feel utk incik. Supposedly entry ditulis incik, tp sian bliau penat. Dan didera saya lagi utk buat calculation comparison home loan. "Sorry susahkan ye" hihihihi

Next entry, compulsory ditulis incik. Haip!!! *muka garang*

Wednesday, February 2, 2011

entry bergambar.

Cliché je kalau nk tulis lama tak hapdet dan sebagainya. Trus kepada album bergambar setelah idea nak tulis evaporated with time. Last saturday, tak disangka2 gaji masuk. hihihi. alhamdulillah. tenkiu bos. 

1. Saturday, 29th Jan 2011

Plan asal nak pegi tgk rumah je. Bayuemas atau Bandar Puteri. Pagi2 celik mata trus check, dan trus segar bijik mata lantas bergegas siap menuju ke mid valley seawal 10 pagi. Plan utk tiba tepat jam 10 sedikit tersasar 30 minit. Time ni pulak terjumpa rakan2 lama mahupun baru dan juga rakan virtual FB ketika sedang menggedik2 di the Gardens. Long cut short, 42% dari list barang penting telah berjaya didapatkan dengan rakusnya. Sebab feeling2 shopaholic yang tak tau bila nak rasa mengangkut beg2 macam dalam cerita "orang-kaya-shopping-tak-risau-duit-cuma-swipe-aje" saye pun snap gambar sebagai mood booster saya. andaikata tiba2 emo atau down, lihat saje gambar ini mungkin saya akan rasa gembira kembali jika tidak bertambah stress sebab tak dapat menikmati siaran ulangannya.

Setelah mendapatkan parking free sebab promo swipe swipe, kami pun menuju ke tujuan sebenar. pegi tgk kat Bayuemas, developer I&P. tgk2 dah terkenan pulak. amek letter offer, n skang tgh sebey2 housing loan. pasal loan, still dlm proses mencari yang dpt cater utk keperluan kitorang. harap2 ada. tapi, saya takmau menaruh harapan tinggi dulu walaupun hakikatnye da brangan dah nak letak barang apa dlm umah tu. hukhuk.

2. Sunday, 30th Jan 2011


Ingat mau pegi amek baju nikah saya tapi sbb terlalu gelojoh lupa menalipon dan tny kedai bukak ke x. akibat tamak bagaikan anjing dan bayang2 kami pun trus menuju ke karnival karangkraf. skali lagi saya hampa sebab saya tersalah anggap ni karnival pengantin walaupun dah terang2an cakap karnival karangkraf. yang menarik, majalah pengantin bulan march da dpt  bli dgn murah, pastu dpt 3 jenis doorgift. carik buku mewarna utk anak buah tapi tade plak. patu balik ajela. skali lagi terserempak dgn rakan lama yang baru jumpa semalam. hujan borek anak rintik, jadi tak de rasa nk pusing2 sgt. ada ular, tapi..takut kot nk try pegang.nk pulang, selak2 majalah pengantin. ternampak gmbr pak kapit! hahaha pak kapit y sama mengapit time puan tanti dan incik hamer kawin itu hari.







3.Monday, 31st Jan 2011

Keje. Tapi masih mood cuti. lunch misti kua plak dah. restoran Nirvana kot, kat Taipan USJ. makan atas dawun pisang. silapnye saya suda bekpes makan nasik lemak kecik bersaiz doplosen tapi berharga dua hengget doplosen. kawan saye cite, kalau makan nasik atas daun pisang ni, slagi tak suh dia stop letak nasik selagi tu dia akan taruk nasik membukit2. berbaloi btul la ek kalau nak makan sini. harga sedaun tu same je byk ke sikit. 

4. Tuesday, 1st Feb 2011

Hari selasa haritu rasa macam lapar membuak2. rasa asyik nak makan macam resaksa.sibaik tiba2 bos bagi balik awal secara tiba2, trus semangat mau pg makan. ptg pas balik keje singgah nando's ternampak ada sorang adik ni, dari pandangan sisi membuatkan saya teringat kepada kawan y saya syg, cik fera. hukhuk. tapi bliau lg cun la dari ini adik. 

5. Wednesday, 2nd Feb 2011

Pagi2 lagi dah mtk pak contact imam, saye mau setelkan saya punya borang. pas setel, trus pegi pjabat agama islam klang. perjalanan sket punya ssh. mula2 pegi, dah jalan g pejabat tu tp nmpk mcm abandoned.mcm cerita umah seram. nak ambek buah sukun jatuh bawah pokok kat laman tu pun ase mcm angker je. upenye ada banner gtau da pindah. jalan2 pusing2 cari pjbt baru, salah2 turn pulak. sibaik ini kali pak yang bawakkan. tapi naik pening gak la.. kalaulah daku yang drive sndiri nak pegi sana, tobat sesat tah ke mana. misti ada rasa "kensel lah kawin. susah benor" (boleh ke?) smpai2 je, alhamdulillah cpt setel gak la. isnin nanti mau pigi shah alam punya pejabat pulak kasi settle dgn kariah masjid trus. yahu yahu!


Quick checklist:


Settled:
  1. Tarikh & waktu nikah
  2. Lokasi, waktu jamuan & tempahan
  3. Tema majlis
  4. Budgeting
  5. Kumpul nama tetamu
  6. Pengapit
  7. Juruandam
  8. Katering
  9. Jurufoto
  10. Cincin nikah
  11. Kek pengantin
  12. Deposit
  13. Ujian saringan HIV
  14. Docs permohonan nikah up to PAID Klang
  15. Saksi nikah
Pending:
  1. Baju nikah ppuan  - dah siap, lum amek je. Pas CNY
  2. Muzik - leave to DJ, request song list pun da siap. Pending discuss.
  3. Kad jemputan - In progress, thanks to Nonoi!
  4. Final submission to PAID  - Next Monday
  5. Balance stage by stage - Next Monday
  6. Honeymoon - Tak plan lagi,ke..  nk simpan wat downpayment umah?
  7. Distribute kad - Target by end of Feb/ March
  8. Atur tpt tinggal - Intekma Resort details TBC
  9. Konsep dgn jurufoto - End of Feb
  10. Doorgift - Pending masukkan barang n deco
Overall : 80% siap!

    Tuesday, January 18, 2011

    ting tong

    celaru celaru mcm ikan cencaru bakar sumbat kelapa cili. nyamnyam sedapnye.

    kad. haritu dah pegi book. ngat mcm da nk setel da. skali pegi sana, ckp len plak. adekah aku patut warwarkan sini supaya tade org tertipu ngan promo2 wedding fair atau diam2 je takyah nk burukkan kampeni tu? hmmm..

    hmm..

    hm..

    ..

    .

    tak bek lak nk condemn org. tapi untuk langkah berjaga2, kalau nk tau nnt bleh tny supaya tak terkena. nasihat ini dibawakan khas untuk y bakal berkahwin y duk kat area lembah klang. (p/s: cik fazzi :p )

    jadi, skang saya sedang bertungkus lumus meng'cover' pape yang belum ter'cover'. 

    1. kad 
        smlm pasal kad ni, da ase hampir putus ase dah. ada gak terfikir mcm nk potostat je. tapi kalau nk fikirkan masa dpn nnt mesti nyesal. nnt bkn leh ulang balik pun kalau da lepas. tapi, saya sangat lucky sbb ada kawan2 y sgt baik. mcm2 bantuan diberikan dlm proses perancangan mendesign dan memerint. *wink*wink* 

    2. baju nikah saye
        cukup bulan. bln ni suda lari bajet. boroskah saya? *dush*dush* lagi mau tanya.

    3. song list 
        mcm malas pulak nk fikir nk letak lagu apa. nanti la kot. maybe saya sedang dalam phase blur teramat. khamis ni jumpa planner y wat katering, dj, pelamin etc ni, harap2 bleh setel sebanyak mungkin.

    4. honeymoon plan
        malas juga nk fikir buat masa sekarang. tapi yang pasti takmo pegi honeymoon baru nak tercari2 supir. nightmare!

    5. documents
        uik. patutnye ni letak dlm pending list yang 1st. hehe. salinan suma dah ada. tinggal pegi jumpa penolong pendaftar nikah. ritu ada member kata kene gak amek borang pengesahan bermastautin kat pejabat agama islam daerah walaupun sama alamat ngan ic. tapi check lagi ngan sorang lagi member, kate tak payah kalau sama alamat ngan ic. skang ni, malas nk g pejabat amek borang. proceed je dulu. harap2 takyah tambah itu borang. cuti CNY sgt panjang, so bleh setel mende2 pejabat dlm bln 2. lepas submit final application kat PAID, valid utk 3 bln je. kira2.. kalau setel mid Feb, valid sampai mid Mei kot.  selamat. 

    hah. cerita len. ngah sibuk2 nk cari umah nk beli ni.. tgk2 alam impian mmg hanya tinggal impian. mahal nak mamp. paling murah sebey online 530k. tp dak opis ckp ada baru launch dlm 480k. still...over le..dah jumpa satu y mcm bes, tp leasehold pulak. tapi akak kepada Eda cakap, ce tgk kat bandar puteri. dlm 300++ ada. tpt tu pun mcm cantik. bleh tgk sini. ok gak. tp kene strict la budgeting utk mencapai cita2 ini. huhuhu..

    tadi info dari kakak kepada Eda, skang info dari Eda pulak. bliau gtau ada pameran koleksi PKNS kat SACC. punyela tak hapdetnye, org da gtau baru nk pi google. tp ssh gak la nk cari sbb mcm tade promo sgt mende ni. tapi, (banyak la plak tapi dlm entry ni. cuba kira nnt ada bape byk tapi yang digunakan dalam penulisan kali ini. hoho. ehhhhh nyampah la. asek merapu.) sambung. tapi PKNS skang mcm byk kat kawasan y jauh. rural area. honestly, suke lagi kot kalau dpt umah kat bandar puteri. dkt ngan jusco bkt tinggi. leh tgk movie midnight show ek. ekekeke (kaitan?) incik, jom g tgk kamis ni!

    ok2. stop. stop. iklan utk tatapan bersama.




    Pameran Koleksi PKNS 2011 / PKNS 2011 Inspirational Home Collection / PKNS Property Fair 2011.

    * GREAT REBATES
    * STAMP DUTY BORNE BY DEVELOPER
    * LEGAL FEES BORNE BY DEVELOPER
    * 24-MONTH DEFECT LIABILITY PERIOD
    * ONLY RM500 DEPOSIT
    * 100% END FINANCING
    - Terms & Condition apply -

    SACC Mall,
    Jalan Perbadanan 14/9,
    Pusat Bandar Shah Alam,
    40000 Shah Alam,
    Selangor Darul Ehsan, Malaysia
    Tel: 03-5510 5400/4600
    Fax: 03-5510 6660

    Thursday, January 6, 2011

    (^___^) 40% je lagik!

    haritu punya gambar, boleh tak.. nak perasan yang saye kelihatan sedikit cumil di sini? hikhik *gelak gedik*

    sebenarnya niat menghapdet belog ni saje2 sekadar nk menulis. haritu ada nk tulis beberapa cite dah. tapi sbb malas nk kerah ayat, duk mengadap page new post last2 tutup, pi bukak fesbuk pulak. sudahnya skang saya da lupe apa saye nk tulis.  =_="

    tak sure nape dia senget, padahal
    time haplod dia tegak. maleh btulkan. 

    harini, incik pegi intebiu. harap2 semuanya ok. kalau dapat, DAN DAPAT!!! alhamdulillah. lepastu incik dipaksa temankan saya buat ujian saringan HIV sebagai denda tidak tunggu saya buat test tu skali dulu.  lepastu lagi, borang permohonan nikah incik kat pejabat agama islam daerah pun da setel!

    so, y tinggal part documents:
    1. salinan kp wali & 2 saksi (kene mtk pak cpt2 nih)
    2. salinan borang 2c (just in case dr klang nk wat kat shah alam)

    eh?! da nak siap! yahu yahu! boleh kawen da! *uik*
    lepas da mtk sain penolong pendaftar nikah, baru pegi pejabat agama islam daerah lagik, utk setel final punya application. 

    Lain2 yang tinggal utk majlis:
    1. finalized guest list (incik~)
    2. baju nikah saye (tggu cukup bln la amek. :p )
    3. kad jemputan (weekend ni)
    4. song list (kalau nk tmbah2 mana y nak)
    5. honeymoon plan

    Dan.. semestinya balance deposit2 suma tu, haruslah disetelkan sebelum lupe. naya nnt. hehe. list balance pay pun dah siap ngan tarikh utk bayar sekian2.

    Selain isu berat badan, (yang masing2 pun dah menunjukkan perubahan positif) kesemuanya dah 60% siap.
    Boleh ke kata... dah ready da?

    Sunday, January 2, 2011

    Happy New Year & Quick update.

    Selamat tahun baru! Semoga dgn datangnya tahun baru 2011, semuanya bertambah baik dan dimurahkan rezeki.
    Dgn datangnya tahun baru, maksudnya.. kejap je lagiiii APRIL!!! waaa takot takot!

    Overall check kejap untuk tahun baru:
    • Tarikh dan waktu nikah
    Settled.  
    30 April 2011
    • Lokasi dan waktu jamuan & buat tempahan
    Settled.  
    Galeri Shah Alam
    • Gaya tema majlis persandingan
    Settled.
    • Mengatur bajet
    Settled.
    • Pilih penyelaras
    Settled.  
    Sendiri juga buat.
    • Kumpul nama tetamu
    KIV: 
     (P) Settled. (L) In progress.
    • Pilih pengapit
    KIV:  
    (P) Settled. (L) In progress.
    • Juru andam
    Settled. 
    Kak Intan yang kiut.
    • Katering
    Settled. 
    Kak Timah, panel Galeri.
    • Jurufoto
    Settled.  
    Incik Fizzy.
    • Cincin nikah
    Settled.  
    (P) Settled. (L) Settled. 
    • Baju nikah
    KIV: 
    (P) In progress (L) Settled.
    • Muzik
    KIV: 
    Handled by K.Timah's D.J  Suria FM, tp nk bg list song jugak nanti.
    • Kek pengantin
    Settled. 
    K.Timah handle.
    • Kad jemputan
    KIV:  
    Next week follow up.
    • Deposit
     Settled.
    Katering : Settled
    Photograper : Settled
    Galeri : Settled
    Make up: Settled
    Baju : Settled
    Kad : Settled

    • Ujian saringan HIV
    KIV:  
    (P) In progress (L) Settled.
    • Kadi/imam & Pejabat Agama Islam
    KIV:  
    (P) In progress (L) Pending PAID.
    • Saksi pernikahan
    Settled.  
    Under Pejabat Agama Islam.
    • Merencanakan bulan madu
    KIV: 
    Mabul/Sipadan

    Simpan untuk upcoming months:
    • Tulis alamat pada kad undangan utk tetamu
    • Perancangan majlis bersama pengacara majlis
    • Mengaturkan tempat tinggal utk saudara & rakan y datang dr jauh
    • Pos kad undangan
    • Bincang konsep dgn jurufoto
    • Buah tangan utk tetamu
     
     
    Oops.. baru 46% siap. 

    Thursday, December 23, 2010

    update

    mula2 saya bercadang nak lawat kawan baik saya Tanti sbb lama xjumpa, dan beliau sudah semakin hampir dgn tarikh expected mini keluar. mcm2 dugaan beliau, saya harap dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan. amiin.

    pejam celik pejam celik dah nak abis 2010. misi diet macam masih belum menunjukkan hasil. sebab misi mengawal makan pun sgt payah dijalankan. buktinya saje, rini dah 'ter'makan sushi. disebabkan sangat gembira hati saya incik dah carikan cincin, saya pun makan sehingga lupa daratan. dan incik memakan wasabi dgn hebat seperti biasa sedangkan saya hampir2 tersedak menahan ketaksedapan wasabi.
    incik yang rakus makan sushi
     setelah makan berpinggan2 pelbagai warna, dan juga sashimi, incik mengorder zaru soba. mula2 kelihatan seperti takut saya mau menorai. tapi sodap pulak. sinopsis makanan ini dicopy paste dari wikipedia ialah seperti berikut: 

     Cold soba dishes

    Chilled soba is often served on a sieve-like bamboo tray called a zaru, sometimes garnished with bits of dried nori seaweed, with a dipping sauce known as soba tsuyu on the side. The tsuyu is made of a strong mixture of dashi, sweetened soy sauce (also called "kaeshi") and mirin. Using chopsticks, the diner picks up a small amount of soba from the tray and swirls it in the cold tsuyu before eating it. Wasabi and scallions are often mixed into the tsuyu. Many people think that the best way to experience the unique texture of hand-made soba noodles is to eat them cold, since letting them soak in hot broth changes their consistency. After the noodles are eaten, many people enjoy drinking the water in which the noodles were cooked (sobayu), mixed with the leftover tsuyu.

    zaru soba yang dimakan kami

    mixing the raw telur puyuh into the tsuyu
    :)
    sebelum makan, tiba2 terjumpa cincin yang berkenan di hati. time kasih incik fazdi :) lebiu sgt. hehe. saksi utk sain borang permohonan kawin belah laki pun da siap. tinggal pegi jumpa sain pastu dah boleh proceed utk submit borang dan seterusnya.

    so skang ni, yang tinggal utk wat ialah:
    • Saksi
    • Baju sanding etc
    • Cincin
    • Design kad & bunting
    • Follow up next step lepas setel permohonan nikah lelaki
    alhamdulillah, hopefully suma berjalan lancar seterusnya. di bawah, tatapan gambar budak gumuk.
      kepuasan berjaya makan sushi


      sama tak ngan watak di atas?

      Sunday, December 12, 2010

      yay!!

      Lokasi #1:  Taman Pinggiran USJ 3

      Yes!! Thanks to Rumah Kebaya, we (I) finally found my favourite reception dress!~ harga saaaaangat berpatutan dan saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat2 lawa!!!Mcm style Inar, rupanya Rumah Kebaya dah ada kat Malaysia 3tahun dan well established kat Indonesia.Paling best skali kat Rumah Kebaya ni, tuan punya boutique ni sgt peramah n sangat comel! *i like!*

      So remaining yang akan buat end of this month atau bulan depan untuk Misi 30 April:

      • Saksi
      • Baju sanding etc
      • Cincin (perempuan)
      • Design kad & Bunting
      Lokasi #2: Semua House

      Kami dah senang hati, tapi plan nk pegi Semua House tetap diteruskan alang2 dah keluar. Tapi takde apa nk cari lagi sbbnye baju dah decide. tgk brg2 nk deco hantaran, tapi setakat amek2 idea. tu dlm bln 3 pun boleh start.  Orait. tuka topik lain.

      Lokasi #3: Tugu Negara

      Abis jalan Semua House incik kata mau ajak pg Bangsar Village jalan2, tapi on the way singgah Tugu Negara. hehe. sian dia melayan saya yang mcm budak2 sekolah pegi rombongan.
      Tugu Negara
      Incik dan jata negara tapi mengiklankan Argentina
      terik sungguh
      Lokasi #4: Bangsar Village I & II

      Pas jalan kejap kat Tugu Negara, sbb hari panas terik maka bergeraklah kami ke Bangsar Village. Incik suka tgk pokok krismas lego ni.nk trn tgk tapi sbb incik lapar, saya pun TERPAKSA join makan. hahah (ayat denial). restaurant ni mcm menarik, so kitorang pun try. incik makan seafood mee (nama sebenar dah lupa) saya makan deep fried wantan sahaja.
      canoodling
      menu
      interior kat canoodling restaurant
      lukisan incik. hahaha
      lagi lukisan beliau. hehe
      lukisan saya
      seafood mee ke? lupa nama dah.
      selesai makan, pegi level bawah nk tgk pokok Lego.tapi tabley sentuh. nnt kene marah :p tapi dah sentuh gak.
      pokok krismas Lego
      ek?
      sejurus selepas sentuh bliau kene tegur takleh sentuh huhu
      seterusnya sebab dah terlampau panas terik, kami pun berniat nk mkn aiskrim. haagen dasz? tunggu gaji :p tiba2 ase nk makan kek dan juge aiskrim.. *tamaknye*

      Lokasi #5:  SACC Mall, Shah Alam


      masuk2 SACC ada pameran kucin! suma cumil2! incik, nnt nk kucin macam ni boley?


      gebu!
      yang ni playful sgt, kitten lagi. comelnye!
      tembam
      si cantik dan peramah rajin bercakap
      secret!
      budak ni kuat makan ni!
      chocolate indulgence
      tak mengaku makan
      mau pura2 bukan kepunyaan bliau
      manisss betul menu minum petang. sibaik ada green tea tade manis. dah2. balik! esok keje pulak. hukhuk. penat tapi saya puas ati. sbb pagi2 misi dah tercapai. terima kasih incik!