Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

tips beli rumah: MLTA vs MRTA

mula2 kitorang nk beli umah, punyela stadi n sebey2.. tapi honestly, aku ase aku tak paham sepatah haram pun. smpai la bila da lalui sendiri baru paham. masa nk cari loan, ada la beberapa bank y kitorang sebey. tp came across OCBC bank. komen personal ; OCBC cpt n senang. tak mcm certain bank, y perlukan detail supporting account lain at least 15k. sape nk contact OCBC utk loan, PM ek. suke sgt ngan agen dia ni. dahlah kacak, pantas dan sapotip juge.

sbbkan blur2 lagi tatau nk buat apa, apa y nk kene tau, incik ensem ni dah eksplen kat kitorang pasal insurans umah.. iaitu MLTA. dan MRTA. salu certain bank, dia takde gtau option y kita bleh choose nk amek MRTA ke atau plan lain. jadi kalau taktau, tak diberitahu, dan tak tny, maybe by default akan diberi choose utk pick MRTA. apa kejadahnye MRTA ngan MLTA?

MRTA vsMLTA (source: SINI)


MRTA : Mortgage Reducing Term Assurance
MLTA : Mortgage Level Term Assurance

Dua2 ni mortgage insurance in short. tapi utk determine yang mana better, of course depends on oneself. 
sket huraian utk table kat atas tu, kita tgk both plan pun main purpose dia utk protection. tp kalau MLTA, dia mcm ada saving sket. sbbnye, in the end lepas abis loan tenure kita akan dapat balance duit yang kita dah bayar dulu . (bulan2 ke, tahunan ke)

OK, contoh.
Katakanla kita pinjam RM300k, tempoh loan 40 taun. 

Situasi 1: MRTA

Bayar lump sump & harga premium varies ikut umur. Sbb MRTA ni term insurans, dia tade simpan2, apa y dia cover dlm 40 taun tu, lepas dari 40 taun burn camtu je kalau xjadi pape. kalau jadi pape sebelum tamat loan tenure (touch the wood -tiru incik ensem) ofkos dia akan cover n rumah tu tak payah bayar trus. kira dah setel payment ngan bank. so waris2 dpt stay sana trus tanpa risau bayar duit umah. itu saje. tapi duit tade dpt.

Situasi 2: MLTA

utk MLTA, kita bayar premium secara periodic. samada nk bayar bulan2 atau tahunan, bleh pilih. sakit sikit mula2, tp takde byk sgt. depends on age jugak nilai dia. jadi, logically, bila kita bayar periodically ni dia akan simpan dan bertambah dan bertambah jika takde apa2 y berlaku. bila abis saje loan tenure, after 40 taun, gedebuk dpt duit balik. time ni duit ni bleh la guna jd mcm retirement fund. kalau jadi pape, lepas cover rumah, dpt balik baki simpanan tu pada waris. umah setel, dpt lagi duit.

Tu je sikit pasal MRTA & MLTA. Renung renungkan dan selamat beramal. kalau nk tau lagi lanjut leh google aje. hehehe. 
mane kertas incik ensem ni bg masa eksplen dulu. jenuh cari tak jumpa balik, kalau tak bleh scan je kertas dia =_="

Friday, December 17, 2010

tips beli rumah: step by step guide

Okeh, nak beli rumah? Bkn senang.. mcm2 perkara kene amek kira. salah satunya, study step by step apa yang nak kene buat sebelum beli rumah.semua steps dari perancangan sampailah execution semuanya bukan perkara remeh temeh. jom tengok apa yang nak kene tau.

1. Sebelum beli rumah, kita kene pastikan details tentang developer.

  • housing developer tu mestilah ada lesen dan lesen yang masih sahlaku.
  • housing developer mesti ada iklankan projek tersebut dan ada sales permit yang masih valid.

2. Kenalpasti jenis rumah.

  • Untuk landed property mcm banglo, semi D, dan teres, expected date of completion ialah 24 bulan dari tarikh anda tandatangan Sales & Purchase Agreement (SPA) manakala untuk jenis strata iaitu kondominium, flats, apartments atau townhouse, expected date of completion ialah 36 bulan.
  • Sebelum beli, pastikan kita dah dapatkan brochures dgn information tentang project tu, mcm development's license number, advertisement dan sales permit. ini untuk make sure project tu betul2 valid dan kita tak kene tipu ngan fraud case.

3. Kenalpasti status tanah.
  • Freehold land atau Leasehold land atau Tanah Rezab. Kalau Leasehold, check brape tahun sebelum leased. jgn lupa check jugak samada tanah tu penah dipajakkan pada bank atau tak.Status tanah kalau nak tau lagi lanjut boleh check kat Pejabat Tanah.

4. Check information brochure.
Masa dapat brochures dari developers jgn tgk design plan saje atau skali tgk simpan masuk beg. check dulu. brochure tu mesti ada item2 di bawah;

  • Pemaju perumahan punya nombor lesen dan tarikh expired
  • Iklan dan sales permit number dgn tarikh expired
  • Nama dan alamat untuk pemaju perumahan berlesen, authorized agents(kalau ada),pihak guaman terlibat(kalau ada),syarikat pengurusan projek mcm consultant's details(kalau ada)

5. Detailed description

  • building material punya spec
  • size rumah, lot size etc
  • kemudahan dan prasarana
  • nama projek tu
  • expected date of completion
  • harga untuk setiap jenis rumah, cth linked house intermediate lot, corner lot, atau semi d ke normal terrace
  • brape unit untuk setiap jenis rumah, cth semi D 50units, linked house 2storey 100units dan sebagainya
  • reference number untuk approved building plan dgn nama local authority.
  • pastikan kita faham hak pembeli yang ditulis dalam Sales& Purchase Agreement. Nanti dalam SPA ni ada 2 schedule iaitu schedule G dan H yang termaktub dalam Housing Development(Control and Licensing) Regulation 1989. kalau tak faham, tanya. fahamkan betul2. jangan main2 ni :p

6. Pembayaran pertama
  • 10% mesti dibayar masa sign SPA. pastikan tarikh sain SPA ngan tarikh 1st payment sama. Kene tau, tanpa sain SPA, developer tak boleh langsung collect any form of payment dari kita.

7. Pensijilan arkitek

  • pastikan apa2 permintaan utk bayaran instalment disokong dgn sijil yang ditandatangani arkitek/certified engineer.

8.Faedah dikenakan bila bayar lambat

  • kalau pembeli gagal utk bayar developer instalment dalam 21 hari bekerja dari tarikh bertulis dari developer, pembeli akan dicaj kadar faedah 10% per annum atas jumlah yang masih belum dibayar.

9. pembatalan SPA

  • kene alert gak, kalau gagal bayar instalment lebih dari 28hari developer ada hak untuk batalkan SPA. tapi derang kene bagi notis bertulis oleh arkitek yang ada AR y menyatakan intention batalkan SPA.

10. bayaran cukai tanah, cukai pintu
  • dari rumah dah siap atau dr date penyerahan kunci tu, (kene kompem balik) buyer dah bertanggungjawab utk bayar cukai2 ini. pastu bila rumah da siap dgn air dan electricity, mesti diserahkan pada buyer dalam 24bulan dari tarikh sain SPA(untuk landed property)
11. syarat2 yang developer mesti ikut: 

  1. kne ada sijil dari arkitek menyatakan projek perumahan tu dah siap, dan dah ada air dan elektrik dah ada.
  2. developer dah apply utk Certificate of Fitness for Occupation (CFO) melalui Form E, dan form E tu dah disemak dan diapprove oleh authority.(Form E tu borang application dari arkitek developer kpd authority utk mohon CFO)
  3. buyer boleh mintak claim kalau late delivery dari developer.
  4. kalau developer gagal serahkan rumah mcm y dah dinyatakan dlm SPA, developer kene bayar gantirugi yang dikira dalam kadar harian, 10% per annum dari harga purchase
Baaaanyak sgt lagi yang nak kene tau pasal nk beli umah ni. apa yang penting, kene tanya apa yang tak pasti walaupun sikit tanya je jgn malu2.. no such thing as stupid question. pape lagi maklumat nak tau atau komplen2 bleh la contact direct seperti detail di bawah;

Monitoring and Enforcement Division 
Ministry of Housing and Local GovernmentLevel 3, 
Block B North, Pusat Bandar Damansara
50782 KUALA LUMPUR 
Tel : 03-2094 7033Fax: 03- 2092 5049 

Forward your complaints here, complete and click send. Or e-mail our enforcement officers at enforcement@kpkt.gov.my, giving your full name, IC no, developer's name, name of housing project, etc.

Before proceeding please browse through the FAQ section provided.Please refer also to the prepared article, Housing and You, which has appeared in the local papers. 

This is a division under the Ministry of Housing and Local Government and it is responsible for the implementation and enforcement of the provisions of the Housing Developers (Control and Licensing) Act (Act 118).

Monday, December 13, 2010

tips beli rumah: beli atau sewa?

Sewa?
      1. Masa
           Kalau sewa yang bagusnya kita boleh settle cepat. Dapat tpt, settle down pun senang, compared to kalau kita nak beli prosedur sangat2 byk dan leceh. Kalau sewa pun, duration of stay pun tak jadi masalah. Kejap ke, lama ke ikut suka.  Best part is, kalau nak datang bawak beg baju je pun boleh. Skang byk umah sewa y dah siap ngan barang2 rumah. Bayar lebih je la kot. Kesimpulannya, kalau  nak cepat  mmg sewa lah pilihan y ideal.

2.   2.  Fleksibel
               Senang, kalau sewa. Kalau tak suka ngan area tu, kalau tak sesuai ke..bleh pindah keluar ikut suka. Cari lagi area yang lebih sesuai. Kalau baru nak adjust life, mmg rasanya lebih sesuai sewa sbb boleh try and error mana kawasan yang sesuai, dari segi facilities, jarak ke tempat keje dan sebagainya. Tapi kalau dah beli rumah nk pindah keje pun kene fikir byk2 kali. Sbbtu rasanya ramai gak yang tak dpt luxury of staying nearby their workplace. Tapi, kalau sewa pun selalunya kalau kat kawasan y senang akses ke mana2 ni biasanya tinggi sikit la kan. Utk jangkamasa pendek mmg ok, tp kalau forever mmg rugi gak la.

3.   3.  Kurang kelecehan 
             Bila nak sewa, kurang leceh sket la dari prosedur beli rumah kan. Tu mmg sah2 lah. Cuma awal2 nak masuk rumah tu la sakit sikit.  Tapi simple, just bagi deposit time nak sain agreement sewa.

a.       Busuk2 kene bayar deposit sekuriti, 2~3 bln tapi ni salu refundable bila nk abis sewa, atau bagi notis nk kua bape bulan ikut deposit so bln2 terakhir takyah bayar sewa dah
b.      Sewa advance, 1 bln
c.       Deposit utiliti, stengah ~ 1bln

Tapi suma bayaran ni pun negotiable, pandai2 la deal ngan landlord. Salu bleh je kalau mtk kurang. Apa nk tambah masuk dlm sewa, apa y nak tolak dari sewa. Mcm bil termasuk ke xtermasuk ke etc..

4.       Maintenance sng
               Kalau umah sewa paip bocor ke pasal electrical wiring problem kem gtau je tuan umah. Sah2 nanti dia akan repairkan busuk2 dlm 2 mggu. Tapi kalau dia busuk ati btul maybe gak dia takde repairkan. Ni suma bergantung kpd nasib korang dapat tuan umah yang cemana. Hehe.

Katalah kalau semuanya ok, tade masalah, owner ok, tapi kita tatau kot2 nanti tuan umah bakal naikkan harga sewa umah. Time kita dah settle down, dah hepi duk situ, time tu la plak dia nak naikkan sewa. Standard la ni, sewa umah mmg akan naik tak penahnye turun sbb kos sara idup pun makin naik bukannye trn.  Tapi kalau kita sewa pun ada gak risiko. Katelah tiba2 ada org len nk sewa lagi mahal atau dia nak pakai umah tu pulak kita kene kua cpt2,, nak cari umah lain pun satu hal lagi. Another downside sewa ni pulak, bila kita sewa chances utk kita trus beli umah ni dan convert jadi pelaburan property kita mmg sgt slim. Takkan la kalau tpt tu bagus, lokasi pun strategic, tuan umah senang2 nak jual kan? Kalau nk pun mesti mahal punye. Skali lagi, bergantung kpd tuan umah gak.

Beli?

1. Mengelakkan inflasi, dan pelaburan jangkamasa panjang
                 Mcm yang suma org tau, kalau bli rumah samalah mcm melabur. Kalau ikutkan, value harta kita (ecey…harta tu~) mestila kita nak dia at least maintain kalau tak bertambah pun. Jadi, ngan bli umah, kita otomatik ada property kat situ. Property values, mmg sentiasa dan semakin cepat naik dari kadar inflasi. Kesimpulannya, kalau tak untung pun kita tak rugi. Hehe. Boleh sewakan, boleh jual balik bila area tu dah HOT, bleh jual dgn berkali2 harga modal. Kalau tanak, duduk je situ. Lagi senang.

2. Milik sendiri
                  Aku punya!! Bila da beli jadila milik kita. Practically, kita bleh wat pape ngan umah. Nak tambah sana sini depan blakang atas dan tepi ikut suka. Cat kaler deco ikut suka. Kalau umah sewa, berbaloi ke nk buat suma tu, last2 kene hand over balik gak.

3. Bayar utk rumah sendiri 
                 Kalau compare ngan sewa, lagi untung beli sbb kita bayar sikit sikit pun lama2 akan jadi milik kita. Kalau sewa, kita bayar bayar pun tak gak jadi milik kita. Beza bayaran sewa ngan beli ni, bila kita beli kita bayar loan utk miliki umah ni. Whereas kalau sewa kita bayar untuk guna umah tu dalam certain jangkamasa. Kalau sewa lama, dan mahal, better consider untuk beli instead of sewa. Bila dah confirm nak beli, bleh check ngan bank, tgk bank mortgage tables utk check repay amounts.

Memang kalau nak beli rumah, lagi mahal dari apa y kita lihat pada dasarnya. Blum kira harga umah y termasuk cukai pelbagai, yuran guaman etc.. lepas beli pun, maintenance cost pun kita kene fikir gak. Bila nk repair apa2 y osak, apa2 mende y akan jadi kita kene ready to foresee all these possibilities.

Things being equal, mmg better ada umah sendiri dari sewa. Tapi tak semestinya semua org kene bli umah. Fikir dulu mana y sesuai, kalau short term n nk cepat maybe berbaloi sewa dulu. Tapi apepun, last2 mesti nk beli gak kan?

In the long-term, it's always better to buy a home than to rent.


Next entry : Step by step guide untuk beli property kat Malaysia.

Sunday, December 12, 2010

tips beli rumah : harga rumah

rasa macam nk pegi tgk show house. tapi bila dah tgk nnt, nk tny apa pun tatau. search sana sini, rasanya boleh kot kalau nk aplikasikan bila nak pegi cari, tgk dan beli rumah nnt.

sebelum start apa2 kita mesti selidik dulu beberapa aspek:
  • future planning development di sekitar kawasan residential development
  • dkt dgn peluang pekerjaan, office dan sebagainya
  • sekolah
  • taman rekreasi
  • kemudahan sukan
  • kemudahan lain, seperti kedai, hiburan, restoran, klinik dan sebagainya
  • dan paling penting harga rumah
masa nak beli rumah, kita kene consider btul2 pasal pricing. kos beli rumah ni bkn semata2 beli rumah je rupanya. ada kos guaman jugak upenye.meh tgk apa y patut kita tau and consider masa nk beli rumah baru.

Jadi sebenarnya, kos beli rumah = harga rumah + yuran guaman + cukai pelbagai. macamana nak kira?
Macamni:
  • Harga rumah 
kalau beli dari developer kebiasaannya mmg kene bayar 10% dari harga rumah dulu. skang dah makin senang dah, bleh kuarkan dari akaun 2 KWSP. syarat nya senang je, at least ada RM500 dalam akaun 2. keje kejap je pun dah lebih RM500 dah insyaAllah.

  • Yuran Guaman 
Yuran guaman pulak camni. yuran guaman akan dikenakan utk 2 urusan ni:
   1. Urusan dokumentasi perjanjian jual beli (SPA)
   2. Urusan dokumentasi perjanjian pinjaman perumahan (FA)

Tu secara generalnya lah, melainkan developer yang bayar kos tu atau bila kita layak untuk Zero Moving Fees yang akan ditanggung bank. kalau kes macamni ok la, takyah bayar langsung utk yuran guaman. 
tapi, kalau kene bayar, cub tgk blog NI utk pengiraan. dah nak letak tadi tapi sendiri pun tak paham. better tny pada y pakar.

  • Cukai pelbagai
cukai pelbagai termasuklah cukai setem dokumen/ setem hasil (4 copies) RM10 stiap satu. Ni cukai yang biasa, tapi cukai tak ramai amek tau pulak :
  1. Cukai Setem untuk Pindahmilik
       bila rumah yang dibeli dah ada geran. biasanya dulu rumah projek blum ada geran tanah tapi akan
       keluar  lepas 3 ke 5 taun lepas dah setel sain dokumen perjanjian jual beli (SPA). utk kondo, apartment
       n flat lagi lama, can take up to 10 years bergantung kpd pihak2 y menguruskan.

  2. Cukai jumlah pinjaman -RM5 utk setiap RM 1k pinjaman

Banyak lawyer gagal menerangkan cukai pindahmilik semasa Pembeli sign SPA dalam kes-kes projek, yang mana time tu geran masih belum keluar. cukai2 ni pulak hanya akan dibayar bila geran keluar. so kita prepare jela utk 2-3 tahun kemudian. lawyer akan antar surat sign borang pindahmilik dan kene bayar cukai pindahmilik.
tapi dari info blog tadi, ada jugak pakej dari developers yang macamni:

  • 10% dari harga beli diskaun
  •  yuran guaman untuk SPA pemaju tanggung (dengan syarat kita tak amik lawyer lain selain yang developer syorkan) 
  •  yuran guaman untuk FA Bank tanggung (kalu anda layak untuk Zero Moving Fees/Zero Cost) dan ada jugak yang developer tanggung
  • cukai jumlah pinjaman pun Bank tanggung dalam kes Zero Moving Fees/Zero Cost
  • cukai pindahmilik belum perlu bayar lagi sebab kebanyakan rumah projek belum ada Geran lagi. jadi kesimpulannya kalau bli dari developers kita make sure kan perkara ni dulu, sbb kebanyakan projek perumahan akan ada pakej macamni. kos kita akan kuarkan : zero. melainkan utk booking fees, dlm bape ratus je.
ngantuk dah, stadi mende ni je dah menguap2 dah. sambung lain kali, nak cerita pasal view property pulak.

incik kate tulis la pasal cara2 buat spaghetti. tapi takyah kot. suma org tau cane nk masak spaghetti. nnt malu je tulis resipi spaghetti nmpak sgt mcm baru blaja masak tp nk kepo2 plak :p