Monday, August 30, 2010

Who is Lulu?

lame juga tak tulis entry baru, bersempena hari kemerdekaan yg hampir tibe..maka saya mengambil keputusan untuk menulis entry yg takde kaitan dengan kemerdekaan pun (motif yg diperjuangkan?)

tak pasti la bile mende ni berlaku...ahad lepas atau pun semalam? Ape kami buat pada waktu itu? perjalanan kami bermula selepas Zohor, terima kasih kepada puan supirah yg menjadi driver pada hari tersebut..firstly kitorg pegi stesen bas express seksyen 17 untuk membeli tiket untuk JM utk pulang ke pangkal jalan(bace:JB)..setelah berjaya membeli tiket bas di situ kami menuju ke seksyen 13(name kedai: Bagus!) untuk membeli bahan2 utk wat kuih...berbekalkan list yg dibekalkan oleh ibuku, maka berjayalah kami membeli bahan utk wat choc ochip utk raye ni..korg nak tempah? tak blah dah sbb mak aku dah tutup tempahan ;P

pastu..kami pun pergi ke mid valley, trafik ke KL agak lengang ketika itu, mungkin warga kota masih lagi bercuti di kampung halaman masing sempena cuti panjang. setibenye die mid valley, kami trus mencari parking, Alhamdullillah, senang je nak dapat parking, slalunye kene wat 2-3 round baru jumpe. kami pun masuk ke dalam, kelihatan di ruang legar terdapat pameran bunga bungaan..rmi gak la yg mengambil gambar ngan bunga...kami? agak malang kerana tertinggal camera di dalam kete..pastu kami pun pergi ke tempat WAJIB dikunjungi(bace: topshop/topman, miss selfish, dorothy perkin, mango, jaspal, niichi) . Hasil tangkapan? takde langsung sbb mungkin nafsu berbelanja kami tidak begitu memuncak di kala berpuasa ;P

setelah pusing2 tanpa arah tuju, kami pun blah dari midvalley untuk mencari ketenangan, tatau nak pi mane, kami pun bersatuju p melepak kat tasik berdekatan ngan amcorp mall. kami duduk kat satu bench ni dan borak2 ...borak punye borak tak sedar jam dah tunjuk kul 6.30pm, sebenarnye kami dah ade plan untuk pi berbuka puase di Summer steam boat bersama pasangan Eda ngan JM. sblum bleh kami sempat snap satu gambar...


dgn bunyi vroom vroom....kami pun bergerak ke Sunway, Eda and JM telah tibe awal di tempat kejadian. maka kami pun trus naik ke kedai dan duduk kat meja yg telah ditempah.. btw, thanks kepada Lulu kerana telah menempah meja dgn lebih awal..sapentah Lulu tu...

cut long story short, waktu buka pun dah tibe..sila rujuk gambar berikut utk mengetahui siape yg terlibat dalam kejadian kali ini:

ini saya!

ini cinta saya(akeem a.k.a Lulu)

dan ini adalah merpati 2 sejoli Eda and JM(awat lentok abis Eda?)

seterusnya sebahagian makanan yg menjadi mangsa kami pada malam tersebut

udang lipan udang lipan!

menu wajib..bot yg stim(bace:steamboat)

Upacara makan2 ini berlangsung sejak mulanye azan dan berakhir pada pukul 9.30pm, lebih kurang 2 jam berlangsungnye upacara makan2...sopan btul kami ni makan kan, kunyah pun lambat..sbb tu smpi 2 jam...sebelum kami pulang ke jalan yg benar, kami amik group photo...saksikan aksi kami...

eda masih lagi lentok(minah lentok ke hape die ni? ;P)

p/s: Kami ingin menujukan lagu Negaraku kepada semua rakyat Malaysia yg akan menyambut hari kemerdekaan yg ke-53 esok..MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

p/s lagi: tak ketinggalan juga kepada encik Fernando Torres kerana berjaya menjaringkan gol kemenangan utk Liverpool malam tadi..usaha tangga kejayaan! ;P

Friday, August 27, 2010

Lagi lagi makan.

   Entry ni spatutnye tulis semalam lagi, tapi sebab balik2 da terlampau lampau kenyang dan kemengantukan, masing2 tertido sebelum menyelesaikan tugas hapdet blog. Patu nk suh gak daku hapdet ini hari padahal ni cite semalam da. Disebabkan chentanye daku pada incik, hapdet gak la berbekalkan laptop usang NEC versaFE2000 yang skrin pun dah berbelang2 ni. (bace: saya mau laptop baru! Oh boss, silalah bagi sebijik)

   Dah dah. Abis merepek tak menentu hala. Terus kepada motif sebenar.
Semalam, sbbkan ku emo2 sedey2 pas anta adik g fly ada lagi konon2 takde selera makan lagi la. So tatau nak makan ape. Ngah terhegeh2 fikir nak makan ape, incik pun kate mau makan mcD. Baiklah. Mekdi kompleks PKNS tu penuh semacam, tingkat atas siap ada tambah meja lagi mcm kat gerai mamak nyer meja. Siap ada alas meja yang kotak2 tu lagi. Tapi sbb stress tatau nk duduk mane, takde la selera nak ngambek gambar buat tatapan sape2 je yang tgk blog ni. Lantas kami tapau je la dan bergerak g tasik. Best ni ekceli makan kat tasik ni tapi satu je masalahnye. Tade lampu, gelapnye lahai bile malam sket. Kang apemende y ku makan pun tatau, tiba2 rasa sedap semacam je kang. Pastu ssh nk cari spot y best, kusi2 mcm comot2, patu tembok2 byk kerengga. (Banyak la pulak masalahnye tadi mcm mention satu je masalah.)

Akibatnya,(sesuai ke guna akibatnye? ke patut guna  Akhirnya?) kami pun duduk je la kat bench yang comot pun comot la.

Tasik Shah Alam yang dah semakin comot dan terbiar. Ish2.

Si gumuk punya burger
Si kuwus punya burger
Coke n Milo.Tatau apa motif amek gmbar air ni, bkn leh nampak pun air ape.
Bukti betapa laparnye si gumuk :P
Gendang gendut tali kecapi, suda gendut kenyang perut suka hati
Menggedik letak gambar sendiri.

Thursday, August 26, 2010

Adik

Semalam, adik dah fly pegi US. Sedih. Sbb da jauh. Lepas ni dah susah nk sengal2 ngan dia. Sebak. Sbb dia sorang2 je pegi. Harap2 dia selamat pegi, selamat sampai, selamat semuanya. Dah rindu dah.

Tapi apesal muke ku hepi sgt pulak. Ish.

Mama dah awal2 sedih, dah masak lauk raya dah utk acad before dia g. Muka masing2 da sayu. Tapi cover2. Bila turun nk pegi balai berlepas semua meleleh. Kaklong gak menten meleleh je tp muka tak berkerut. Even tulis entry ni pun da bertakung da mate ni.

Mcm selalu, daku lah fotographer yang salu tak dpt masuk bile amek gmbr ramai2.


Rasyad, goodluck adik. Semoga semua selamat, study baik2, jaga diri baik2. We love u, and always pray for u.

Monday, August 23, 2010

Berbuka di Kopitiam Dato Misbun Sidek

Harini kami(bace: fazdi n akeemku chenta) berbuka die kopitiam Misbun Sidek.Benarkah Kopitiam ini dimiliki oleh Dato Misbun Sidek? Jawapannya tidak, ini kerana Kopitiam ini dimiliki oleh Pak Hailam. Oleh sebab itu kedai ini dipanggil Kopitiam Pak Hailam. Korg kenal sape Pak Hailam? Cube tgk muke die kat signboard ni.

Ada iras sape2 tak? aku tgk cam Kolonel Sanders(KFC) versi chinese jek..

Ape kene mengena misbun sidek ngan kedai ni? Beliau hanya lah duta sahaja. Mungkin Pak Hailam ni adalah salah seorg peminat setia badminton tanahair.

Berbalik ke topik asal, kami tiba di kopitiam ini yg terletak di carefour kota kemuning sekitar 6.45Pm. Maka kami pun trus membuku(bace:book) sebagai langkah persediaan awal untuk mengelakkan kejadian meja penuh. Setelah membuku meja. Kami pun me"permintaan"(baca: order). Kami telah memilih menu yg di bawah ini:

Nasi penuh dengan lemak bersama kari ayam berlemak(berlemak abis la sape yg makan ni)

dan juga meehoon tomyam..nyam nyam nyam...

Setelah membuku meja dan men"permintaan" makan, kami pun bergerak ke pasaraya carrefour, memandangkan bau keretaku semakin tidak enak(bau pun bleh dipandang?), lalu kami ke bahagian wangian2 kereta utk membeli wangian2 pokok kecik(bace: little tree) . aku amik perisa(bleh rase?) Black Ice sbb mengikut kate chentaku, perisa itu amatla terkenal. dalam perjalanan ke kaunter, kelihatan jajan pulak, membuatkan perut ku lapar, lalu aku mecapai 2 bungkus twisties dan sebungkus nachos...huuhuhuhu...

Kami pun kembali ke kopitiam, ke semua meja telah dipenuhi, nasib baik kami sudah membuku lebih awal. Kelihatan menu yg diminta tadi telah bersiap sedia utk dimakan di atas meja..tak smpi 10 saat kami duduk...akak kedai tu pun jerit"dah azan da!"(selebet punye akak)..menandakan telah masuknya waktu berbuka puasa bagi kawasan KL dan yg sewaktu dgnnye

maka kami pun nom nom nom nom nom nom nom nom...dan inilah hasilnye..licin bak sutera



Hasil tangkapan malam ini dianggarkan bernilai RM25.95, makanan diorg mmg bestlah, korang patut cuba!

p/s: akhirnye berjaya menggunakan a decent digicam utk snap pix dlm blog ni..hehehe..pada nurul akeem ku sayang, terima kasih kerana sudi berbuka ngan keqasehmu ini..dan juga melicinkan ape yg tidak licin(padahal aku yg licinkan ;P)

143 (^_^)~♥

AMARAN: ENTRY YANG BAKAL MEMBUATKAN SESIAPA PUN MUNTAH MENYAMPAH.
BACA ATAS RISIKO SENDIRI.

harini, bangun pagi, rasa sgt bersyukur.
masih bernafas, masih di pangkuan keluarga, masih ada kerja, masih ada kudrat. dan masih ada yang sayang.

rasa ..

dicintai. 

Okay, sila muntah sekarang.

Bila dia sirius..
saya takut. tapi saya sayang gak.

Bila dia stress..
saya cuak. tapi saya chenta gak.

Bila dia sengal..
saya cuba bertahan. tapi saya tergelak jugak.

Tapi bila dia senyum,

saya SANGAT hepi!

Cinta hati saya, thank you for loving me! 
I love u!

Sunday, August 22, 2010

kucing!

Ada kucing comel datang kat rumah. Sesat kot. Bgtau dia, "Kalau tak jumpa jalan balik, duk sini je pun takpe tau". Last attempt utk bg dia jalan ke rumah. Tiba2 dia jumpa rumah dia. Babai! Jumpa lagi ye si kucing comel!

perempuan.

perempuan,

berhati-hati bila berhujah,
berfikir dulu sebelum berbuat,
jangan nanti asyik menerjah,
sesiapa pun bisa meluat.

perempuan,

hargai apa di depan mata,
jangan dilayan nafsu membukit,
kalau terikat cubalah setia,
jangan meroyan asyik mengungkit.

perempuan,

usahalah untuk kebahagiaan,
bukan melukut mengingat kenangan,
jgn buat org lain jadi sasaran,
sedangkan salah empunya badan.

perempuan,

jika kau ikhlas baik hati budi,
semua yang baik tetap untukmu,
doaku ikhlas walau kau tak sudi,
semoga berbahagia dlm hidupmu.

Friday, August 20, 2010

baju maroon kesayanganku.

baju ini, dahulunya longgar walaupun bersaiz small,s.

pada ketika ini (gambar) baju ini sudah pun bersaiz sedang sedang. takpe. masih s.


kini, hari ini, ia telah menjadi sempit. *oh no*. tapi takpe. masih s.

Thursday, August 19, 2010

Weeehooo!



4 storey bungalow

Side view
Outdoor jacuzzi

Side view from outdoor jacuzzi

Frontal view from outdoor jacuzzi

Banglo sebelah rumah

Jenguk sikit dari beranda 3rd floor


View dari bilik yang keberapantah

Frontal view from main entrance

Bath tub bilik bujang

Yang ada view pepokok

Dan shower kepala kotak

1st floor view


Lif!

Tangga cantek


Bilik ke berapentah dan ke tingkat berapentah

Kolam kecik masuk2 pintu

Swimming pool clubhouse sebelah rumah

Swimming pool yang endless water flow juge di clubhouse sebelah umah


Sri Hijauan bungalow kat Cheras.
Jatuh cinta pandang pertama, apatah lagi bile try masuk.
Asenye 8bilik +1 guest room+ 1maid's room, 8 bathroom, 3 toilets.
(agak2 je, xigt bape)
Ni baru je tgk rumah contoh. Dah siap kang, sumpah lawa.

Utk org2 y suke lofty houses, lofty lifestyle, dan ADA duit.
silakan.

Bagi saye di mana ada incik Fazdi, di situlah hati saye dan rumah saye.
Auw!

p/s: best gak kalau dpt umah ni sebijik. donor please! :p

Wednesday, August 18, 2010

Kerana si Bubur Lambuk

Oleh kerana menyangkakan bahawa bubur lambuk akan diedarkan secara percuma pada hari ini, Selepas waktu kerja, kami telah sepakat utk bertemu di.....

di kompleks pkns(antara bangunan terawal yg wujud di Shah Alam satu ketika dulu)

Setibenye kami disitu kami mendapati bahawa semua parking haram telah pun penuh(walaupun haram namun tidak membatalkan puasa) . Maka kami pun parking secara halal di...

SACC mall(antara shopping mall kedua terawal selepas Plaza Shah Alam)

Rupanye pengedaran bubuk lambuk itu adalah hari esok. Tanpa buang masa dan buang air, kami pun jalan beriringan ke tapak bazar Ramadhan yg terletak di belakang Kompleks PKNS td. Rupen2ye kat Bazar Ramadan pun ade juga yg jual mende haram ni...

jual mercun(sekali lagi, mmg haram, tp tak membatalkan puase)

Setelah lengkap membuat satu pusingan di bazar ramadan itu, Kami busan dan jemu kerana kami mendapati tiada juadah yg mampu memuaskan nafsu makan kami.. kebanyakan peniaga menjual makanan macam ni...

tp sotong goreng tu nampak macam sedap je..

Seterusnya, kami terus beralih arah ke...

kepsi yg berhampiran(kfc kat arab ni, queue pun asingkan laki n pompuan, ntah2 ayam die pun asing jantan n betina)

Namun begitu, ke semua meja telah penuh dan kami beredar dari situ untuk mendapatkan sumber makanan yg lain. Oleh kerana masa berbuka hampir tibe, kami membeli...

ketupat palas 5 ketul Rm3.00

dan juga...

rendang tok(walaupun bukan atok yg masak). RM5 utk 100gm

yang dijual oleh seorang gadis yg cantik(cantik ke?). Then,kami ke Seri Kota untuk membeli....

1 air kotak MILO dengan penyedut minuman edisi istimewa

dan juga.....

1 botol air 100 plus(tp kami beli yg kecik je)

Lepas tu kami mencari tempat duduk di sekitar ruang legar utk berbuka puase, tp sumenye sudah ade org. Jadi kami pun pergi ke tepi tasik dan setelah azan, kami pun berbuka puase macam gambar bawah ni....

tp takde la smpi bentang paper, just duduk kat bench je(anak sape la dlm gambar ni)

Setelah kehabisan stok makanan dan minuman, kami pun beransur dan....

pulang ke pangkal jalan(rase2nye jalan kat atas ni boleh pergi mane ek..)

p/s: mohon seribu kemaafan kepada chenta hati ku kerana tertinggal kamera buat kali keduanye. saya berjanji tidak akan tertinggal utk kali ke 3. Dan semua gambar di atas adalah gambar hiasan semata2, tiada kaitan dgn org yg berpuasa atau tidak. ;P