Showing posts with label stalker. Show all posts
Showing posts with label stalker. Show all posts

Thursday, March 17, 2011

entry parody: soal jawab bersama stalker

kalau dulu, stalker bertindak tanpa berfikir panjang, lalu mengeji terang2an, sekarang stalker sudah sedikit pandai. *tepuk tgn* tepuk tgn*

siri parody kali ini membawakan dialog soaljawab antara stalker dan owner. tiada kaitan dgn sesiapa pun, tapi kalau terasa, mintak maaf la ye. sape makan megi kari ofkos terasa MSG. ;p

owner: kenapa ye kau stalk dan kau kutuk2 pada mulanya?

    stalker: sbb aku jeles, ofkos.

owner: kenapa kau jeles?

    stalker: sbb aku busuk ati, obviously.

owner: aku cadangkan kau beli febreeze dan spray. ok ok. seriously. apa y buat kau rasa mcm nak stalk?

    stalker: aku rasa maybe sbb aku regret ngan apa yang aku buat. tapi aku rasa mungkin juga sbb aku rasa the world revolves around me. sebabtu aku rasa apa saje yang menggugat perasaan aku, ialah threat untuk aku.

owner: aku kurang faham, boleh perincikan sedikit?
    
     stalker: lampi la hang ni. camni, aku penah hepi tapi aku alpa. tapi bila kau pulak hepi, aku jeles lah. as simple as that. paham?

owner: paham sikit la. tapi aku tak paham. kau ada hidup kau, kenapa kau nak sibuk hidup org lain?

    stalker: sbb, aku menyesal la. aku nak baik dgn orang tp org susah nak terima aku.nape ek. kau ada idea x?

owner: sebab kau dulu banyak buat jahat, kikis duit orang, buat2 lupa hutang and the list goes on and on.
  
    stalker: maybe lah. tp apa maksud kau ek?

owner: ye lah.. kau byk buat salah kat orang, kau igt senang ke orang nk maafkan.
   
   stalker: aa, yelah. btul jugak. tp kalau boleh aku nak baik dengan semua orang. aku nak menari hindustan dengan semua orang.hehe

owner: haha klaka jugak kau ni kan. tapi, grow up lah. 
    
    stalker: yelah, aku dah taknak cari gaduh lagi, aku nk baik dah ni. tapi aku cakap ni aku tak tau lah bape lama aku bleh jadi baik. kau tau kan, perangai ke habbit orang memang susah nak ubah. seminggu dua boleh lah aku tahan kot.

owner: takpelah, kau cuba la jadi baik ye. aku pun malas nak tengok kau stalk lagi. monyampah pun ado. 

    stalker: untuk orang yang pernah aku buat salah, aku mintak maaf ye. 

owner: bagus2. aku pun doakan kau berubah jadi lebih baik. takde stalk dan mengeji je. semoga anak cucu kau takde lah ikut perangai buruk kau. 

    stalker: baiklah. aku insaf. (buat masa ni). tapi jap, aku pun nk tanya kau. kenapa kau macam cari gaduh ngan aku je?

owner: entah. maybe sebab kau yang mulakan. elok2 aku tak kenal kau, aku takde dendam pape kat kau, dari aku rasa kau lawa tiba2 kau menghanjeng kat aku walaupun aku tak kenal kau. lawa lagi ketiak aku sbbtu agaknye dgn ketiak aku pun kau jeles. well, u started the war, i just..play along. go with the flow.  kalau kau tak suka, kau takpayah stalk. buat kau menyampah je baca aku rindu2 biffy aku kat sini.tp at least ok la aku rindu2 kan, dari bila laki aku tade je aku sibuk gatai cari laki orang.

    stalker: ooh macamtu. aku rasa aku nk stop stalk jugak. tp kau tau lah. busuk ati tu kuat. takpe. aku cuba stop curi baca blog kau. aku pun taknak sakit hati.

owner: bagos2. 
---------------------------------------------------------

p/s; for that specific stalker, it's not that i hate you that much. it's just that the scar u've given me & my loved one..it still bleeds. what annoys me is; u have the courage to say all the bad things about me (and him) as if you're the perfect human being above the rest. so i tell you, you are perfect indeed. but a perfect devil. you can apologize as much as you want but how long does it take for you to be forgiven, who knows.





Sunday, December 26, 2010

bila jemari mula menari

bila cinta kau anggap boneka..
tanpa segan kau perdaya.
agama, maruah semua kau lupa.
semata demi nafsu neraka!

hati pencinta kau patah patahkan
semua harta kau kikis, habiskan!
kau kata kau cari kesempurnaan
tapi kau lupa kan?

yang sempurna hanya Dia!

penahkah kau terfikir..layakkah engkau?
pernahkah kau terfikir..
mungkin ia hanya tuk seketika?

kau buang segala budi
kau campak segala ihsan
kau mula bangga diri
bongkak, lupa daratan

kaulah yang cantik
kaulah yang mulia
tapi apa gunanya cantik..
andai sifatmu hodoh
apa namanya mulia..
andai mengeji saja yang kau tahu.

hitam, segelap hatimu
merah, sepanas hasadmu
fikirmu dunia berputar hanya untukmu
kasihan. pendek akalmu.

sekali hati kau hancurkan
takkan sekali kau rasa kebahagiaan
sekali kau tebar helahmu
TAKKAN sekali kau lepas balasan

hairan, kau masih boleh berbangga
pelik, kau boleh berdabik dada
melangkah, sebait pun tak rasa malu
dengan dosa dan salah yang lalu

tika ini
mungkin kau bahagia
tika ini
mungkin kau lupa
setiap lakumu, PASTI ada balasnya
INGATLAH!
Tuhan itu Maha Adil.

Tuesday, December 14, 2010

entry parody: cara-cara menjadi stalker berkesan

1. dapatkan info blog yang anda ingin stalk dari rakan anda yang tahu tentang blog tersebut.

2. mula stalk dan baca entry baru dan selongkar dari entry mula2 lagi.

3. take note istilah2 yang korang rasa kagum, untuk guna dalam blog korang.

4. kalau ada topik yang korang rasa korang lagi bes, sila amek idea untuk canang topik best korang.

5. kalau boleh masuk blog tu sehari lebih dari 5kali, mana tau blog tu pun gila update blog sehari sampai 4-5 entry.

6. tgk gambar2 yang ada lepastu buat komen buruk2 dlm hati sbb korang mmg paling lawa dalam dunia. gambar ketiak tak payah la cari, nanti ketara pulak dgn ketiak pun muka tu nk tergugat. ni tak disarankan lah.

7. bila boring2 malas buat keje kat opis, search kat google nama blog yang korang nak stalk.

8. ulang langkah 2~7.

9. bila kantoi korang dah kene track dgn feedjit, gelabah tapi buat2 rilek.

10. kurangkan visit blog ke 2 kali je sehari instead of 5kali.

11. korang applikasikan site live tracker kat blog korang tapi mesti cari type lain pulak, sebab taknak sama dgn blog yang korang stalk.

12. tukar location anda kat feedjit, dari specific location jadi Malaysia. untuk buatkan anda rasa lebih secured.

13. bila dah pandai sikit, pegi search kat feedjit, lepas view blog, delete your IP. tapi hati2, walaupun dah delete IP, owner boleh tau jugak IP dgn cara2 tertentu.

14. ulang langkah 2~7.

15. bila blog korang stalk dah hidekan feedjit, korang letaklah feedjit pulak dengan harapan orang akan stalk anda pulak.better aku baca ijaicool dari buang masa stalking.

anyway,
happy stalking!

Note: entry parody sekadar untuk gurauan. siapa yang terasa, andalah stalker itu! kantoi~ hehe.