Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

Saturday, March 19, 2011

trip kami ke entah keberapa kali nya

harini hari agak bes, takde panas, tp ada sedikit hujan. tapi takpe hujan di luar janji bukan hujan di dalam hati. *merepek*

kua jalan2 n men bowling dgn sgt corotnya berbanding pasangan suami isteri suwit JM-Hyda.
mereka bermain dgn sgt hebatnya, dan secara terang2an mengeji skill kami bermain bowling. tapi takpe, ia telah membangkitkan semangat incik dan akhirnya incik maju 3 tapak dengan melangkan dari 0 pin down ke 3 kali strike. tapi aku mcm biasa, epic failure. zasss.

on the way balik, saje2 tgk umah. ngat nk tgk2 je dr luar tapi ada satu unit show house dgn pintu terbuka lalu masuk la kami dgn hati y terbuka. tgk flooring mcm cantik pulak. benarkah? atau setakat utk showhouse saje? balik je selongkar balik pamphlet. upenye termasuk finishing skali. alhamdulillah, rasanya dpt harga terbaik utk rumah ni. mula2 tak de harap apa pun, cuma teringin nak ada 1st landed property. kira bagus jugak la kitorang takde put on high hopes. at least takde la hampa kendian hari.
 
masa tgk rumah ni, ada lagi 5 units left. tak tau skang masih ada ke x, kalau mau try tny boleh PM utk details org y jaga office bayuemas ni. plan utk kota bayuemas, still ada upcoming development. semi-D house, superlink, bungalow in progress. dgr ritu org tu ckp kalau semi-D, 350k++  ke 380k++ tah camtu. ok sgt harga dia. kalau bandar puteri utk price tu, baru terrace double storey y 20"x70". 



sikit details tentang phase A8A (kot2 ada y minat, n maybe ada lagi unit y available.)

Warisan, 94 unit double storey terrace house, 22"x70", Kota Bayuemas, Developer I&P Group.
Expected completion March 2012.

  • Built up : 
              1,931 sq ft (corner lot) *fully sold out*
              1,540 sq ft (intermediate lot) *maybe still available*
              1,931 sq ft (end lot) *fully sold out*
  • Price : RM304,888 ~ RM429,888 (7% bumi disc)
  • Location : Near to AEON Jusco Bkt Tinggi, TESCO, Giant, KESAS highway, LKSA highway
  • Structure : reinforced concrete structural frames and concrete slab
  • Wall : cement sand bricks and clay bricks to party walls
  • Roofing covering : concrete roof tiles
  • Roof framing : lightweight steel trusses
  • Ceiling : fibrous plaster ceiling, skimcoat & paint
  • Wall finishes : plastered & painted, ceramic tiles
  • Floor finishes 
    • carporch & drive way : homogeneous tiles
    • entrance : homogeneous tiles
    • living & dining : porcelain tiles
    • kitchen : ceramic tiles
    • bathrooms : ceramic tiles
    • bedroom (gnd floor) : porcelain tiles
    • bedrooms (1st floor) & master bedroom : laminated flooring
    • family area (1st floor) : laminated flooring
    • staircase : laminated flooring
    • drying area : ceramic tiles
  • WC : 3 units
ground floor
living room
tingkap tepi luar rumah
car porch
store room bilik harry potter
blakang umah y belum siap
senaman ulang alik naik turun tangga
family area 1st floor
air vent
plastered ceiling
salah satu bilik di atas
staircase
masa nak pegi tgk umah ni, si kelabu kepunyaan incik tiba2 ditimpa musibah kecil. lalu pegi la kitorang ke workshop berdekatan untuk rawatan kecemasan. 

masuk klinik sekejap
eneous car centre yang berjasa tanpa perlu bayar sesen pun
mengintai si kelabu
kawasan bermasalah dikenalpasti dan dirawat

kesimpulan: lawatan berhibur sambil belajar hari ni sgt menyeronokkan saya. sbb dah lama berhajat nk jenjalan ngan JM & Hyda tp baru ni chance dpt jimba2 lama sket dari kebiasaan. time kaseh korang for the great times we had!

tips beli rumah: MLTA vs MRTA

mula2 kitorang nk beli umah, punyela stadi n sebey2.. tapi honestly, aku ase aku tak paham sepatah haram pun. smpai la bila da lalui sendiri baru paham. masa nk cari loan, ada la beberapa bank y kitorang sebey. tp came across OCBC bank. komen personal ; OCBC cpt n senang. tak mcm certain bank, y perlukan detail supporting account lain at least 15k. sape nk contact OCBC utk loan, PM ek. suke sgt ngan agen dia ni. dahlah kacak, pantas dan sapotip juge.

sbbkan blur2 lagi tatau nk buat apa, apa y nk kene tau, incik ensem ni dah eksplen kat kitorang pasal insurans umah.. iaitu MLTA. dan MRTA. salu certain bank, dia takde gtau option y kita bleh choose nk amek MRTA ke atau plan lain. jadi kalau taktau, tak diberitahu, dan tak tny, maybe by default akan diberi choose utk pick MRTA. apa kejadahnye MRTA ngan MLTA?

MRTA vsMLTA (source: SINI)


MRTA : Mortgage Reducing Term Assurance
MLTA : Mortgage Level Term Assurance

Dua2 ni mortgage insurance in short. tapi utk determine yang mana better, of course depends on oneself. 
sket huraian utk table kat atas tu, kita tgk both plan pun main purpose dia utk protection. tp kalau MLTA, dia mcm ada saving sket. sbbnye, in the end lepas abis loan tenure kita akan dapat balance duit yang kita dah bayar dulu . (bulan2 ke, tahunan ke)

OK, contoh.
Katakanla kita pinjam RM300k, tempoh loan 40 taun. 

Situasi 1: MRTA

Bayar lump sump & harga premium varies ikut umur. Sbb MRTA ni term insurans, dia tade simpan2, apa y dia cover dlm 40 taun tu, lepas dari 40 taun burn camtu je kalau xjadi pape. kalau jadi pape sebelum tamat loan tenure (touch the wood -tiru incik ensem) ofkos dia akan cover n rumah tu tak payah bayar trus. kira dah setel payment ngan bank. so waris2 dpt stay sana trus tanpa risau bayar duit umah. itu saje. tapi duit tade dpt.

Situasi 2: MLTA

utk MLTA, kita bayar premium secara periodic. samada nk bayar bulan2 atau tahunan, bleh pilih. sakit sikit mula2, tp takde byk sgt. depends on age jugak nilai dia. jadi, logically, bila kita bayar periodically ni dia akan simpan dan bertambah dan bertambah jika takde apa2 y berlaku. bila abis saje loan tenure, after 40 taun, gedebuk dpt duit balik. time ni duit ni bleh la guna jd mcm retirement fund. kalau jadi pape, lepas cover rumah, dpt balik baki simpanan tu pada waris. umah setel, dpt lagi duit.

Tu je sikit pasal MRTA & MLTA. Renung renungkan dan selamat beramal. kalau nk tau lagi lanjut leh google aje. hehehe. 
mane kertas incik ensem ni bg masa eksplen dulu. jenuh cari tak jumpa balik, kalau tak bleh scan je kertas dia =_="

Tuesday, March 15, 2011

hampir siap!

nk cite pasal ape ek.kalau aku, aku suke baca pasal mknn, tp bosan gak sbb kalau tgk mesti lapo. kalau cite pasal masak mcm bes gak tp kalau tak reti masak patu tulis pasal resipi bodo2 cilok internet, takpun resepi tomyam @kurma baru cuba n cara nye salah pastu menggelikan tekak pembaca, takut fobia la pulak aku ngan lauk2 tu. 

so aku cite pasal mende y aku suka. sbb ape? sbb aku punya suka la. tak suka boleh pegi balik blog sendiri dan compose entry mengutuk ye. takpun tulis la entry copy paste berita suratkhabar konon2 kau baca suratkhabar. *eh? emo?*
 --------------------------------------------------------------------------------
saya cuti semalam dan ini hari. sbb doc bagi sy mc utk rehat. yay! 
seronoknye.. lantas saya bersungguh2 menyiapkan bekas barang hantaran (^__^)
hasilnya, bolehla. tggu time nikah nnt bleh tgk. hehehe. segan gak. kotla nmpak sgt flaws nye.. takut kalau incik photographer amek gmbr bila fokus tgk suma side tak lawa. :p

apepun, bekas tu dah siap, tinggal deco sket2 je lagi n sumbat barang2 saje lagi! yay!

pasal umah, haritu dah sain S&P, tggu derang siap setem patu sain ngan lawyer bank. patu tggu siap saje. hehe tak sabarnye nk masuk umah baru (taun depan la tapi..) mula2 ngat mcm nk apply gak apetu skim gomen offer tu, tp tgk2 household income tak layak. patu harga umah limit utk skim tu under 250k.. mane nak cari umah harga tu kat shah alam dek non.. apartment ada la kot, tp plus minus maintenance service suma pun kene bayar gak sendiri. fikir2 balik, 1st property mesti sebaiknya landed property, sebabnya tanah makin kurang, kalau ada pun suma developer ngan lumba2 wat high end development. tak terkoja ekau membolinyo. alhamdulillah came across I&P project kota bayuemas kat bkt tinggi. nk bli I&P alam impian terlambat la pulak, starting price skang dah 500k+. 

ohye. utk y nak beli umah, tips beli umah ada lagi y kitorang nk share. maybe next, cite pasal insurance MLTA vs MRTA. nk out~ jumpa incik, makan kepsi! hehehehe

Thursday, March 3, 2011

Yeayness!

Tahniah kepada cinta hati saya, sebab berjaya tulis entry. Setelah sekian lama ku pinta, liat benor nak hapdet. Harap semangat tulis belog beliau akan trus istiqamah hendaknye. huhuhu.

Skang aku plak tatau nk tulis ape. hahaha. abg, abg tulis la ek byk2. giliran sy plak malas2an. hehehe.
Tp kan, tatau la..lately perasaan malas mcm makin membuak2. pastu emo asek terlebih je. nyampah i~

Haritu, ngah baring2 terfikir. dah March. Aku kawen bln 4 nnt. EH?! March bulan 3 ek? Sbulan je lagi? 
Perasaan.. takut- tade lagi, dupdap- tade lagi, eksaited- pun mcm blum lg, stress- je y ada lagi.

Tapi bes, sbb tadi siang da sain S&P. kira da setel da. Unit num 45, nombor umah tak hengat. Jalan Bayu Impian bapetah pun tak igt. wee~tak saba nk tggu leh masuk umah. tp dah berangan nk wat kitchen cabinet, dapur leper, beranda, grill, sliding door, ceiling, gate, cat, blablabla. over btul!

Hm..wedding..Walaupun checklist dah letak kat fixed column tu, tp tgn gatai2 gak nk tulis checklist. Double check. hehe.

Pending:
Baju nikah ppuan
Tang ni aku hangen satu badan. Sibaik da tempah awal2. So ada la ritu 4bln utk alter. Pas alter pun masalah lagi. Sibaik lagi jumpa kedai alter y ok. Tapi tatau lagi hasilnya. Tggu tgh bulan nnt baru nk g tgk.
Muzik
Ase mcm malas nk fikir list byk2 lak. Serahkan pada derang je la. DJ pun org radio, harapnye ok la suma under control. Maybe nnt awal April kot kalau nk discuss sket2. Eh. MESTI. tade kalau2.
Kad jemputan
Kad da siap print da bulan lepas, byk lak dia bg lebih. Ok la.. RM370 je, skali ngan sampul. Tp tiba2 ase sampul mcm kosong lak, (sape suh gedik2 tamo print sampul wp da ada design..hamek ko)so Senin haritu g order rubber stamp, esok kalau siap nk amek. Pastu masa utk mengepos! Yay!
Balance stage by stage
Bln March punya progressive lum lagi, tggu ujung2 bln kot. Awal2 ni dah bayar umah. Tggu kumpul sket lagi.
Honeymoon
Tatau la. Tak plan lagi. Incik nnt stat keje baru, cuti tak sure lagi cane. MATTA fair yok abg! Kampeni ada wat trip g Bali, tp xjoin kot. Mcm..ramai lak kalau nk g honeymoon. hukhuk.
Distribute kad
Utk rakan2 sket2 da bg by hand. Yang nk pos, tggu rubber stamp siap. pastu.. chop! chop! chop! lambchop! baru ngepos~

Atur tpt tinggal
Mmg mau book Intekma. Tp tak g sebey lagi utk budgeting. Esok g tgk sket2 bleh ke abg? 
Doorgift
Biggest headache. Jap nk bg itu, jap nk bg ini. Tak bg kang baru tau. *eh? emo plak* dush!
Dah abis entry penting diri. Pasni turn incik tulis. lalalala~

Wednesday, March 2, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 + 2 bulan

Assalamualaikum, dengan rendah dirinya saya ingin memohon maaf kepada kekasih saya kerana telah lame tidak mengapdet blog walaupun salah satu azam tahun baru saya ialah mengapdet blog secara istiqamah dan wasatiah tanpa ada unsur2 syirik. Alhamdulillah ke hadrat ilahi, walau pun hanya telah 2 bulan berlalu, tahun 2011 ini membawa sejuta seribu seratus sepuluh sa makna buat diri aku Pelbagai onak ranjau berduri yg telah ditempuhi namun saya bersyukur kerana dapat mengatasi semuanya dengan tenang dan terima kasih kepada bakal isteri saya yg sentiasa memberi sokongan,dokongan, dari pelbagai arah dlm usaha untuk mengatasi pancaroba yg dihadapi. antara perkara yang menarik yang berlaku pada awal 2011 ini ialah:

1. Buat kali kedua2 berturut2, azam tahun baru dpt dicapai pada bulan Januari. Sebenarnye aku sudah mendapat kerja baru setelah berkhidmat untuk Freescale selama satu tahun satu minggu. Bagi aku, pengalaman bekerja di situ sgt bermakna buat aku. Suasana, kawan2, cara kerja amat berbeza dari kat JVC dulu (sbb sume pun speking omputih je,even sesame melayu pun).Mgg susah nak dapat pengalaman tu kat tempat lain. Periuk nasi aku yg seterusnye ialah di WD, sebagai Firmware engineer. Best ke kerje tu? I try first, regret later..huahuahua..BTW, pls wish me luck

2.Persiapan kahwin. Yahoo!! aku nak kawin!! persiapan hampir complete almost 90%. segala urusan birokrasi telah disetelkan, hanya tunggu utk berjabat tangan ngan jurunikah dan lafazkan nikah je. Progress utk kawin aku ade ditunjukkan kat sebelah kanan ni..korg bleh nampak la ape yg blum complete lagi. yang tgh pending adalah doorgift, bunga bertelur dan pengedaran kad kawin je. Semuanye berjalan lancar seperti yang dirancang. Semoga Allah memudahkan segala urusan, InsyaAllah. Amin!

3.Pembelian rumah. macam korg dpt tgk kat FB aku. aku ngan bakal isteri ku telah membeli sebuah rumah teres dua tingkat yang terletak di Klang, btul2 di blakang Bukit Tinggi(tp tak penah nampak pun bukit kat ctu). Segala urusan pembelian sedang rancak berjalan. Kene pergi jumper lawyer la, pegawai bank la..utk sign dokumen yang diperlukan. InsyaAllah, rumah itu akan siap sepenuhnya pada Mac 2012..setahun je lagi. Jemput la datang yek bile dah siap nanti. senang je nak pi...lalu kesas arah ke Pulau Indah, smpi simpang klang banting, amik kiri,pastu amik kanan, selepas petronas, amik kiri, pastu kanan..dan terus sehingga ke syurga..haha..Di bawah ni disertakan sedikit gambar2 sneak peek utk tatapan umum dan juga stalker2 yang bertauliah. Nak full version sila pergi sini.

signboard yang sejibik macam dlm brochure

pandangan sisi

dari depan

4. macaroon mania telah melanda. saksikan gambar dibawah utk mengetahui apekah itu macaroon. ade org tu dah sgt addicted. so sebagai seorg kekasih yg memahami, saya telah berjanji utk belajar membuat macaroon apabila dewasa kelak.


dalam display

dalam beg ade macaroon
dalam beg macaroon ade ape? macaroon la

5.Baru sat tadi pi Stadium Shah Alam, Selangor vs Kedah, menang 2-0 tu..kedua2 jaringan berpunca dari tandukan Robot(No.23) dan Asra(No.4) yg diassist oleh Waktong(no 14) dan juga Alkapitanodeharimaumalaya(No. 8), Sesungguhnye kemenangan ini amat bermakna utk mengejar pasukan kijang yang sedang berada dipersada liga.Viva  Selangor!

Sebenarnye byk lagi mende yg baik berlaku kat kitorg akhir2 ni,tak terblog banyaknye..mungkin ini dugaan yang Allah nak bagi untuk menguji iman hamban-Nya yang lemah. Kene berwaspada ni. Berigt sebelum kene.Ape yang penting kita haruslah terus bersyukur, redha dgn segala ketentuan dariNya. Renung2kan dan selamat beramal.

p/s:Arap2 malam ni mimpi bagi farewell speech esok..dah malas nak pikir ape nak cakap utk esok hari.

Tuesday, February 22, 2011

Update sikit sbb incik asek lupa update.

lama tak cite pasal nk beli umah. asek fikir pasal kawin2 je. tp kan, baru2 ni ada jumpa 1 umah y mcm bes. still consider murah la gak. so tak hagak2 pas amek offer letter pas book unit, sebey bank.

patu kitorng apply OCBC bank, mmg berbaloi2. alhamdulillah loan approve smlm, so pasni bleh setel pasal umah dlm minggu ni. pas kawin rilek sket da. takyah nk cari umah. umah ni, still under development n target to complete by March 2012.

Friday, December 17, 2010

tips beli rumah: step by step guide

Okeh, nak beli rumah? Bkn senang.. mcm2 perkara kene amek kira. salah satunya, study step by step apa yang nak kene buat sebelum beli rumah.semua steps dari perancangan sampailah execution semuanya bukan perkara remeh temeh. jom tengok apa yang nak kene tau.

1. Sebelum beli rumah, kita kene pastikan details tentang developer.

  • housing developer tu mestilah ada lesen dan lesen yang masih sahlaku.
  • housing developer mesti ada iklankan projek tersebut dan ada sales permit yang masih valid.

2. Kenalpasti jenis rumah.

  • Untuk landed property mcm banglo, semi D, dan teres, expected date of completion ialah 24 bulan dari tarikh anda tandatangan Sales & Purchase Agreement (SPA) manakala untuk jenis strata iaitu kondominium, flats, apartments atau townhouse, expected date of completion ialah 36 bulan.
  • Sebelum beli, pastikan kita dah dapatkan brochures dgn information tentang project tu, mcm development's license number, advertisement dan sales permit. ini untuk make sure project tu betul2 valid dan kita tak kene tipu ngan fraud case.

3. Kenalpasti status tanah.
  • Freehold land atau Leasehold land atau Tanah Rezab. Kalau Leasehold, check brape tahun sebelum leased. jgn lupa check jugak samada tanah tu penah dipajakkan pada bank atau tak.Status tanah kalau nak tau lagi lanjut boleh check kat Pejabat Tanah.

4. Check information brochure.
Masa dapat brochures dari developers jgn tgk design plan saje atau skali tgk simpan masuk beg. check dulu. brochure tu mesti ada item2 di bawah;

  • Pemaju perumahan punya nombor lesen dan tarikh expired
  • Iklan dan sales permit number dgn tarikh expired
  • Nama dan alamat untuk pemaju perumahan berlesen, authorized agents(kalau ada),pihak guaman terlibat(kalau ada),syarikat pengurusan projek mcm consultant's details(kalau ada)

5. Detailed description

  • building material punya spec
  • size rumah, lot size etc
  • kemudahan dan prasarana
  • nama projek tu
  • expected date of completion
  • harga untuk setiap jenis rumah, cth linked house intermediate lot, corner lot, atau semi d ke normal terrace
  • brape unit untuk setiap jenis rumah, cth semi D 50units, linked house 2storey 100units dan sebagainya
  • reference number untuk approved building plan dgn nama local authority.
  • pastikan kita faham hak pembeli yang ditulis dalam Sales& Purchase Agreement. Nanti dalam SPA ni ada 2 schedule iaitu schedule G dan H yang termaktub dalam Housing Development(Control and Licensing) Regulation 1989. kalau tak faham, tanya. fahamkan betul2. jangan main2 ni :p

6. Pembayaran pertama
  • 10% mesti dibayar masa sign SPA. pastikan tarikh sain SPA ngan tarikh 1st payment sama. Kene tau, tanpa sain SPA, developer tak boleh langsung collect any form of payment dari kita.

7. Pensijilan arkitek

  • pastikan apa2 permintaan utk bayaran instalment disokong dgn sijil yang ditandatangani arkitek/certified engineer.

8.Faedah dikenakan bila bayar lambat

  • kalau pembeli gagal utk bayar developer instalment dalam 21 hari bekerja dari tarikh bertulis dari developer, pembeli akan dicaj kadar faedah 10% per annum atas jumlah yang masih belum dibayar.

9. pembatalan SPA

  • kene alert gak, kalau gagal bayar instalment lebih dari 28hari developer ada hak untuk batalkan SPA. tapi derang kene bagi notis bertulis oleh arkitek yang ada AR y menyatakan intention batalkan SPA.

10. bayaran cukai tanah, cukai pintu
  • dari rumah dah siap atau dr date penyerahan kunci tu, (kene kompem balik) buyer dah bertanggungjawab utk bayar cukai2 ini. pastu bila rumah da siap dgn air dan electricity, mesti diserahkan pada buyer dalam 24bulan dari tarikh sain SPA(untuk landed property)
11. syarat2 yang developer mesti ikut: 

  1. kne ada sijil dari arkitek menyatakan projek perumahan tu dah siap, dan dah ada air dan elektrik dah ada.
  2. developer dah apply utk Certificate of Fitness for Occupation (CFO) melalui Form E, dan form E tu dah disemak dan diapprove oleh authority.(Form E tu borang application dari arkitek developer kpd authority utk mohon CFO)
  3. buyer boleh mintak claim kalau late delivery dari developer.
  4. kalau developer gagal serahkan rumah mcm y dah dinyatakan dlm SPA, developer kene bayar gantirugi yang dikira dalam kadar harian, 10% per annum dari harga purchase
Baaaanyak sgt lagi yang nak kene tau pasal nk beli umah ni. apa yang penting, kene tanya apa yang tak pasti walaupun sikit tanya je jgn malu2.. no such thing as stupid question. pape lagi maklumat nak tau atau komplen2 bleh la contact direct seperti detail di bawah;

Monitoring and Enforcement Division 
Ministry of Housing and Local GovernmentLevel 3, 
Block B North, Pusat Bandar Damansara
50782 KUALA LUMPUR 
Tel : 03-2094 7033Fax: 03- 2092 5049 

Forward your complaints here, complete and click send. Or e-mail our enforcement officers at enforcement@kpkt.gov.my, giving your full name, IC no, developer's name, name of housing project, etc.

Before proceeding please browse through the FAQ section provided.Please refer also to the prepared article, Housing and You, which has appeared in the local papers. 

This is a division under the Ministry of Housing and Local Government and it is responsible for the implementation and enforcement of the provisions of the Housing Developers (Control and Licensing) Act (Act 118).

Monday, December 13, 2010

tips beli rumah: beli atau sewa?

Sewa?
      1. Masa
           Kalau sewa yang bagusnya kita boleh settle cepat. Dapat tpt, settle down pun senang, compared to kalau kita nak beli prosedur sangat2 byk dan leceh. Kalau sewa pun, duration of stay pun tak jadi masalah. Kejap ke, lama ke ikut suka.  Best part is, kalau nak datang bawak beg baju je pun boleh. Skang byk umah sewa y dah siap ngan barang2 rumah. Bayar lebih je la kot. Kesimpulannya, kalau  nak cepat  mmg sewa lah pilihan y ideal.

2.   2.  Fleksibel
               Senang, kalau sewa. Kalau tak suka ngan area tu, kalau tak sesuai ke..bleh pindah keluar ikut suka. Cari lagi area yang lebih sesuai. Kalau baru nak adjust life, mmg rasanya lebih sesuai sewa sbb boleh try and error mana kawasan yang sesuai, dari segi facilities, jarak ke tempat keje dan sebagainya. Tapi kalau dah beli rumah nk pindah keje pun kene fikir byk2 kali. Sbbtu rasanya ramai gak yang tak dpt luxury of staying nearby their workplace. Tapi, kalau sewa pun selalunya kalau kat kawasan y senang akses ke mana2 ni biasanya tinggi sikit la kan. Utk jangkamasa pendek mmg ok, tp kalau forever mmg rugi gak la.

3.   3.  Kurang kelecehan 
             Bila nak sewa, kurang leceh sket la dari prosedur beli rumah kan. Tu mmg sah2 lah. Cuma awal2 nak masuk rumah tu la sakit sikit.  Tapi simple, just bagi deposit time nak sain agreement sewa.

a.       Busuk2 kene bayar deposit sekuriti, 2~3 bln tapi ni salu refundable bila nk abis sewa, atau bagi notis nk kua bape bulan ikut deposit so bln2 terakhir takyah bayar sewa dah
b.      Sewa advance, 1 bln
c.       Deposit utiliti, stengah ~ 1bln

Tapi suma bayaran ni pun negotiable, pandai2 la deal ngan landlord. Salu bleh je kalau mtk kurang. Apa nk tambah masuk dlm sewa, apa y nak tolak dari sewa. Mcm bil termasuk ke xtermasuk ke etc..

4.       Maintenance sng
               Kalau umah sewa paip bocor ke pasal electrical wiring problem kem gtau je tuan umah. Sah2 nanti dia akan repairkan busuk2 dlm 2 mggu. Tapi kalau dia busuk ati btul maybe gak dia takde repairkan. Ni suma bergantung kpd nasib korang dapat tuan umah yang cemana. Hehe.

Katalah kalau semuanya ok, tade masalah, owner ok, tapi kita tatau kot2 nanti tuan umah bakal naikkan harga sewa umah. Time kita dah settle down, dah hepi duk situ, time tu la plak dia nak naikkan sewa. Standard la ni, sewa umah mmg akan naik tak penahnye turun sbb kos sara idup pun makin naik bukannye trn.  Tapi kalau kita sewa pun ada gak risiko. Katelah tiba2 ada org len nk sewa lagi mahal atau dia nak pakai umah tu pulak kita kene kua cpt2,, nak cari umah lain pun satu hal lagi. Another downside sewa ni pulak, bila kita sewa chances utk kita trus beli umah ni dan convert jadi pelaburan property kita mmg sgt slim. Takkan la kalau tpt tu bagus, lokasi pun strategic, tuan umah senang2 nak jual kan? Kalau nk pun mesti mahal punye. Skali lagi, bergantung kpd tuan umah gak.

Beli?

1. Mengelakkan inflasi, dan pelaburan jangkamasa panjang
                 Mcm yang suma org tau, kalau bli rumah samalah mcm melabur. Kalau ikutkan, value harta kita (ecey…harta tu~) mestila kita nak dia at least maintain kalau tak bertambah pun. Jadi, ngan bli umah, kita otomatik ada property kat situ. Property values, mmg sentiasa dan semakin cepat naik dari kadar inflasi. Kesimpulannya, kalau tak untung pun kita tak rugi. Hehe. Boleh sewakan, boleh jual balik bila area tu dah HOT, bleh jual dgn berkali2 harga modal. Kalau tanak, duduk je situ. Lagi senang.

2. Milik sendiri
                  Aku punya!! Bila da beli jadila milik kita. Practically, kita bleh wat pape ngan umah. Nak tambah sana sini depan blakang atas dan tepi ikut suka. Cat kaler deco ikut suka. Kalau umah sewa, berbaloi ke nk buat suma tu, last2 kene hand over balik gak.

3. Bayar utk rumah sendiri 
                 Kalau compare ngan sewa, lagi untung beli sbb kita bayar sikit sikit pun lama2 akan jadi milik kita. Kalau sewa, kita bayar bayar pun tak gak jadi milik kita. Beza bayaran sewa ngan beli ni, bila kita beli kita bayar loan utk miliki umah ni. Whereas kalau sewa kita bayar untuk guna umah tu dalam certain jangkamasa. Kalau sewa lama, dan mahal, better consider untuk beli instead of sewa. Bila dah confirm nak beli, bleh check ngan bank, tgk bank mortgage tables utk check repay amounts.

Memang kalau nak beli rumah, lagi mahal dari apa y kita lihat pada dasarnya. Blum kira harga umah y termasuk cukai pelbagai, yuran guaman etc.. lepas beli pun, maintenance cost pun kita kene fikir gak. Bila nk repair apa2 y osak, apa2 mende y akan jadi kita kene ready to foresee all these possibilities.

Things being equal, mmg better ada umah sendiri dari sewa. Tapi tak semestinya semua org kene bli umah. Fikir dulu mana y sesuai, kalau short term n nk cepat maybe berbaloi sewa dulu. Tapi apepun, last2 mesti nk beli gak kan?

In the long-term, it's always better to buy a home than to rent.


Next entry : Step by step guide untuk beli property kat Malaysia.

Sunday, December 12, 2010

tips beli rumah : harga rumah

rasa macam nk pegi tgk show house. tapi bila dah tgk nnt, nk tny apa pun tatau. search sana sini, rasanya boleh kot kalau nk aplikasikan bila nak pegi cari, tgk dan beli rumah nnt.

sebelum start apa2 kita mesti selidik dulu beberapa aspek:
  • future planning development di sekitar kawasan residential development
  • dkt dgn peluang pekerjaan, office dan sebagainya
  • sekolah
  • taman rekreasi
  • kemudahan sukan
  • kemudahan lain, seperti kedai, hiburan, restoran, klinik dan sebagainya
  • dan paling penting harga rumah
masa nak beli rumah, kita kene consider btul2 pasal pricing. kos beli rumah ni bkn semata2 beli rumah je rupanya. ada kos guaman jugak upenye.meh tgk apa y patut kita tau and consider masa nk beli rumah baru.

Jadi sebenarnya, kos beli rumah = harga rumah + yuran guaman + cukai pelbagai. macamana nak kira?
Macamni:
  • Harga rumah 
kalau beli dari developer kebiasaannya mmg kene bayar 10% dari harga rumah dulu. skang dah makin senang dah, bleh kuarkan dari akaun 2 KWSP. syarat nya senang je, at least ada RM500 dalam akaun 2. keje kejap je pun dah lebih RM500 dah insyaAllah.

  • Yuran Guaman 
Yuran guaman pulak camni. yuran guaman akan dikenakan utk 2 urusan ni:
   1. Urusan dokumentasi perjanjian jual beli (SPA)
   2. Urusan dokumentasi perjanjian pinjaman perumahan (FA)

Tu secara generalnya lah, melainkan developer yang bayar kos tu atau bila kita layak untuk Zero Moving Fees yang akan ditanggung bank. kalau kes macamni ok la, takyah bayar langsung utk yuran guaman. 
tapi, kalau kene bayar, cub tgk blog NI utk pengiraan. dah nak letak tadi tapi sendiri pun tak paham. better tny pada y pakar.

  • Cukai pelbagai
cukai pelbagai termasuklah cukai setem dokumen/ setem hasil (4 copies) RM10 stiap satu. Ni cukai yang biasa, tapi cukai tak ramai amek tau pulak :
  1. Cukai Setem untuk Pindahmilik
       bila rumah yang dibeli dah ada geran. biasanya dulu rumah projek blum ada geran tanah tapi akan
       keluar  lepas 3 ke 5 taun lepas dah setel sain dokumen perjanjian jual beli (SPA). utk kondo, apartment
       n flat lagi lama, can take up to 10 years bergantung kpd pihak2 y menguruskan.

  2. Cukai jumlah pinjaman -RM5 utk setiap RM 1k pinjaman

Banyak lawyer gagal menerangkan cukai pindahmilik semasa Pembeli sign SPA dalam kes-kes projek, yang mana time tu geran masih belum keluar. cukai2 ni pulak hanya akan dibayar bila geran keluar. so kita prepare jela utk 2-3 tahun kemudian. lawyer akan antar surat sign borang pindahmilik dan kene bayar cukai pindahmilik.
tapi dari info blog tadi, ada jugak pakej dari developers yang macamni:

  • 10% dari harga beli diskaun
  •  yuran guaman untuk SPA pemaju tanggung (dengan syarat kita tak amik lawyer lain selain yang developer syorkan) 
  •  yuran guaman untuk FA Bank tanggung (kalu anda layak untuk Zero Moving Fees/Zero Cost) dan ada jugak yang developer tanggung
  • cukai jumlah pinjaman pun Bank tanggung dalam kes Zero Moving Fees/Zero Cost
  • cukai pindahmilik belum perlu bayar lagi sebab kebanyakan rumah projek belum ada Geran lagi. jadi kesimpulannya kalau bli dari developers kita make sure kan perkara ni dulu, sbb kebanyakan projek perumahan akan ada pakej macamni. kos kita akan kuarkan : zero. melainkan utk booking fees, dlm bape ratus je.
ngantuk dah, stadi mende ni je dah menguap2 dah. sambung lain kali, nak cerita pasal view property pulak.

incik kate tulis la pasal cara2 buat spaghetti. tapi takyah kot. suma org tau cane nk masak spaghetti. nnt malu je tulis resipi spaghetti nmpak sgt mcm baru blaja masak tp nk kepo2 plak :p