Showing posts with label NgapNgap. Show all posts
Showing posts with label NgapNgap. Show all posts

Saturday, December 25, 2010

Sabtu datang lagi

harini incik pegi umah org btunang, saya duduk umah tggu kakak pulang. sambil2 tu, pagi2 takde buat pape, try la pegi Giant baru bukak kat Kemuning Utama. Ngatkan mcm biasa2 je, tp kategori ok gak la kalau nk beli barang2 dapur. Giant ni wp baru bukak 2Dec ritu tapi kedai2 dlm tu suma dah penuh. ramai org pulak tu. Dlm Giant pun brg dia byk ada promotion. Brg2 pun byk pilihan. jap. nape beriye2 cite pasal Giant lak? ok. abaikan. 

Lps da bli barang, sbb kat Sri Muda da satu restoran glemer ngan ikan bakar nama Restoran Ikan Bakar maka kitorang sebenarnya kua umah nawaitu nye nk mkn kat situ, tp nyinggah Giant dulu smntara tggu tengahari. Ikan bakar dia ok la, byk pilihan gak. Nanti kita try pegi ek incik ;D

Restoran Ikan Bakar @Sri Muda
antara ikan bakar y ada. yang ni ada cili, ada lagi 2 meja
sebelah sana lagi penuh ikan bakar tp x snap pic
ada jugak gulai kawah. ada masak asam daging tetel,
daging lembu dan kambing
 
Lain, mcm biasa la kot. kalau hari biasa mmg kedai ni ssh nk cari tpt duduk. penuh ngan org keje g lunch. tapi sini bukak smpai ptg je tu pun ptg da takde da ikan bakar y byk tu. huhuhu. tapi, sbb da try ikan bakar kat kelana jaya ritu, rasanya sana lg bes n pedas kaw kaw.tapi, sini pun kira ok la gak. nnt nk bawak encik abah ngan puan mama pegi makan kat kelana jaya tu lah. bleh ye incik?

Thursday, December 23, 2010

update

mula2 saya bercadang nak lawat kawan baik saya Tanti sbb lama xjumpa, dan beliau sudah semakin hampir dgn tarikh expected mini keluar. mcm2 dugaan beliau, saya harap dan berdoa semoga semuanya dipermudahkan. amiin.

pejam celik pejam celik dah nak abis 2010. misi diet macam masih belum menunjukkan hasil. sebab misi mengawal makan pun sgt payah dijalankan. buktinya saje, rini dah 'ter'makan sushi. disebabkan sangat gembira hati saya incik dah carikan cincin, saya pun makan sehingga lupa daratan. dan incik memakan wasabi dgn hebat seperti biasa sedangkan saya hampir2 tersedak menahan ketaksedapan wasabi.
incik yang rakus makan sushi
 setelah makan berpinggan2 pelbagai warna, dan juga sashimi, incik mengorder zaru soba. mula2 kelihatan seperti takut saya mau menorai. tapi sodap pulak. sinopsis makanan ini dicopy paste dari wikipedia ialah seperti berikut: 

 Cold soba dishes

Chilled soba is often served on a sieve-like bamboo tray called a zaru, sometimes garnished with bits of dried nori seaweed, with a dipping sauce known as soba tsuyu on the side. The tsuyu is made of a strong mixture of dashi, sweetened soy sauce (also called "kaeshi") and mirin. Using chopsticks, the diner picks up a small amount of soba from the tray and swirls it in the cold tsuyu before eating it. Wasabi and scallions are often mixed into the tsuyu. Many people think that the best way to experience the unique texture of hand-made soba noodles is to eat them cold, since letting them soak in hot broth changes their consistency. After the noodles are eaten, many people enjoy drinking the water in which the noodles were cooked (sobayu), mixed with the leftover tsuyu.

zaru soba yang dimakan kami

mixing the raw telur puyuh into the tsuyu
:)
sebelum makan, tiba2 terjumpa cincin yang berkenan di hati. time kasih incik fazdi :) lebiu sgt. hehe. saksi utk sain borang permohonan kawin belah laki pun da siap. tinggal pegi jumpa sain pastu dah boleh proceed utk submit borang dan seterusnya.

so skang ni, yang tinggal utk wat ialah:
  • Saksi
  • Baju sanding etc
  • Cincin
  • Design kad & bunting
  • Follow up next step lepas setel permohonan nikah lelaki
alhamdulillah, hopefully suma berjalan lancar seterusnya. di bawah, tatapan gambar budak gumuk.
    kepuasan berjaya makan sushi


    sama tak ngan watak di atas?

    Sunday, December 12, 2010

    yay!!

    Lokasi #1:  Taman Pinggiran USJ 3

    Yes!! Thanks to Rumah Kebaya, we (I) finally found my favourite reception dress!~ harga saaaaangat berpatutan dan saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat2 lawa!!!Mcm style Inar, rupanya Rumah Kebaya dah ada kat Malaysia 3tahun dan well established kat Indonesia.Paling best skali kat Rumah Kebaya ni, tuan punya boutique ni sgt peramah n sangat comel! *i like!*

    So remaining yang akan buat end of this month atau bulan depan untuk Misi 30 April:

    • Saksi
    • Baju sanding etc
    • Cincin (perempuan)
    • Design kad & Bunting
    Lokasi #2: Semua House

    Kami dah senang hati, tapi plan nk pegi Semua House tetap diteruskan alang2 dah keluar. Tapi takde apa nk cari lagi sbbnye baju dah decide. tgk brg2 nk deco hantaran, tapi setakat amek2 idea. tu dlm bln 3 pun boleh start.  Orait. tuka topik lain.

    Lokasi #3: Tugu Negara

    Abis jalan Semua House incik kata mau ajak pg Bangsar Village jalan2, tapi on the way singgah Tugu Negara. hehe. sian dia melayan saya yang mcm budak2 sekolah pegi rombongan.
    Tugu Negara
    Incik dan jata negara tapi mengiklankan Argentina
    terik sungguh
    Lokasi #4: Bangsar Village I & II

    Pas jalan kejap kat Tugu Negara, sbb hari panas terik maka bergeraklah kami ke Bangsar Village. Incik suka tgk pokok krismas lego ni.nk trn tgk tapi sbb incik lapar, saya pun TERPAKSA join makan. hahah (ayat denial). restaurant ni mcm menarik, so kitorang pun try. incik makan seafood mee (nama sebenar dah lupa) saya makan deep fried wantan sahaja.
    canoodling
    menu
    interior kat canoodling restaurant
    lukisan incik. hahaha
    lagi lukisan beliau. hehe
    lukisan saya
    seafood mee ke? lupa nama dah.
    selesai makan, pegi level bawah nk tgk pokok Lego.tapi tabley sentuh. nnt kene marah :p tapi dah sentuh gak.
    pokok krismas Lego
    ek?
    sejurus selepas sentuh bliau kene tegur takleh sentuh huhu
    seterusnya sebab dah terlampau panas terik, kami pun berniat nk mkn aiskrim. haagen dasz? tunggu gaji :p tiba2 ase nk makan kek dan juge aiskrim.. *tamaknye*

    Lokasi #5:  SACC Mall, Shah Alam


    masuk2 SACC ada pameran kucin! suma cumil2! incik, nnt nk kucin macam ni boley?


    gebu!
    yang ni playful sgt, kitten lagi. comelnye!
    tembam
    si cantik dan peramah rajin bercakap
    secret!
    budak ni kuat makan ni!
    chocolate indulgence
    tak mengaku makan
    mau pura2 bukan kepunyaan bliau
    manisss betul menu minum petang. sibaik ada green tea tade manis. dah2. balik! esok keje pulak. hukhuk. penat tapi saya puas ati. sbb pagi2 misi dah tercapai. terima kasih incik!

    Saturday, December 4, 2010

    sabtu yang mengenyangkan!

    incik tak hapdet blog lagi, meh2 saya apdet walaupun kelihatan seperti gila kuasa. :p

    pagi2 rasa mcm nk makan nasik lemak tapi takyah pun takpe. tapi dah terbagitau incik. nk g opis incik suda belikan nasik lemak. konon2 rasa bersalah tapi sebaik saje masuk opis g cari port nk mkn nasik lemak. hehehe. tapi, ada jugak bubur ayam mekdi bawak pagi tadi. simpan dulu. tengahari kenyang lagi tp incik dtg lepas sebis kete sian bliau lapa x mkn2 sedari pagi. bawak la bubur mekdi y tak mkn td, on the way kua makan la sket dlm kete. bg incik sikit. *gile keji bg sikit je*

    incik kata mau makan ikan bakar. nyam2 sedapnye. ada amek gmbr tapi tak puas ati sbb amek gmbr view tak bape menarik sbb dah bedal separuh jalan baru tringat nk amek gmbr. he he.

    Fend Ikan Bakar SS6 Kelana Jaya
    Set ngan ikan bakar
    timekasih chenta , sbb bawak saya g makan sini! walaupun pedas tak hengat, tapi balik opis trus google gmbr tu. hehehe. cerita tentang kesedapan makanan di situ bleh la dibaca dgn lebih lanjut di SINI

    femes upenye. >.<

    balik ni tempah baju cantik kita yok! *sambil buat2 lupa misi lose kilos*


    Saturday, November 20, 2010

    Rita Collection, Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 1 dan Popeye

    Rita Collection
    pagi pagi lagi kami berdua sudah pun memulakan Amazing Race buatan sendiri. Misi hari ini adalah untuk membuat pemantauan terhadap baju-baju pengantin di butik rita collection. Butik buka awal dan kami sampai sana pada pukul 12.00pm seteleh berhempas pulas mencari lokasi. Banyak baju lawa kat sana, tapi harga pun boleh tahan juga. selepas mencuba beberapa helai baju, kami pun mengambil keputusan untuk mengundur diri kerana mungkin kami tidak dapat mencari apa yang diingini.

    Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 1
    Siri ke tujuh Harry Potter yang ditunggu-tunggu oleh penggemar cerita yang padat dengan ahli sihir, black magic, makhluk pelik. Apa yang diperjuangkan dalam kisah kali ini ialah ahli sihir jahat memburu Harry Potter. Scene paling tragis adalah ketika si Dobby mati akibat terkena dagger yang dibaling oleh seorang witch ketika si Dobby dan rakan-rakan cuba untuk escape dari tempat meeting ahli sihir jahat itu. Scene yang paling lucu adalah ketika Harry, Harmonie dan Ron menyamar sebagai orang lain semata-mata untuk mencari sebutir locket. Keseluruhannya, cerita tu amat best..but..genre  sci fic bukanlah my cup of tea kerana aku more prefer menonton filem yang bergenre realiti kerana moral of the story yang boleh diambil dari cerita itu. Namun begitu, kalau dah keluar part 2, aku rasa macam kene pi tgk jugak kerana aku dah tgk the 1st part. BTW, kami tgk filem ni di the Curve, Mutiara Damansara. Queue tak panjang, orang pun tak ramai. Mungkin semua warga kota masih di kampung menyambut hari raya haji

    Popeye
    Kali kedua makan di restoran ini. kali pertama adalah di sunway pyramid. Sebenarnye kami ingin membeli fish bite yang amat sedap, namun..di dalam menu tiada pulak makanan itu. maka terpaksalah kami membeli kombo for two. Agak masin pulak kali ini. tapi licin juga kami makan. Sila hayati gambar di bawah utk pengalaman makan di Popeye

    combo for two

    fish bite

    fries,mashed potato & coleslow

    mashed potato

    chicken tender






    p/s: bile mau start diet?

    Friday, November 19, 2010

    kecelaruan entry

    Ape ni? kate diet? hm ni asenye gambar lama, hari pertama ke kedua ke ketiga tah yang baru nk stat diet. tetapi, nampaknya kali ini pada ketika gambar diambil, percubaan diet telah gagal di Pak Hailam kopitiam.

    Iced Peach Mint

    Nasi LEMAK rendang ayam. tenyata siapa y makan ni suka mengumpul LEMAK. huhu


    bihun sup je, bajet diet la kot.

    Apepun, semoga kisah makan ni dapat dikurangkan dari hari ke hari.

    Masuk ke kisah seterusnya, pengembaraan mendaki bukit damansara. mula nk masuk tpt ni mcm la xbesnye. skali da masuk Damansara Coutry Heights ni, rasa sgt2 heran mcmana org2 boleh ada duit dgn sgt byk.dan membina sebuah banglo 7 tingkat. skali pandang ngatkan hotel. upenye rumah.
    kawasan sekeliling y maseh dipenuhi pokok2 dan anjing2 jalanan (tiada dalam gambar)

    Rumah besar 7 tingkat. kalau aku la misti kompius duk umah ni. satu malam tdo satu bilik. bape malam agaknye baru abis guna suma bilik kat umah ni ek?     
    Dan seterusnya lagi, saje suka amek gambar ni kat Tasik Shah Alam.suke benor lepak sini. tatau nape. maybe sbb tringat zaman kecik2 dulu suke g tasik ni. walaupun satu ketika dulu kepala ku penah terkena najis mutawassitoh taik gagak.

    Ijau2 ni lawa sebenarnye, tapi dlm gmbr mcm xlawa plak. camera henponkah yang perlu dipersalahkan? atau skill amek gambar tahap ayam?


    Sekian, terima kasih kerana membaca.

    Sunday, November 7, 2010

    Makan, PSP dan makan..itulah kami ;)

    Disebabkan jumlah gambar yang diambil pada hari ini adalah sgt byk, maka di sini saya mengumumkan entry kali ini akan melibatkan gambar dan caption sahaja. Diharapkan pembaca dapat menerima takdir ini dengan redha. Harap maklum.

    Lunch bersama cintaku di taman tasik MPBJ, berdekatan dengan stadium MBPJ pada hari Sabtu kerana beliau bekerja semalam .

    Nasi kukus dan ayam goreng berempah

    Nasi Kerabu dengan daging bakar.

    Keriangan kerana kekenyangan




     Sesi Skype bersama Rasyad iaitu adik si Lulu yang menuntut di New York, USA

    Webcast session bersama Rasyad


     Aktiviti yang tidak asing lagi iaitu MAKAN

    Terletak di Seksyen 2, Shah Alam. Berdekatan dengan bus stop UITM

    Lelehan coklat bak lahar gunungberapi

    Char Kuey Tiow yg BASAH sangat


    Sesi berPSP di waktu petang

    memikirkan kaedah untuk menumpaskan musuh

    Jari jemari ku cekap menekan butang

    Home ground of red giant, Viva selangor

    berselindung di sebalik Binbin

    Kaedah untuk menghapuskan bukti kecomotan

    menyambung aktivti perPSPan di dalam kereta kerana serangan semut halus

    Status terkini pencapaian GOWGOS: Tengah bertempur dengan bos burung-burung besi. dah patahkan satu kepak, tinggal lagi satu je lagi..lenguh dah jari nak tekan laju-laju

    Sebelum mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat berjaya kepada tentera merah yang akan berperang dengan askar biru pada malam ini. YNWA