Wednesday, April 6, 2011

mungkin aku sudah ditakdirkan begini..

Saspen ke tidak apabila membaca tajuk entry aku kali ini?.apabila dipikirkan kejadian menulis belog yang lepas lepas..besar kemungkinan aku telah ditakdirkan untuk menulis entry belog yang berkaitan dengan industri pemakanan sedunia. oleh kerana aku tiada perkara yang menarik utk dijadikan cerita.maka dengan makanan lah aku dpt menghasilkan secebis entry setelah berkurun lama aku tidak menulis belog ini...maka, aku ingin memperkenalkan makanan yang telah terlibat dalam kancah pemakanan aku semenjak due menjak ini....

1. Foot long Subway Sandwich. sila nikmati gambar di bawah...


ianya berukuran lebih kurang satu kaki yakni bersamaan denga 12 inci. apabila makan berdua, haruslah dibahagi sama rata iaitu 1 kaki dipotong dua maka hasilnya setiap seorg mendapat kaki kudung yang berukuran 6inci..logik? kalo kaki kene potong maksudnya kudung la(ntahapentah lawak aku ni..aku pun tak rase nak gelak). Berintikan kepingan ayam yang enak, kepingan ham (not hamster) yang nipis. dilimpahi dengan sos-sos yang beraneka jenis. beserta segala sayur2an segar dari peti ais tetapi bahan2 berunsur pikel dan olive tidak termasuk di dalam hidangan yang enak ini. Harga nya hanya tambah RM8 dari harga asal. Setelah menikmati hidangan ini. dapat disimpulkan bahawa sandwich 6 inci adalah sgt tidak mencukupi. satu hari nanti akan ku usahakan utk menghabiskan sekaki sandwich ini dengan penting diri sekali(makan sorang).

2. menikmati makanan jepun di Plaza Shah Alam

Mungkin anda pernah membaca entry kami yang berkaitan dengan tempat ini. maka denga ini saya mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan menu makanan yang disediakan. ape yang hendak aku tekankan di sini. setelah sekian lame tidak mengunjungi tempat makan ini. rupanya tempat ini telah mengembangkan perniagaan nya lagi..premis mereka telah berpindah dengan jarak sekangkang kera dari tapak asal.namun saiz premis itu telah bertambah lebih kurang sekali ganda. sudah maju sekarang kedai ni.



Alhamdulillah..kenyang...kandungan entry yang berikutnya tiada kaitan dengan makanan mahupun kedai makan. Ianya lebih berkisar kepada masalah yang timbul kerana kerakusan manusia menggunakan tenaga yang tidak boleh diperbaharui dengan sesuka hati. Sebagai seorg yang prihatin terhadap penggunaan tenaga, saya mengaku bahawa saya telah menukar bateri kereta saya pada suatu hari di mana kereta saya tidak boleh dihidupkan secara normal. berdasarkan gambar bateri kereta di bawah.. sila cari apakah tarikh yang tertera di bateri tersebut. sila hantarkan jawapan dan slogan yang bermula dengan "saya suka mencari tarikh pada bateri kerana..." tidak melebihi 18 harkat. Sila hantarkan jawapan dan slogan pada section komen di bawah. pemenang yang bertuah akan menerima hadiah misteri. Selamat berjaya...dan ini gambarnya...





habis bercerita mengenai pembaziran tenanga. kini mari bercerita tentang baby. Sabtu lepas, selepas misi kami untuk menjadi posmen dan poswomen tidak kesampaian. Kami pergi melawat baby Tya yang sudah berusia 2 bulan. dulu time kuar nampak kecik je..sekarang sudah besar.. membesar bagaikan johan(semestinya bukan johan raja lawak). Walaupun Tya masih lagi kecik, namun die telah mempunyai tagline iaitu "eng-gek"...so cute macam i kecik2 dulu...tak caye tanye mak i...hahaha.. berikut adalah gambar Tya yang syomel sgt dan gambar Tya sedang mengamuk kerana didukung oleh seorang yang amat asing dalam hidupnya.




 Sekian. Wasalam

4 comments:

  1. 25/10/09!
    saya suka mencari tarikh pada bateri keeeeeraaaaanaaaaaaaa~~.

    adiah plis!

    ReplyDelete
  2. memang ko ditakdirkan utk menjadi begitu...

    ~hyda~
    JM's wife

    ReplyDelete
  3. saya suka mencari tarikh pada bateri kerana SAYA INGIN BERHATI HATI PERUT TAKUT TERMAKAN BATERI YANG SUDAH EXPIRED.

    nak hadiah...macehhh...

    ReplyDelete
  4. dd gumut!

    haha ske gile slogan tanti!

    ReplyDelete