Saturday, November 20, 2010

Rita Collection, Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 1 dan Popeye

Rita Collection
pagi pagi lagi kami berdua sudah pun memulakan Amazing Race buatan sendiri. Misi hari ini adalah untuk membuat pemantauan terhadap baju-baju pengantin di butik rita collection. Butik buka awal dan kami sampai sana pada pukul 12.00pm seteleh berhempas pulas mencari lokasi. Banyak baju lawa kat sana, tapi harga pun boleh tahan juga. selepas mencuba beberapa helai baju, kami pun mengambil keputusan untuk mengundur diri kerana mungkin kami tidak dapat mencari apa yang diingini.

Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 1
Siri ke tujuh Harry Potter yang ditunggu-tunggu oleh penggemar cerita yang padat dengan ahli sihir, black magic, makhluk pelik. Apa yang diperjuangkan dalam kisah kali ini ialah ahli sihir jahat memburu Harry Potter. Scene paling tragis adalah ketika si Dobby mati akibat terkena dagger yang dibaling oleh seorang witch ketika si Dobby dan rakan-rakan cuba untuk escape dari tempat meeting ahli sihir jahat itu. Scene yang paling lucu adalah ketika Harry, Harmonie dan Ron menyamar sebagai orang lain semata-mata untuk mencari sebutir locket. Keseluruhannya, cerita tu amat best..but..genre  sci fic bukanlah my cup of tea kerana aku more prefer menonton filem yang bergenre realiti kerana moral of the story yang boleh diambil dari cerita itu. Namun begitu, kalau dah keluar part 2, aku rasa macam kene pi tgk jugak kerana aku dah tgk the 1st part. BTW, kami tgk filem ni di the Curve, Mutiara Damansara. Queue tak panjang, orang pun tak ramai. Mungkin semua warga kota masih di kampung menyambut hari raya haji

Popeye
Kali kedua makan di restoran ini. kali pertama adalah di sunway pyramid. Sebenarnye kami ingin membeli fish bite yang amat sedap, namun..di dalam menu tiada pulak makanan itu. maka terpaksalah kami membeli kombo for two. Agak masin pulak kali ini. tapi licin juga kami makan. Sila hayati gambar di bawah utk pengalaman makan di Popeye

combo for two

fish bite

fries,mashed potato & coleslow

mashed potato

chicken tender






p/s: bile mau start diet?

3 comments:

  1. aik. HP bkn sci fi, ianya ialah fantasy/fiction. huhu.

    p/s: diet bermula.. SEKARANG! :p

    ReplyDelete
  2. SCI FI? hahaha.. tak nampak pon ciri2 science dalam HP (LOL)...

    Tak berani nak expect too much dari movie HP tapi.. since korang kata best, nanti nak pegi tengok lah.

    I'm a potter freak.

    ReplyDelete
  3. hehehe.. aa tp ok la, utk movie mmg tak bleh la nk expect sama mcm buku. sbb diff ppl, diff imagination kan? apepun, bes gak la! sila tgk!
    m(_ _)m

    ReplyDelete