Thursday, October 28, 2010

pelbagai t-shirts kegemaran saya

sah2 entry takde keje. saya ada 4 t-shirts yang saya gemari. antaranya ialah:

T-shirt "Boot-B"
Rasionalnya saya menggemari t-shirt ini ialah kerana t-shirt ini sangat enak dipakai. dan berwarna itam. dan saiz yang ngam2 tak besar sgt dan tak kecik sgt. dan membuatkan saya teringatkan seseorang yang saya suke berada dekat2 dengan bliau.bliau juga yang memperkenalkan saya kepada bidang part time mengintro website dari pejabat ke pejabat dgn bayaran yang lumayan dan mendapat t-shirt sebagai saguhati tambahan. bliau juga tabah mengajar saya menghafal skrip dan juga mem'back up' tatkala saya tergagap dan tergugup.
Seseorang: Fera

T-shirt ijau leher besar
Rasionalnya saya menggemari t-shirt ini ialah kerana t-shirt ini sangat selesa. tetapi kini kurang selesa disebabkan pertambahan diameter. saya berikrar akan berusaha memuatkan diri semula dalam t-shirt kesayangan saya ini. ia juga berwarna ijau dan disebabkan saya suka ijau, saya suka t-shirt ijau. (apekah?) t-shirt ini juga turut membuatkan saya teringatkan seseorang yang saya suke berada bersama dan main masak2 bersama. saya juga beberapa kali memakai t-shirt ini ketika mau berjumpa dgn beliau.oh rindunye.
Seseorang: Nonoi

T-shirt old-school tangan belang
Rasionalnya saya menggemari t-shirt ini ialah kerana t-shirt ini dahulunya enak dipakai bila berada di tempat sejuk.dan pada suatu masa dulu ketika saya gemar ke library yang sejuk saya suke menyarung baju ini dan juge sweater purple atau jacket pink kegemaran saya dahulu. saya juga suka kaler tv rosak maka sekaligus menjadikan baju ini baju kegemaran saya. disebabkan baju ini kain dia stretchable maka skali lagi menjadikan baju ini kurang sesuai disarungkan di mata umum disebabkan diameter.dan saya teringat seseorang yang baik ati yang tolong menjahitkan leher baju ini dulu. sbbnye dulu baju ni ada ribbon, saya tak suke, dan gunting. tp tak jahit sambungkan. tapi saya mendapat sokongan padu dari seseorang yang tlah membantu saya mencantikkan semula leher baju ini.
Seseorang: Tanti

T-shirt "I ♥ KRABI "
Rasionalnya saya menggemari t-shirt ini ialah kerana t-shirt ini sangat enak dan sesuai dipakai ke mana2. saya tlah membawa tshirt ini ke pelbagai supermarket dan juge ke rumah rakan. ia juga selesa dipakai tatkala cuaca panas dan sejuk.warnanya yang putih membuatkan saya perasan saya seorang y pembersih. slain itu saiznye y ngam2 menjadikan ia sebagai baju peberet saya.ia mengingatkan saya kepada seseorang yang saya suka berkawan dengan, walaupun dikira baru kenal tapi saye selesa dan suke berborak dan berchatting dgn beliau. pendek kata, kami suka mengayam ketupat bersama. tak kiralah secara online, sms, ataupun secara live.
Seseorang: Eda

Sekian..

Tuesday, October 26, 2010

Melaka Maju 2010

Melaka telah diisytiharkan sebagai negeri maju pada 20hb 10 2010. pada jam 2010...ape2pun..intro ini tiada kena mengena dengan entry pada kali ini. entri kali ini hanyalah untuk menceritakan perjalanan kami ke rumah pengantin yakni kawan sematrik si bucuk saya yang terletak di Taman Rambai Permai di Cheng ,Melaka. Tapi sebelum itu saya ingin menarik perhatian pembaca untuk melihat no plat kereta di bawah

no plat yang mampu meningkatkan semangat kenegaraan belia dan beliawanis negara

Hampir 1 jam 30 minit perjalanan,kami telah tiba ke lokasi dengan selamat. Setibanya di situ, saya rasakan saya pernah menjejakkan kaki ke situ satu masa yg lampau. Rupa-rupanya rumah pengantin itu adalah selang 2-3 buah dari rumah rakan seasramaku ketika menuntut di Shah Alam. Setelah makan, kami menunggu pengantin yang belum kunjung tiba, agak-agak sekitar pukul 2.30 petang, pengantin pun tiba. Sila rujuk gambar untuk melihat pasangan pengantin itu
ada guestbook tu..

pemakan ruang..sgt haloba penconteng ini..abis satu page dia tulis

terima kasih cik penulis. saya tak layak utk menulis kerana tulisanku agak kedarjahduaaan

bride, groom n the flower girl and boy..i can't handle this kind of cuteness

petua bersanding, rapatkan kedua-dua belah lutut ye ;P

Kami meninggalkan lokasi sekitar 3.00pm dan terus pulang menuju ke Setapak untuk menghadiri majlis sambutan hari jadi Fera. Hujan turun dengan lebatnya sepanjang perjalanan ke ibu kota dan kelihatan beberapa kemalangan yang membabitkan pelanggaran bontot kenderaan berlaku. Berhatilah ketika memandu di dalam hujan.

Walaupun rumah Fera hanya Setapak, namun kami mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke rumah beliau. Di rumah Fera kami dihidangkan dengan juadah yang sangat menyelerakan iaitu nasi lemak kukus lauk pelbagai. Kami agak kenyang di situ.

Akhir sekali, ingin mengkhabarkan berita pemergian ayah dan emak terchenta ke Mekah utk menunaikan fardhu haji. Semoga mereka selamat pergi dan pulang dan mendapat haji yg mabrur..InsyaAllah







cara-cara menguruskan badan.

ayat tipikal utk bloggers yang lama tak berblog.

"lamanya tak update blog"

ku malas nk tuka. sbbnye ku bknlah bloggers tegar.

lamanya tak update blog.nak update pasal makan2, dukacita dimaklumkan kami sedang dlm misi diet. (cakap je. tgk incik fazdi makan je keje :p ) ku plak dikira diet la gak wp makan tetap ikut masa, tp portion dikurangkan kepada setengah. aci kan?

macamana nak lose kgs ni? itu suma pun tau. diet, senaman dan pendek kata rajin dan berdisiplin. tapi macamana nk lose kgs wp malas berbuat apa2? ha... itu kita tatau.

maybe..

1. coba untuk jadi rajin bersenam
2. coba untuk coba jadi rajin
3. coba untuk berdisiplin kontrol mkn dan bersenam
4. coba untuk coba berdisiplin kontrol mkn dan bersenam
5. coba untuk mencuba

cobaan..

apekah?  rasa mcm nk mencerca diri sendiri sbb tak menghasilkan entry y bernas.

Monday, October 11, 2010

selamat menjadi tunangan orang!

ten ten ten~~

slamat bertunang ye cik Aishah, smoga anda kekal bahagia smpai bila2, mesti mau epi je tau! so happy for u!
lain muka kamu lepas mekap.. berseri2 ;D


p/s: tggu majlis besar pulak lepas ni ;)

Thursday, September 23, 2010

tade tajuk

da lama berkurun da baru le nk terentry2. malas sebenarnye kot. time bulan puasa rasa malas sbb penat kot, time raya rasa malas sbb kekenyangan sgt kot, lepas raya rasa malas sbb still mood cuti lagi kot. tp kesimpulannya, mcm sentiasa je bermalasan.

satu hari tersebut, rasa mcm nk cari nasik. nasik jugak. nasik dan nasik. sbb sgt lapa nasik. ohye, da igt! ni mggu lepas raya. isnin asenye. raya ke-4. sbb da kemaruk nasik p cari la walaupun byk sgt kedai mkn y maseh blum stat operasi lepas raya. saje2 ngetest Only Mee restaurant kat SACC. bekas y dia hidang y cantik tu sebenarnye y watkan rasa mcm nk try itu ini di sana. huhu.


rasa so so ok la. tp y penting sentiasa ada diskaun 10% utk j.card members. sangat cocok buat yang inginkan diskaun di mana2.

signed,
noul yang suka makan.

Sunday, September 5, 2010

to incik fazdi

to incik fazdi,

&

i'm so grateful i found you!

blup blup blup


fish fingers pizza hut

seafood marinara
cheese baked rice

tu suma gmbr dari makan ritu. da lupa bila. kat pizza hut kota kemuning yang tahpape. 1st, masuk duduk kat meja. then org tu kata reserved da. tak tulis pun reserve. ok la, maybe salah kami y tak pasan ada letak menu atas meja indicate y tu da reserve. tp xkan xd proper way utk mention meja tu reserved? 2nd, duduk tpt len dia suh p kat other side. alasan: tak ramai org mlm ni takut derang terkejar2. apekah? kecik je pun pizza tu. alasan xrelevan. bek ckp, sy malas nk kemas area ni time closing nnt. kesimpulan: pizza kota kemuning ni, xbape bes, tp sibaik cpt gak smpai mknn. kalau x mmg ku ase nk baham je pekerja sengal tu. dan, banyak nyamuk. pelik.dlm ekon, ada nyamuk. byk plak tu. ish.

service rating:




food rating:



kesimpulannya: saya lapar. =_="

cite lagi pasal mknn. sbb taun ni blum try antan batura lagi, pegi la try haritu(hari apa pun lupa da lagi). makan bufet. tapi hasilnya tak brape memuaskan berbanding taun lepas. kambing golek LIVE yang dijanjikan pun xd. hanya ada kambing potong2 kecik dlm pinggan2 polifom (tatau eja). krim karamel yang ada taun lepas, taun ni pun xd. lauk2 mcm menarik tp rasanya tak sama mcm taun lepas. agaknye da tuka chef? LIVE cooking ayam berempah pun yillek~. ayam da siap rempah letak dlm tray ada lah. ikan bakar tak cukup bakar, n orang y ramai dlm gmbr pun x cukup ramai. kuih2 biasa je, peberet bulan puase ku takde. roti jala ngan apam ayu. pun tade. samosa agak sedap. overall asenye mkn biasa je, xd sespesel taun lepas. tp ok la untuk makan sampai kenyang. ohye. kali ni mkn ada 1 peserta tambahan. kawan incik fazdi time sekolah, merangkap senior course ku.

mknn utk 3

pemakan tegar dgn sahabatnya.

service rating:



food rating:



kesimpulannya: saya bertambah lapar. =_="

pastu, semalam ku bercadang mcm nk g matta fair.lepas p check kete ke.. tapi sbb incik injured men putsal, kami menukar plan y lebih bercirikan lepak2. dah takde keje pi muzium, tp dah kul 5 lebih sah2 la da tutup. sbb nk tggu bukak puasa bersama puan tanti, pusing2 je kat tpt ni. tringat zaman kecik2 dulu pi library ngan muzium.huhu.
pemadam api beroda

bagaikan incik dengan keretapi

library shah alam

dua orang yang tak dapat dikenalpasti siapa