Melaka telah diisytiharkan sebagai negeri maju pada 20hb 10 2010. pada jam 2010...ape2pun..intro ini tiada kena mengena dengan entry pada kali ini. entri kali ini hanyalah untuk menceritakan perjalanan kami ke rumah pengantin yakni kawan sematrik si bucuk saya yang terletak di Taman Rambai Permai di Cheng ,Melaka. Tapi sebelum itu saya ingin menarik perhatian pembaca untuk melihat no plat kereta di bawah
no plat yang mampu meningkatkan semangat kenegaraan belia dan beliawanis negara
Hampir 1 jam 30 minit perjalanan,kami telah tiba ke lokasi dengan selamat. Setibanya di situ, saya rasakan saya pernah menjejakkan kaki ke situ satu masa yg lampau. Rupa-rupanya rumah pengantin itu adalah selang 2-3 buah dari rumah rakan seasramaku ketika menuntut di Shah Alam. Setelah makan, kami menunggu pengantin yang belum kunjung tiba, agak-agak sekitar pukul 2.30 petang, pengantin pun tiba. Sila rujuk gambar untuk melihat pasangan pengantin itu
ada guestbook tu..
pemakan ruang..sgt haloba penconteng ini..abis satu page dia tulis
terima kasih cik penulis. saya tak layak utk menulis kerana tulisanku agak kedarjahduaaan
bride, groom n the flower girl and boy..i can't handle this kind of cuteness
petua bersanding, rapatkan kedua-dua belah lutut ye ;P
Kami meninggalkan lokasi sekitar 3.00pm dan terus pulang menuju ke Setapak untuk menghadiri majlis sambutan hari jadi Fera. Hujan turun dengan lebatnya sepanjang perjalanan ke ibu kota dan kelihatan beberapa kemalangan yang membabitkan pelanggaran bontot kenderaan berlaku. Berhatilah ketika memandu di dalam hujan.
Walaupun rumah Fera hanya Setapak, namun kami mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke rumah beliau. Di rumah Fera kami dihidangkan dengan juadah yang sangat menyelerakan iaitu nasi lemak kukus lauk pelbagai. Kami agak kenyang di situ.
Akhir sekali, ingin mengkhabarkan berita pemergian ayah dan emak terchenta ke Mekah utk menunaikan fardhu haji. Semoga mereka selamat pergi dan pulang dan mendapat haji yg mabrur..InsyaAllah



gemot, org g melaka 2 jam dia smpai 1jam 30min je. laju benau!
ReplyDeleteHohooho.. sangat cool pengantin tu di atas pelamin.. kelihatannya begitu santai.. haha..
ReplyDelete