Saturday, December 11, 2010

sepagi di shah alam, sepetang di klang

semalam hari jumaat. semalam mau pegi try tgk ada tak wat HIV test sbb incik da tinggalkan saya sorang belum buat. semalam takde pulak khidmat test tu. motif awal sedikit tersasar hanya disebabkan tak jadi buat HIV test.

aktiviti pagi hari minggu part 1:
  • sarapan
  • bayar bil incik
  • pegi maybank settlekan kad baru incik
  • pegi amek cincin utk incik

incik bagi katak ijau makan mi sup

mi rebus

sekadar hiasan utk cincin incik

sebab semalam hari jumaat, incik musti pegi solat jumaat. selepas solat jumaat, bermula aktiviti hari minggu part 2 pulak. mau try pegi ke harbour place sbb wp tpt itu tak glemer n mcm takde orang tapi dari desas desus mengatakan muvi di sana mmg bes. kalau tak ok pun bleh la gak pegi lepak2 tepi pantai alang2 dah on the way. 

so kami pun try lah ke sana.. turut disertakan gambar sebagai alat bantu cerita.
 
parking y sgt baru. ada katun2 pulak. level 1 ikan, level 2 zirafah,
level 3 dan ke atas tak naik pulak.seram.
 tpt ni agak pelik. sbb mall dia tatau bape tingkat semuanya, tapi cineplex kat tingkat 7. parking pulak stret dari level 1 sampai 7. huuu mcm seram gak nak naik tinggi2. so park kat level 2 je. masuk dalam lif mmg nmpak sgt barunye tpt ni. papan kat lif pun blum tanggalkan lagi. just cover dgn poster movie je. tatau nape tp incik sgt geli hati dgn icon tutup lif yang ada gambar org bakal tersepit.

sampai level 7 kua lif mende pertama yang terlihat ialah tandas lelaki dgn icon yang tidak kurang lucunya. kali ini bukan gambar orang tersepit tapi gambar orang mengepit. tertanya2 macamana icon kat ladies' pulak. oh. sama juga. tiba2 terbayang cane kalau icon orang sakit perut?

 seterusnya, nk tgk cite apa ada. cantik mmg cantik la gak cineplex dia, mcm diwarwarkan. dan sgt tak ramai org. byk sgt poster movie sampai tatau nk tgk cite apa. tapi either showtime tak byk atau gap antara 1 showing ngan y lain terlalu jauh. tapi sebab nk bjalan2 tgk tpt ni, bli tix lmbt sket pun xpe. ngat nk tgk2 la dulu apa y ada dlm bangunan lebih 7 tingkat ni. tapi sangkaan meleset sbbnye tak ramai tenants lagi..


interior MBO

byk cerita ada tp showtime xbyk

escalator see through y incik takuti akibat byk sgt tgk X-files
episod ada alien bwh escalator

dari level 6 jenguk ke bawah
nasik goreng sefood y baaaaaaaaaaanyak sgt sotong n udang
dan sedap

 sementara tggu showing time, kitorang cari tpt makan.sbb tak byk pilihan lagi, kami pun try masuk kat restoran cina muslim. incik order nasi goreng seafood manakala saya masih tegar dgn diet saya. eceh!  tapi bila sampai nasi goreng bliau, saya yang terliur telah mengepau beberapa sudu beserta beberapa ekor sotong dan udang yang seakan2 semakin dimakan semakin byk.



abis temankan incik makan, kami pun berlegar2 kembali di cineplex sbb takde arah tujuan. berikut adalah gambar2 pemandangan sekitar MBO cineplex untuk tatapan. ngat nk lekat suma skali tp malas :p

poster dan poster

interior y mcm dlm tron legacy dan pelakon sampingan
dlm hall y mcm kat teater pulak. gmbar xlawa sbb kai henpon sendiri
bukan henpon mintak mintak
seat mcm dalam bas ekspres
sunset y sgt cantik. subhanallah.

Thursday, December 9, 2010

kepulangan yang dinanti dan darah manis yang perlu diuji kandungan HIV nya

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana ibu dan ayah aku selamat pulang dari mengerjakan haji. Semoga mendapat haji dan hajah yang mabrur dan diharap skil permainan dam haji mereka dapat diperbaiki. Mereka selamat mendarat di KLIA pada jam 4.00 pagi. Keadaan di balai ketibaan amat meriah dengan kehadiran anak branak,beranak pinak serta sanak saudara dan sahabat handai, rakan taulan yang menyambut kepulangan tetamu Allah. Dalam kita bersuka, mungkin ada juga yang sedang bersedih kerana ada anggota keluarga mereka yang menemui ajal di tanah suci Mekah. Al-Fatihah kepada ibu kepada dua pupu emak aku yang meninggal di sana. Semoga rohnya ditempatkan dengan golongan yang beriman. Amin.

mak abah aku dah pergi haji. aku bila lagi? tabung haji punya akaun pun aku belum ada lagi. Maka dengan rasa rendah diri dan miskin hina, aku telah pergi ke cawangan Bank Islam yang baru buka bank di depan rumah aku dengan niat untuk mendaftar. apekan daya..system of a down..so tak boleh daftar, namun aku tidak pulang dengan tangan kosong, kerana tangan aku menggenggam erat borang pendaftaran yg abg kaunter tu bagi. Esok akan aku cuba utk selesaikan urusan itu. InsyaAllah

Semalam aku juga telah pergi ke klinik kesihatan Shah Alam utk membuat ujian HIV utk aku yg berdarah manis panas ni. aku rasa ramai bakal pengantin yang tertanya-tanya tentang prosedurnya. Meh aku bagitau kaedah2 nya.

Cara-cara untuk membuat Ujian HIV di klinik kesihatan:

1. Sila tuju ke mana-mana klinik kesihatan yang berhampiran. Bila sampai je,terus saja tanya dgn akak kaunter nombor dan ckp nak buat ujian HIV. So, akak tu akan bagi arahan seterusnya, samada dia bagi nombor atau dia suruh ke pejabat pentadbiran utk mengisi borang. Dalam kes aku, akak tu suruh aku pi pejabat dan ambil borang

2. Akak opis akan bagi korang satu borang. Isikan borang dengan butir-butir pasir diri dengan ikhlas dan penuh kepercayaan. nombor giliran juga akan diberi

3. Setelah borang telah penuh diisi. akak opis itu akan suruh korang hantar borang di kaunter yang telah ditetapkan. Sila lampirkan IC ori sekali untuk tujuan pengesahan kemudian pembayaran haruslah dilakukan. RM1 je..tiap-tiap bulan nak pi wat ujian HIV pun boleh.Pastu akak kaunter bagi balik borang korang dan korang akan disuruh untuk pergi ke satu bilik khas

4. Kat situ korang dropkan borang dan IC di pintu bilik yang dinyatakan oleh akak kaunter tadi. Sila tunggu nombor giliran anda dipanggil dengan sabar, jangan sesekali tidur atau terleka jika tidak, akak kat bilik tu akan panggil nama nada dengan lantang sekali sehingga satu klinik akan mengetahui nama sebenar anda dan kelekaan anda.

5. Jika tiba giliran korang, sila masuk ke bilik dengan tenang, darah anda akan diambil dengan menggunakan jarum kecik di jari korang. setelah jari korang sudah ditebuk, akak nurse akan sedut darah tu guna straw air kotak penyedut kecik dan letakkan darah korang kat tester. ala..macam tester utk pregnancy tu(yoyo o je..aku macam tau je).

6. Selesai sesi pengambilan darah, korang jgn pulang lagi. tunggu di luar sehingga nombor anda dipanggil utk kali kedua. bila nombor dipanggil untuk kali kedua, itu bermaksud borang korang telah siap diisi dan dicop oleh pegawai yang bertugas sebagai pengesahan, jangan lupa ambil IC korang juga.

7. Kini anda boleh pulang ke rumah dengan harapan anda bukanlah seorang pengidap HIV. Untuk makluman korang, keputusan ujian HIV ini hanya sah selama 6 bulan sahaja. Kalau expired, sila ulangi langkah 1 hingga 7 sekali lagi.

p/s: Sorry sebab tak tunggu sayang utk buat ujian ni sama-sama. Next time, kalo ada apa-apa ujian lagi, kita pergi bersama ya.

Tuesday, December 7, 2010

oh mama~ saya mahu kawen :p

Warning: Entry cerita mementingkan diri sendiri. Sila baca atas risiko sendiri. 

4 months 3 weeks to go.

tettt..tettt.. semak balik checklist supaya takde apa yang tertinggal. kalau pakai wedding planner tak payah fikir, bleh duduk je wat tambah diameter muntut tup2 suma da siap. tapi sekali seumur idup je kan. kalau serabut2 pun utk diri sendiri jugak. bak kata nonoi (lagi) :
"bersusah susah dahulu berbangga bangga kemudian." 
entry kali ni bukanlah niat nak menunjuk2 atau eksen2 atau mencanang2, cuma nak semak je sambil membebel2 dgn sahabat2. :p maaf la ye kalau terasa ke termenyampah ke. dah cakap dah, baca atas risiko sendiri hehe.

1) Deposit
  • Hall          : Settled
  • Catering   : Settled
  • Kad         : Settled
  • Photographer  : Settled
2) Fitting baju
       Baju, blum jumpa yang berkenan. Kalau susah sgt, nak kene tempah baru pulak. Tapi mcm membazir, tempah pun utk sewa je. baik g cari lagi y berkenan. tape.. salu bln Feb mesti kua design baru punye. yang pasti kaler dah tau dah kaler apa.

Cik kapit, saya serahkan pada anda mau pakai apa saje kaler yang anda mau sebab baju saya kaler yang bleh match dgn semua kaler. hehe. nanti tinggal inform saje kaler apa utk matchkan ngan incik kapit. :p ohye. utk cik kapit, anda nnt dtg dgn siapa? saya mau menjemput seisi keluarga anda naik belon dari sana untuk ke sini, dgn yaya dan famili. tapi kalau tak menyusahkan la huhu.

baiklah, kembali ke topik asal, warna baju. taun ni mmg hot baju kaler itam merah putih.bln ni saje dah 3 pasang pengantin kai kaler ni kat taman perumahan ni. ramai sgt la pulak dah mcm common  pulak. lawa tu lawa gak la, tapi not my taste. rasa mcm kaler2 jahat orang jahat. mcm dalam cite2 evil witch gitu. kaler pilihan saya? kawan2 baik saya suma da tau da, tapi kalau nak tau sila keep on stalking ;p

3) Tinjau lokasi majlis
        Lokasi majlis, mula2 nak buat kat dewan. tapi susah nak cari dewan yang berkenan di hati. harga bayar sewa mahal, tapi lantai parquet. takpun lantai court badminton. kalau nk deco kene byk n membazir lagi kat situ. ada satu dewan mmg cantik n affordable.dewan sri siantan putrajaya. tapi fully booked until lepas raya tahun depan. tang ni paling susah skali nak carik. mcm2 tpt.
  • Dewan MBSA suma out samada sbb lantai, lokasi y susah dijumpai atau harga yang tak berpatutan.
  • Dewan Banquet MBSA fully booked until July 2011
  • Dewan Sri Siantan Putrajaya fully booked until lepas raya tahun depan
  • Dewan area Sri Siantan available tapi capacity sgt kecil
  • Dewan Raja Lumu too gloomy
  • Dewan Warisan Shah Alam OK tapi mahal tapi kusi meja tak included
  • Kelab Golf Port Klang too far 
  • Kelab Golf Kota Kemuning takde buat Malay wedding, outsource too expensive
  • Kelab Golf Sri Permai susah nak cari
  • Galeri Seni Islam Shah Alam, bkn hall tapi sidewalk je.  
Dan akhirnya, kami memutuskan untuk buat kat Galeri Shah Alam. Luas, kawasan liputan dari hall sampailah ke hujung tasik. Bleh pilih nak buat kat hall ataupun kat tepi tasik mcm garden.

Kalau buat kat hall

Kalau buat kat tepi tasik tapi contoh gmbr ni kosong sgt.
Skarang.. configuration nak buat dlm atau luar, masih samar2. kalau dalam, mmg ok tapi kalau tetamu yang tak kuat kaki nak naik tangga kene pusing jauh sikit. tapi takla jauh sgt. kalau buat kat luar mesti rimbun sket tak mcm dlm gmbr tu, n maybe kerisauan sikit kalau hujan atau panas.

4) Kelengkapan perkahwinan
  • Undangan        : dah ada list tapi incik, sila hapdet kembali. hehe
  • Kek pengantin : FOC dgn akak katerer n dah bg design kek dah.
  • Hand bouquet  : pun FOC ngan akak katerer, dah bagitau dah nak yang macamana
  • Jurugambar      : dah booking tapi blum discuss concept lagi. maybe in February
  •  Muzik & P.A   : skali satu set ngan akak katerer, pakej DJ radio suria ke sinar tah. lupe. incik igt x?
5) Kadi/imam dan Pejabat Agama Islam - Jumaat ni kot
6) Tpt nikah - Masjid Shah Alam
7) Baju nikah - da antar tailor
8) Saksi pernikahan - blum lagi, ni bln Jan lah asenye
9) Buah tgn utk tetamu - ni sbulan sebelum pun bleh, nape dlm list ni letak 4 bln sebelum ek?
10) HIV test - dlm bulan ni jugak. hopefully jumaat ni bleh settle

alhamdulillah, semua still under control. utk bulan Jan pulak, items yang perlu disettlekan:
  • Saksi
  • Baju sanding etc
  • Cincin
  • Design kad & Bunting
dan, perkara2 menarik yang sedang dan bakal berlalu:
  • spa, wrap, mask, tone package best offer
  • gym RM50
  • saya dapat keje baru, dan incik sdg mencari keje baru. 

dgn tahun baru ni, semoga semuanya berjalan lancar, semoga urusan kami dipermudahkan, semoga kami dilindungi dari hasad dengki dan semoga kami dilindungi dan dirahmati. begitu juga kepada keluarga kami, sahabat kami dan umat Islam seluruhnya. amiin.

Monday, December 6, 2010

Selamat Tahun Baru!

Tak lama lagi, masuk 1 Muharram, tahun baru. Semoga amalam kita semakin bertambah dan semakin baik. Jom sama2 doa, supaya kita diberi hidayah, dan bimbingan oleh Allah untuk menghadapi hari yang lebih baik mulai hari ini. Sedang sibuk2 terfikir nak cuti esok, alhamdulillah terbaca blog (ni) yang mengingatkan ke arah kebaikan.


Dibaca selepas waktu Asar ataupun sebelum
Maghrib  pada akhir bln Zulhijjah

Dibaca selepas Maghrib pada Awal Muharram

p/s: 
terima kasih kpd kamu yang menjengah blog ini! dr jauh pn ada. siap search lagi for lovelypath blogspot lagi utk sampai sini. susah2 je ;p . nak kutuk ke nk puji ke, terpulang. yang pasti, semua yang baik datang dari-Nya, yang buruk dari saya sendiri.  *peace* (^_^)V

Saturday, December 4, 2010

sabtu yang mengenyangkan!

incik tak hapdet blog lagi, meh2 saya apdet walaupun kelihatan seperti gila kuasa. :p

pagi2 rasa mcm nk makan nasik lemak tapi takyah pun takpe. tapi dah terbagitau incik. nk g opis incik suda belikan nasik lemak. konon2 rasa bersalah tapi sebaik saje masuk opis g cari port nk mkn nasik lemak. hehehe. tapi, ada jugak bubur ayam mekdi bawak pagi tadi. simpan dulu. tengahari kenyang lagi tp incik dtg lepas sebis kete sian bliau lapa x mkn2 sedari pagi. bawak la bubur mekdi y tak mkn td, on the way kua makan la sket dlm kete. bg incik sikit. *gile keji bg sikit je*

incik kata mau makan ikan bakar. nyam2 sedapnye. ada amek gmbr tapi tak puas ati sbb amek gmbr view tak bape menarik sbb dah bedal separuh jalan baru tringat nk amek gmbr. he he.

Fend Ikan Bakar SS6 Kelana Jaya
Set ngan ikan bakar
timekasih chenta , sbb bawak saya g makan sini! walaupun pedas tak hengat, tapi balik opis trus google gmbr tu. hehehe. cerita tentang kesedapan makanan di situ bleh la dibaca dgn lebih lanjut di SINI

femes upenye. >.<

balik ni tempah baju cantik kita yok! *sambil buat2 lupa misi lose kilos*


Thursday, December 2, 2010

riadah

Lately, idea2 kat blog cikai kitorang ni pun dah diplagiat. takde idea benor ke, atau nak tunjuk lagi bagus ke pun tatau la. suka hati kamu lah. umah banglo 7 tingkat time ku pegi site pun jadik bahan. pasal bli umah, pasal checklist dan seumpamanya. bangga ni, ada org jadikan kami sumber inspirasi. sila2. hekhek :p 

Last 2 weeks, kami stat aktiviti beriadah selepas kerja stiap hari, tapi terbantut sedikit dalam mggu lepas sbb kusangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan bila dah petang. Harini nak mulakan balik salah satu misi 30 April. Niat di hati nak jog pusing tasik macam satu hari tu, lalu sampai blakang masjid Shah Alam tgk tmpat2 masa kitorang kecik2 main kat situ. rasa nak amek gambar compare kan skang ngan dulu. tapi tadi stat pun da lambat. suku tasik je kot. tu pun, sihan incik tpaksa tggu saya yang tercungap2. :p baru lepas hujan, ada pelangi tapi tak kuat warna dia. snap2 pun tak nampak sgt almaklumlah bukan pakai henpon bli kat U.S 15.1MP *jeling adik, dgn harapan dia baca dan faham*

ada orang curi tulang bawah atap tgk pelangi


Tasik Shah Alam tempat kami membesar
Q: Kenapa kami suka pegi Tasik Shah Alam dan melepak di Kompleks PKNS walaupun ada lagi mall besar2 yang bes2?
A: Sebab kami dibesarkan di sini dan pegi tpt2 ni dari kecik lagi. Bila pegi sini, rasa homely sgt. Tah2 dulu time kecik2 main kat sini pernah terserempak sama2 sendiri. Tapi tak geng kot, sbb incik tua. saya muda belia. hikhik.

Tiba2 pulak buat sesi soal jawab diri sendiri. tahpape. baik! teruskan penceritaan~

tgk! kuatnya tarikan graviti di sesuatu area itu! harap maaf, perut tidak sesekali menipu :p
Tadi, ngah nk setat jog tringin nk makan bubur Mekdi. pas jog sekejap jalan berkejap, dah xjadik singgah mekdi. G la masuk Sri Kota (dahulu dikenali sebagai Cold Storage) cari air sujuk. Tiba2 ada satu makanan yang telah disalah anggap. takbaik btul. lenkali jgn berfikiran kuning sekuning baju kamu ye incik  (menafikan diri sendiri yang menunjukkan subjek kepada incik)
Sebelum
Selepas
Am....boi! Jgn main2 ni! Saya suka tu makan fucuk. tapi bukan pucuk ke org panggil? sedap kalau buat sup campur sikit sayur. adeh.. lapanye.. =_="

Wednesday, December 1, 2010

Hari ini hari baik

First and foremost! Tahniah kpd J.M & Eda, diharapkan dgn berita baik ni bertambah tambah lagila berita baik  lepas ni ;)

Hal saya di TPM :p
Harini, cuti. So plan nak bawak mama pegi jalan2. Time ni la pun nak jalan2, alang2 ngah ada J-Card Members' Day :p  Abis je urusan, trus je makan nasik ayam kampung kat cafe TPM gerak ke Jusco Bkt Tinggi. Dalam byk2 Jusco, situ gak la yang kitorang nak pegi. Sebab, parking y banyak dan ada pizza Papa John kawasan yang luas..
Voucher yang hanya sekeping
Sebenarnya, kitorang takla biasa pegi memeriahkan sales card members camni, tapi skali skale apa salahnya kan. cuba2 tgk bleh bertahan ke tak dalam kesesakan umat manusia kat Jusco tu. Dan.. hasilnya.. kami berjaya harunginya dgn penuh suka tanpa duka. Walaupun ramai gile orang, tapi dgn adanya ramai promoter section bra pakaian dan extra counters, urusan kami lebih dipermudahkan. Jalan punya jalan, niat mcm la nk beli byk barang, tp end up takde la byk sgt. terbukti, kami tegar mengawal nafsu membeli tatkala banyak syaitonirrojim menghasut supaya menambah pembelian. Total resit bleh la buat claim voucher. tabah juga saya beratur panjang demi menuntut voucher bernilai rm10 itu.

pizza dan hadiah misteri itu
Sedar tak sedar dah lepas dah time lunch. Tiba2 teringat coupon Papa John yang J-card bg aritu. bli 1 pizza, dpt 1 pizza extra. apelagi.. menyerbulah kami berdua ke Papa John. Ada gak roda impian utk J-card member. setelah diputar, hanya mendapat hadiah misteri. iaitu fridge magnet. maybe saya terlupa menjerit "saya putar ya halim!"

Lepastu dgn hati yang gembira kami ingin pulang ke rumah memikirkan tak payah masak malam ni, bagi abah makan pizza je. Tapi lupa dari sebelum sampai jusco tadi minyak da E dan berkelip2. bajet2 nk g shell tepi jusco yang baru bukak tu tapi upenye susur masuk dia before exit jusco. dah terlepas. pastu dah terlajak nak potong kat traffic light flyover highway. masuk je la kat hiway, kua before tol, dan gigih berdoa supaya minyak tak kering di perjalanan. alhamdulillah sempat gak kami tiba di stesen minyak.  mintak maaf ye mama sebab menyebabkan anda berkerut2 dahi risau memikirkan kereta kekeringan minyak. hehe. saya tanya mama hepi tak harini? mama kata hepi. yea! mama hepi saya pun hepi. hehe.