Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana ibu dan ayah aku selamat pulang dari mengerjakan haji. Semoga mendapat haji dan hajah yang mabrur dan diharap skil permainan dam haji mereka dapat diperbaiki. Mereka selamat mendarat di KLIA pada jam 4.00 pagi. Keadaan di balai ketibaan amat meriah dengan kehadiran anak branak,beranak pinak serta sanak saudara dan sahabat handai, rakan taulan yang menyambut kepulangan tetamu Allah. Dalam kita bersuka, mungkin ada juga yang sedang bersedih kerana ada anggota keluarga mereka yang menemui ajal di tanah suci Mekah. Al-Fatihah kepada ibu kepada dua pupu emak aku yang meninggal di sana. Semoga rohnya ditempatkan dengan golongan yang beriman. Amin.
mak abah aku dah pergi haji. aku bila lagi? tabung haji punya akaun pun aku belum ada lagi. Maka dengan rasa rendah diri dan miskin hina, aku telah pergi ke cawangan Bank Islam yang baru buka bank di depan rumah aku dengan niat untuk mendaftar. apekan daya..system of a down..so tak boleh daftar, namun aku tidak pulang dengan tangan kosong, kerana tangan aku menggenggam erat borang pendaftaran yg abg kaunter tu bagi. Esok akan aku cuba utk selesaikan urusan itu. InsyaAllah
Semalam aku juga telah pergi ke klinik kesihatan Shah Alam utk membuat ujian HIV utk aku yg berdarah manis panas ni. aku rasa ramai bakal pengantin yang tertanya-tanya tentang prosedurnya. Meh aku bagitau kaedah2 nya.
Cara-cara untuk membuat Ujian HIV di klinik kesihatan:
1. Sila tuju ke mana-mana klinik kesihatan yang berhampiran. Bila sampai je,terus saja tanya dgn akak kaunter nombor dan ckp nak buat ujian HIV. So, akak tu akan bagi arahan seterusnya, samada dia bagi nombor atau dia suruh ke pejabat pentadbiran utk mengisi borang. Dalam kes aku, akak tu suruh aku pi pejabat dan ambil borang
2. Akak opis akan bagi korang satu borang. Isikan borang dengan butir-butir pasir diri dengan ikhlas dan penuh kepercayaan. nombor giliran juga akan diberi
3. Setelah borang telah penuh diisi. akak opis itu akan suruh korang hantar borang di kaunter yang telah ditetapkan. Sila lampirkan IC ori sekali untuk tujuan pengesahan kemudian pembayaran haruslah dilakukan. RM1 je..tiap-tiap bulan nak pi wat ujian HIV pun boleh.Pastu akak kaunter bagi balik borang korang dan korang akan disuruh untuk pergi ke satu bilik khas
4. Kat situ korang dropkan borang dan IC di pintu bilik yang dinyatakan oleh akak kaunter tadi. Sila tunggu nombor giliran anda dipanggil dengan sabar, jangan sesekali tidur atau terleka jika tidak, akak kat bilik tu akan panggil nama nada dengan lantang sekali sehingga satu klinik akan mengetahui nama sebenar anda dan kelekaan anda.
5. Jika tiba giliran korang, sila masuk ke bilik dengan tenang, darah anda akan diambil dengan menggunakan jarum kecik di jari korang. setelah jari korang sudah ditebuk, akak nurse akan sedut darah tu guna straw air kotak penyedut kecik dan letakkan darah korang kat tester. ala..macam tester utk pregnancy tu(yoyo o je..aku macam tau je).
6. Selesai sesi pengambilan darah, korang jgn pulang lagi. tunggu di luar sehingga nombor anda dipanggil utk kali kedua. bila nombor dipanggil untuk kali kedua, itu bermaksud borang korang telah siap diisi dan dicop oleh pegawai yang bertugas sebagai pengesahan, jangan lupa ambil IC korang juga.
7. Kini anda boleh pulang ke rumah dengan harapan anda bukanlah seorang pengidap HIV. Untuk makluman korang, keputusan ujian HIV ini hanya sah selama 6 bulan sahaja. Kalau expired, sila ulangi langkah 1 hingga 7 sekali lagi.
p/s: Sorry sebab tak tunggu sayang utk buat ujian ni sama-sama. Next time, kalo ada apa-apa ujian lagi, kita pergi bersama ya.



majuk!:p
ReplyDeletemajuk? am..boi, jgn main main ni
ReplyDeleteHAHA apa lah tak tunggu!!! Tamak haloba betul (tetiba, tatau apa kena mengena ngan tamak)
ReplyDeleteitulah! mmg tamak haloba! harini ku try pegi takde plak buat test.. senin sampai kamis je pulak. incik patut gtau info ni siap2 jugak =_="
ReplyDelete