Wednesday, August 18, 2010

Tahun ni..

  Tahun lepas, ada gak try dlm 3kali g bukak puasa sini. Time tu harga bufet per head RM25. ke.. RM24.90.apepun mmg dlm RM25 gak la. Tahun lepas, mknn dia mmg puas ati n menu yang paling ku cari2 ialah..krim karamel dia.. sodap sgt! Tahun ni tatau la nk try ke x. Mcm takde perasaan sgt sebenarnye nk cari tpt2 mkn buka puasa bufet2 ni sbb sah2 tak larat nnt nk mkn byk2. Nafsu makan je berlebih2 tapi nnt nk perabis mknn mesti sgt lama.
  Ni suma gambar dari taun lepas. Gambar kanan, mknn2 utk 4 org. Time stat mkn mmg laju tp bile nk abiskan dr terang smpai gelap baru abis. Apepun, bleh kata overall tahun lepas mknn2 kat Antan Batura mmg memuaskan time buffet (sahaja). Time hari biasa, saya enggan mengulas lanjut. Pepaham la. uhuk2.


Asalnye mmg ada terniat nk try lagi bufet ni tahun ni, tapi ada beberapa sebab yang ku rasa mcm perlu diconsider semula sebelum nk g bufet buka puasa tahun ni.
1. Harga y dah naik.
2. Sedang dalam misi jimat & diet.
3. Tak suke tgk poster tu.

  OK, maybe motif entry kali ni sebenarnye nak cite pasal gambar poster tu kot. ke bufet. ke harga, tahla. kompius. tapi y pasti ku tak suke tgk gmbr kambing golek tu. susunan gambar tu mcm xkene, stretch lak. skali pandang mcm nmpak gmbr mayat (tak reti nk bg pkataan lagi sopan).

  huhu tak baik kan bila bandingkan ngan mknn, tp gmbr tu sungguhla POTONG. nak plak skang hari2 kat newspaper gmbr org2 rentung la, mayat la, jenayah la etc2.. jadik, bile ku nampak gmbr ni tanpa zoom ase nk tkejut beruk pun ada. bile da zoom baru cam itu kambeng upenye. sihan kambeng tu jadi mangsa mainan ilusi. huhuhu




  Oh! dan bubur lambuk! Terbaca kat newspaper tadi kat PKNS Shah Alam akan giveaway bubur lambuk Khamis, 18 Aug start dr kul 430ptg. tatau la sempat nk p ke x. Terbayang2 bubur lambuk yang stended org wat kat masjid/surau y ada byk lada itam ngan daging2 n kacang2 tu. sedapnye~~~ kalau xdpt, wat sendiri pun bleh tp rasenye takkan sama sbb xd bau hangit2 gitu. hihihi.

Apepun, selamat berpuasa!

Monday, August 16, 2010

Soal Jawab di bulan Ramadhan

Oleh kerana saya takde idea nak mulakan entri ni. Saya bertanya pada cinta hati saya. "erk..cam takde idea nak mula" soalku, lantas die menjawab "tulis macam borak je". Brilliant idea sayang. You are genius! Maka inilah hasilnye:

Q: Arini kamu makan di mana?
A: Arini saya makan di sebuah gerai Jepun yang menjual Takoyaki dan menu yang senasib dgnnya yang terletak di tingkat bawah Plaza Shah Alam Seksyen 9.

Q:Kamu makan dengan siapa?
A: Bersama insan yg terchentalah..siape lagi.. miss her so much, dah 2 hari tak berbuka bersama.

Q:Kamu makan apa?
A:Kami makan sikit je...nak tau kami makan ape? Tgkla gambar kat bawah ni.

Takoyaki yg macam tak brape nak ori

lupe plak name makanan ni..takpe, yg penting kenyang!


Q: Kamu makan gelojoh tak?(soalan tak berkaitan..)
A: Sila nilai sendiri berdasarkan gambar berikut..sopan kan?

tak dapat dinafikan lagi kesopananku..

Q: Lepas makan buat apa?
A:Macam biase..pulang ke jalan yg lurus.

Q: Hujan ke kat Shah Alam?
A:Aah, hujan tapi tak lebat sgt

Q: Kamu ada dapat ape2 dari si chenta kamu?
A: Dapat jus mango(dapat lagi..sure mak aku akan berkate "baiknye bakal menantu mak ni")

Begitulah berakhirnye "tulis macam borak je" kind of writing stlye. Terima kasih sekali lagi kepada si Chenta saya utk idea cane nak tulis blog. You are my inspiration~~~


Sunday, August 15, 2010

Sabetu itu

Sebelum stat cite Sabtu, ni gmbr dari cite Jumaat..
(tak aci, spatutnye incik Fazdi didenda tulis 3 entry termasuk entry bbuka hari Jumaat)

SACC Mall




 Itu hari balik dr keje, g SACC. Memikirkan nk makan bajet n nk try2 pegi bazar, singgah la kat Kompleks PKNS dan juge SACC Mall Shah Alam. Tapi ujan plak. baru bajet2 nk makan mencangkung kat tepi jalan, da ujan. Gagahi juge g bli mknn kat bazar tu, tp xd la dpt pusing2 sbb ujan. Main kaut je nasi tomato, taufufa ngan air soya.Kendian g makan kat pondok kecik blakang SACC tu. feeling2 student lak makan tepi jalan :p
Satu lauk ayam masak merah, satu lagi lauk ayam kurma. Akak jual tu ckp, amek la lain2, balik umah bleh tuka2 rasa. agak2 kitorang kelihatan mcm pasangan suami isteri y pemalas masak dan beli di bazar ke huhu..
Kalaulah ku da kawen (mode:berangan) mesti la mau masak sendiri. paling2 malas pun paksa incik Fazdi y pegi beli kat bazar. Ku duk kat umah siap2kan pinggan je ekekeke (incik jgn mare ek :p )

Abis cite hari Jumaat, cite Sabetu pulak. Spatutnya g PWTC, ada exhibition perfect livin '10 y kampeniku participate. Tapi sbb konon2 nk try GPS papago yang kampeni bg pinjam, trus sesat smpai kat Bkt Tunku. Bek lagi ikut signboard g bleh je sampai ari jumaat ritu. GPS nipu! Last2 givup n trus g balik. Tapi nk balik mcm tak wat pape so pegi culik incik Fazdi paksa g jenjalan. Tiba2 sampai kat The Curve. (Sian.. sebenarnye ku xpenah lg smpai sana..penah pun kat ikano je.) Then tercangak2 la tgk sana sini almaklumlah pestime g.. Tgk itu ini konon2 nk bli la ape2.. tapi sbb kekedekutanku, xd la nk bli pape. bajet2..
Ni agak menarik utk cuci2 mata, tgk2 gerai2 Street Market ni. Sibaik cuaca takdela  panas sgt. Kalau tak, nmpak fountain kat tgh2 dataran tu mesti ase nk pegi tadah mulut je kat situ. tgk2 org mkn2 kat restoran2 y blambak2. pastu nampak la itu Marche yang berlembu di depan, tpt y tanti besprenku cite mkn mcm bes (duluuuuu la dia cite, dr duluuuu ase nk g tp x pegi pegi). incik Fazdi pun cite pasal mknn2 dlm tu smlm, so siapla pasni nnt bile2 (ayat stended, padahal tggu cukup bln semestinye) nk wat muka gedik ajak incik pegi :p Kendian bergerak plak g ikano, pastu g ikea. cari idea utk mengisi umah nnt (another term utk berangan).
Puas ati da tgk2, kami memutuskan utk pulang ke jalan yang benar. Tapi sbb lalu stadium dan tringat bazar, trus nk g bazar nak cari ayam. Ayam ape2 je pun boleh. kepak ayam madu da jumpa, rangka ayam tak jumpa pulak (sbb x cari), pastu ikan pari bakar. suma gambar2 tak diambil sbb dikhuatiri nnt bila2 tgk akan menggoyahkan puasa. :p tapi bazar tu besar mmg besar, nk jalan smpai abis tu, perlukan ketabahan yang tinggi. 

 

Sila tatap gmbr model saye y wat photoshoot FOC. timekaseh.
Oh! rasa mcm bes kalau dpt mkn ikan bakar utk buke puasa. nyamnyam..~~



Our first time

Pada tanggal 12hb Ogos 2010 bersamaan 2hb Ramadhan 1431, maka terciptalah satu sejarah yg tak dapat dilupakan dalam sejarah peradaban manusia(beradap la sgt..) iaitu dapat berbuka puasa bersama cik Nurul Hakeem(baca: sayang saya) untuk kali pertama. Setelah kebuntuan idea untuk memberi kata putus untuk berbuka puasa di mana, kami telah sebulat suara(suara je..perut dan anggota badan yg sewaktunya tidak bulat kerana masih berpuasa..) untuk berbuka di sebuah restoran di pinggir kota(baca: Kota Kemuning je..). Kami tiba di kawasan kejadian sekitar pukul 7 malam dah kelihatan restoren tersebut masih lengang, sepantas arnab kami terus mengambil tempat duduk kerana dikhuatiri restoren tersebut akan dipenuhi pelanggan, namun tekaan kami jauh meleset kerana tak ramai pun yg datang. Sila rujuk gambar berikutnya untuk mengetahui menu apa yg telah kami order utk berbuka:




1.nasi pattaya bersama bawang goreng yg rangup



2. Order nasi goreng ayam, tp nampak macam dia bagi nasi goreng ayam kunyit. Takpelah, masih lagi ade unsur nasi dan ayam di situ



3.Tom yam campur, tp mungkin lebih kepada tomyam udang berdasarkan bilangan udang yg dijumpai di dasar mangkuk.

Kedengaran azan telah berkumandang, kami pun memulakan misi mengunyah dan menelan dengan bacaan doa berbuka puasa. Selang beberapa belas minit selepas itu, kami tiba-tiba sedar makanan kami telah habis dikunyah dan ditelan. Ini bermaksud tiba masanya utk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing ;P. Lantas kami pun pergi membayar bil. Kerugian yang kami terpaksa tanggung ialah sebanyak RM13.50..still reasonable price for the decent meals.

Alhamdulillah dpt juga berbuka bersama insan yg chenta.

BTW, lupa nak promote restoren yang kami pergi ni. Nama restoren ini ialah mamaKandar yg terletak di Kota Kemuning. Sila klik link untuk mengetahui lokasi sebenar kejadian.

p/s: Sorry for bad picture quality. Lupa nak bawak digicam. Apepun saya sgt beruntung kerana memiliki awek yg mempunyai handphone berkamera =P . Sayang, you definitely complete me.

Thursday, August 12, 2010

Ramadhan datang lagi.

Best ni..kalau dpt ayam percik. Tak pun ayam golek. Cincau ke.. Cendol ke.. Nyamnyam..
Mcm tau, tak baik cakap lapar ke.. cakap pasal mknn ke..
Tapi, hakikatnye.. 

saye la~parrr~~ *da lembik2 da duk kat meja*

Kalau ikut kiraan, alhamdulillah dah 25tahun saye lalui Ramadhan. (Incik Fazdi, anda 26 okeh).Kadang2 tak tau la nape, ada gak ase mcm naaaak aje monteng. Disebabkan faktor cuaca, dan juge tahap kepenatan.

10++ dekad yang lalu:
Hari Sabtu kua jalan2 ngan kakak, nek bas. Balik je haus gile. Trus pakat2 bukak fridge, minum air sejuk pastu lepak2 mcm biasa tggu berbuka. Ish2..

kurang 10 dekad yang lalu:
Balik skola, tggu bas lambat sgt. Sgt panas pastu g singgah kedai apek ubat, bli air mineral sejuk, minum. Pastu tggu bas. Dak india tny, "U puasa boleh minum mcm kitorang jugak?" Saye jawab, "Tak, saya je mcmni. Tak boleh patutnye". Oh..saye dah bagi contoh buruk kat orang non muslim. Ish2..

kurang 5 taun yang lalu:
Penat, xd semangat, baru balik ke kolej. Xd org sgt kat kolej, sgt lapar. Ada plak partner in crime.  (Tak boleh dihuraikan, kami dah insaf :P ) 


blum lagi kira yang dulu2 kecik2 ambil wudhu' je pi telan air paip yang chlorin bergelen2, curik2 telan air konon nk basahkan tekak je, mcm2 lah..

tahun ni, sibaik takde lagi keinginan nk wat camtu. ngah bersungguh2 ni harap2 boleh jadikan Ramadhan kali ni lebih baik dari sebelumnya. 

semalam hari 1st puasa, pagi dah berazam nak sabar time driving. pagi, takde masalah. suma kete pun slow ngantuk kot. balik.. tahan lagi sabar ni.

1 minit..
.
.
(jemnye....)
.
.
2 minit..
.
.
(bagila aku masuk..)
.
.
3 minit..
.
.
(bg signal lagi, tambah dgn signal manual kua tgn dr tingkap)
.
.
4 minit..
.
.
(ish..bagile aku masuk..xd luaknye jarak ko pun)
.
.
5 minit..
.
.
(berjaya bolos sikit)
.
.
HONNNNNNNN!!!

apehal? tgk jap.

lelaki muke membencikan (oops) race gagal ditentukan sbb kebengisan muka melampau mengabui race sebenar.bukan dpt gerak pun kalau hon. dah suma kete stuck. perlu ke nk hon hon.. lenla kalau hon suma bleh gerak. sungguh la tak paham.selebihnya saya enggan cerita. bleh pening lagi kalau igt. 

sampai je umah sempat je walau se'jem' mane pun. sempat je berbuka. peliknye, kenapa semua perlu rushing, bawak gelojoh, mem ba-alip-ba-ya (tiru cakap eda) buta, hon sana hon sini, jeling sana jeling sini. kalau ikutkan, spatutnya org lagi sopan bawak kete time bulan puasa sbb semua tahan marah, tahan kelakuan buruk sume2 lah.

tapi tak.

tapi heran gak. yang byk hon ngan kedekut nk bg jalan tu pun, byk y kategori tak berpuasa. pelik.

cubaan semalam, dlm 5min pertama dah menyumpah seranah dlm ati. 10 min pertama dah terkeluar sepatah dua dari mulut. habis mcmtu je puasa.

harini cuba tahan lagi. tapi sgt takut dgn dugaan2 tu, rasa mcm nak pecah hati tahan amarah.

takpe. cuba. cuba.

apepun, Selamat Berpuasa!


Monday, August 9, 2010

Happy birthday!

Happy birthday incik Fazdi!

Love u soooo much!