Pada tanggal 12hb Ogos 2010 bersamaan 2hb Ramadhan 1431, maka terciptalah satu sejarah yg tak dapat dilupakan dalam sejarah peradaban manusia(beradap la sgt..) iaitu dapat berbuka puasa bersama cik Nurul Hakeem(baca: sayang saya) untuk kali pertama. Setelah kebuntuan idea untuk memberi kata putus untuk berbuka puasa di mana, kami telah sebulat suara(suara je..perut dan anggota badan yg sewaktunya tidak bulat kerana masih berpuasa..) untuk berbuka di sebuah restoran di pinggir kota(baca: Kota Kemuning je..). Kami tiba di kawasan kejadian sekitar pukul 7 malam dah kelihatan restoren tersebut masih lengang, sepantas arnab kami terus mengambil tempat duduk kerana dikhuatiri restoren tersebut akan dipenuhi pelanggan, namun tekaan kami jauh meleset kerana tak ramai pun yg datang. Sila rujuk gambar berikutnya untuk mengetahui menu apa yg telah kami order utk berbuka:
1.nasi pattaya bersama bawang goreng yg rangup
2. Order nasi goreng ayam, tp nampak macam dia bagi nasi goreng ayam kunyit. Takpelah, masih lagi ade unsur nasi dan ayam di situ
3.Tom yam campur, tp mungkin lebih kepada tomyam udang berdasarkan bilangan udang yg dijumpai di dasar mangkuk.
Kedengaran azan telah berkumandang, kami pun memulakan misi mengunyah dan menelan dengan bacaan doa berbuka puasa. Selang beberapa belas minit selepas itu, kami tiba-tiba sedar makanan kami telah habis dikunyah dan ditelan. Ini bermaksud tiba masanya utk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing ;P. Lantas kami pun pergi membayar bil. Kerugian yang kami terpaksa tanggung ialah sebanyak RM13.50..still reasonable price for the decent meals.
Alhamdulillah dpt juga berbuka bersama insan yg chenta.
BTW, lupa nak promote restoren yang kami pergi ni. Nama restoren ini ialah mamaKandar yg terletak di Kota Kemuning. Sila klik link untuk mengetahui lokasi sebenar kejadian.
p/s: Sorry for bad picture quality. Lupa nak bawak digicam. Apepun saya sgt beruntung kerana memiliki awek yg mempunyai handphone berkamera =P . Sayang, you definitely complete me.






tomyam itu sgt sedap..
ReplyDelete