Wednesday, April 27, 2011

fuh..

baru dapat bernafas sket. kalau tak bizi saje. keje satu hal, preparation satu lagi hal. tension bermacam2 hal. timekaseh kepada incik bos y baik ati, bagi saye cuti 2mggu stret. hurray! timekasih juga incik bos kerana sms hepi bday kepada saya. hehe dalam ati da cuak2 ngatkan nk suh wat keje ke, atau nk tny pasal keje. ternyata incik bos mmg sapotip dan baik ati. di kesempatan ini (sekiranya incik bos baca), saye mau ucapkan jutaan trimakasey kerana menyeponsor honeymoon kami. yahu! yahu! saaayang bos!

saye stat cuti isnin itu hari tapi bz mengalahkan org keje. time ni la baru dpt buat mende2 remeh kecik2 mcm kemas umah, lemari, touch up hantaran dan sebagainya. gambar antaran y da siap da amek cuma malas lagi nk transfer sbb lappy usang sangat selo. dan saya sangat malas. taip entry ini pun sambil terlentang keletihan. 

alhamdulillah suma persiapan dah ready, esok amek baju y da fitting. nasibaik baju y try fitting itu hari bleh muat gak. walaupun dah mengalami pelbagai fasa. 44kg-->53kg-->44kg kembali. tade la pulak aku nk amek gmbr kaki aku berdiri kat weighing scale sebagai bukti  walaupun tah2 penimbang analog tu dipusing2 manual adjust sampai nombor 45 padahal hakikatnya peha saje dah 20kg. yang pasti baju aku nikah kat tangan ada lining, takde la pakai tudung tapi kat tangan tu mcm tak cukup kain buat lining. 

semalam, 1st time ase mcm tak ase bday. sbbnye ada mende lagi hebat dari bday y bakal jadi. ngat biasa2 saje, tp incik dah membuatkan saya tergamam dgn kek y suwit gula dan cekelat, dan caption y suwit mcm incik.eh aku bodek ni kalau dapat bb torch ni bes gak. hehehe. tapi aku bukanlah kaki kikis barang2 mahupun barang kemas dari ex, mahupun dari current bf, atau hubby.




jumaat suda mau bertolak ke intekma utk siap2 n berinai :)
hehe. akhirnya sampai juga time ni. skang ngah try2 pujuk anuar zain dtg. walopun mcm tak dtg je kot. haha. perasan gile, nak anuar zain dtg. cikmie! tlg pujuk anuar zain plis!

orait! suma dah tinggal tggu time saje! kawan2 doakan semoga majlis berjalan lancar seperti y dirancangkan dan cuaca baik pada hari itu ya! to hater and stalker, kalau kau ikhlas doakan juge la ye majlis kami berjalan lancar. tak baik busuk ati, lagi2 time preggy ;)

Wednesday, April 13, 2011

tick tock

saya malas kira, tapi ada kawan sy rajin kirakan. haha. so remaining days to Misi 30 April ada 17hari lagi!
kejap je. rabu dah harini. nanti jumaat patu da next week. phew. harap apa y kitorang plan berbulan2 utk hari kejadian tu berjalan lancar hendaknya. amiin.


lagi yang pending dan separa pending dan bleh dibuang status pending:


1. Fitting
Isnin mggu depan pas keje :)
Berat dan saiz badan telah berjaya mencapai target. WeehOoo~!

2. Kasut untuk nikah
Ha. belum lagi. asek lupe.

3. Stail tudung nikah
Bleh la. Dah ada idea dah :p Bahan mentah bakal didapatkan dalam esok atau wiken ni :p

4. Henna tangan
Haritu dah cari inai pelbagai jenis kat jalan masjid india klang, tapi kesemuanya macam kurang merah pun. ada trick ke ek? Pastu saya came across satu page kat fb. Inai dia cantik! merah! corak lawa! kemas! n paling penting sgt murah! 

10. Hotel utk famili
Dah siap book! 

11. Honeymoon
Setel! ;p 

12. DJ song list

by 25th April confirmkan :)


13. Follow ups
   -Head count : P done, L in progress.
   -Pelamin      : Latest by 25th reconfirm again.
   -Make up     : By 25th juga
   -Photographer : By 25th juga

wah! byknye mende kene folo up by 25th! ni y ase nk cuti berminggu2 ni! 

Monday, April 11, 2011

tidak kupinta dilahirkan sebegini..(durian)

jeng jeng jeng..aku dtg lagi dgn entry terbaru. by default korang misti sudah memahami apakah maksud yang tersirat pada tajuk entry kali ini...sila renung2 kan dan amal2 kan...entry hari ini lebih bertemakan karangan bergambarkan durian.

umat manusia sedang berpusu2 utk mencari durian..

sekilo rm28...termasuk berat kulit tau..
jeling awek ke jeling durian?(mamat kat blakang tu pun main jeling2)

12 spesis durian yang aku tak pernah tau pun sebelum ni...bagi aku semua durian adalah sama

sila layari website yang tertera utk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.   


  anda tidak perlu utk menunggu musim durian tiba kerana durian kat cini mmg ade 24/7/365.

Wednesday, April 6, 2011

mungkin aku sudah ditakdirkan begini..

Saspen ke tidak apabila membaca tajuk entry aku kali ini?.apabila dipikirkan kejadian menulis belog yang lepas lepas..besar kemungkinan aku telah ditakdirkan untuk menulis entry belog yang berkaitan dengan industri pemakanan sedunia. oleh kerana aku tiada perkara yang menarik utk dijadikan cerita.maka dengan makanan lah aku dpt menghasilkan secebis entry setelah berkurun lama aku tidak menulis belog ini...maka, aku ingin memperkenalkan makanan yang telah terlibat dalam kancah pemakanan aku semenjak due menjak ini....

1. Foot long Subway Sandwich. sila nikmati gambar di bawah...


ianya berukuran lebih kurang satu kaki yakni bersamaan denga 12 inci. apabila makan berdua, haruslah dibahagi sama rata iaitu 1 kaki dipotong dua maka hasilnya setiap seorg mendapat kaki kudung yang berukuran 6inci..logik? kalo kaki kene potong maksudnya kudung la(ntahapentah lawak aku ni..aku pun tak rase nak gelak). Berintikan kepingan ayam yang enak, kepingan ham (not hamster) yang nipis. dilimpahi dengan sos-sos yang beraneka jenis. beserta segala sayur2an segar dari peti ais tetapi bahan2 berunsur pikel dan olive tidak termasuk di dalam hidangan yang enak ini. Harga nya hanya tambah RM8 dari harga asal. Setelah menikmati hidangan ini. dapat disimpulkan bahawa sandwich 6 inci adalah sgt tidak mencukupi. satu hari nanti akan ku usahakan utk menghabiskan sekaki sandwich ini dengan penting diri sekali(makan sorang).

2. menikmati makanan jepun di Plaza Shah Alam

Mungkin anda pernah membaca entry kami yang berkaitan dengan tempat ini. maka denga ini saya mengambil keputusan untuk tidak menyiarkan menu makanan yang disediakan. ape yang hendak aku tekankan di sini. setelah sekian lame tidak mengunjungi tempat makan ini. rupanya tempat ini telah mengembangkan perniagaan nya lagi..premis mereka telah berpindah dengan jarak sekangkang kera dari tapak asal.namun saiz premis itu telah bertambah lebih kurang sekali ganda. sudah maju sekarang kedai ni.



Alhamdulillah..kenyang...kandungan entry yang berikutnya tiada kaitan dengan makanan mahupun kedai makan. Ianya lebih berkisar kepada masalah yang timbul kerana kerakusan manusia menggunakan tenaga yang tidak boleh diperbaharui dengan sesuka hati. Sebagai seorg yang prihatin terhadap penggunaan tenaga, saya mengaku bahawa saya telah menukar bateri kereta saya pada suatu hari di mana kereta saya tidak boleh dihidupkan secara normal. berdasarkan gambar bateri kereta di bawah.. sila cari apakah tarikh yang tertera di bateri tersebut. sila hantarkan jawapan dan slogan yang bermula dengan "saya suka mencari tarikh pada bateri kerana..." tidak melebihi 18 harkat. Sila hantarkan jawapan dan slogan pada section komen di bawah. pemenang yang bertuah akan menerima hadiah misteri. Selamat berjaya...dan ini gambarnya...





habis bercerita mengenai pembaziran tenanga. kini mari bercerita tentang baby. Sabtu lepas, selepas misi kami untuk menjadi posmen dan poswomen tidak kesampaian. Kami pergi melawat baby Tya yang sudah berusia 2 bulan. dulu time kuar nampak kecik je..sekarang sudah besar.. membesar bagaikan johan(semestinya bukan johan raja lawak). Walaupun Tya masih lagi kecik, namun die telah mempunyai tagline iaitu "eng-gek"...so cute macam i kecik2 dulu...tak caye tanye mak i...hahaha.. berikut adalah gambar Tya yang syomel sgt dan gambar Tya sedang mengamuk kerana didukung oleh seorang yang amat asing dalam hidupnya.




 Sekian. Wasalam

Tuesday, April 5, 2011

Quickie!

minggu lepas..dan sedikit dalam minggu ini.


1. Doorgift

kami order dari ex-opismate y wife bliau buat biz baking. bleh lihat2 blog bliau di sini. harga mmg best, bleh suitkan dgn budget y korang nak. kalau tatau nak order apa bleh ckp je nnt dia akan try utk cari pakej y sesuai. y sy dpt, Rm 1.50 utk muffin choc/vanilla choc chips skali ngan kotak y cantik n bleh letak gula2 skali dlm tu.

2. Bunting

kami dpt bunting standard size 2"x5" tu RM30 per piece! lowest in town setakat y kami sebey. design sendirik. kalau kat tpt len tatau la, janji paling murah dalam radius area kitorang. mau tau tpt, bleh PM ;) sbb kami order segar dari kilang.

3. Thank you sticker

kami dapat 0.11 sen satu sticker. ni kat plaza alam sentral ada byk2 kedai atas tu. utk kedai y spesifik saye pun da lupe apa nama. tp kalau mau tau, bleh PM. ;)
(khas utk beberapa rakan y sedang planning ittew ;p)

4. Fitting

Weekdays lepas keje, tp tarikh masih belum ditentukan. Operasi diet diteruskan dengan giat! Lepas fitting, usaha menten pula perlu dijalankan.

5. Deco hantaran

95% suda siap, tinggal masukkan n cantikkan barang2 saje lagi :)

6. Kasut untuk nikah

Alamak! lupe. kene g cari last menet. tp, nnt nikah kat masjid juge, buka kasut juge. tapi, nnt amek gmbr juge. kasut nampak juge. ini tak boleh jadi! perlu cari!

7. Stail tudung nikah

Hana Tajima sangat santek. Stail dia pun santek. tapi, sesuai ke utk event? Usaha lebih gigih utk survey!

8. Henna tangan

Mula2 mcm tanak buat sgt. Tapi tgk mcm lawa juge. Tapi ada kawan y sgt pandai buat juge. Kawan~~ bantu saya pliss! hehe

9. Hotel utk famili

Mangsa untuk meminjam kad staff sudah dikenalpasti. Hujung minggu ni akan terus membooking dengan half price ;)


10. Mengepos kad

Tadi baru beli setem. terdelay sikit sedangkan kad suda lama ready. time time cani la nak bz.. huhu.. esok setel pos, insyaAllah lusa sampai kad ;p

11. Honeymoon

Tempat sudah dikenalpasti. Dana sudah dijanjikan. Cuti sudah apply. Tapi tix belum beli. ayok.


Apa lagi belum ek?

Hm.. Hm.. kene check lagi..
Hm.. kene folo up ni.
Hm.. hah!

12. DJ song list

Terpulang pada DJ, tp saye ada lagu2 rikues saye! nnt saye mau diskas dgn ini DJ :p

13. Follow ups

-Head count
-Catering
-Pelamin
-Make up
-Photographer

orait. ready 1, 2 go!

Monday, March 28, 2011

satu bulan dan dua hari saja lagi~!

pejam celik pejam celik dah tinggal lebih kurang sebulan saja lagi utk our big day :)
setelah melalui banyak banyak halangan dari satu orang y busuk hati, ia hanya menjadikan kami lebih terhibur dgn lawak2 kurang matang, contohnya kedengkian terhadap kecantikan ketiak saya dibandingkan dengan muka bliau. ataupun, lawak ingin menari hindustan dengan semua orang. kahkah. get a life, please.sedikit nasihat ikhlas, bawak2 lah berubah, supaya anak tak menurun perangai busuk tu.

dah nak dekat big day, so utk diri saya dan incik, kami ingin review apa y still perlu diusahakan. supaya takdelah membazir belanja utk majlis, tak perlulah sikit2 je nak buat majlis, tak haru pun  buat sekali je  janji puas ati, pakai duit sendiri takde mintak2 orang sponsor.simple2 sudah. takperlulah buat majlis kawin kau makan meja asing nampak sgt penting diri. konon nak romantik tapi nampak  mcm kera sumbang duduk kat ujung tu. 

oraits.
kami tgk checklist kami satu2 yang dah sudah;

1. tarikh, venue; dah
2. gaya tema; dah
3. bajet; dah
4. finalized tetamu; dah
5. pengapit; dah
6. juru andam; dah
7. katering; dah
8. jurufoto; dah
9. bunga & deco majlis; dah
10. cincin nikah; dah
11. dj; dah
12. kek pengantin; dah
13. kad jemputan; dah

yang dah settle tp need to follow up;

1. pos kad/ by hand; by 1st week April
2. doorgift & catering; by early April
3. design majlis, kek, hand bouquet, konsep muzik; by 2nd week April
4. fitting; by 2nd week April
5. fotographer; by 2nd week April
6. accommodation; by 2nd week April
7. kadi follow up; by 2nd week April

yang tggu early April utk execute;

1. bunting 2pcs
2. final deco hantaran

oraits. asenye itu saje. incik, ada apa nk tambah?

rumah, early March insyaAllah dpt kunci.  nk kene stat survey barang n nk renovate dapur gak. haih.pas kawin la fikir. janji dah nak setel, tadela da preggy nk muntah2 g cari barang kat IKEA. tak ke menyusahkan nnt? haru... 

Saturday, March 19, 2011

trip kami ke entah keberapa kali nya

harini hari agak bes, takde panas, tp ada sedikit hujan. tapi takpe hujan di luar janji bukan hujan di dalam hati. *merepek*

kua jalan2 n men bowling dgn sgt corotnya berbanding pasangan suami isteri suwit JM-Hyda.
mereka bermain dgn sgt hebatnya, dan secara terang2an mengeji skill kami bermain bowling. tapi takpe, ia telah membangkitkan semangat incik dan akhirnya incik maju 3 tapak dengan melangkan dari 0 pin down ke 3 kali strike. tapi aku mcm biasa, epic failure. zasss.

on the way balik, saje2 tgk umah. ngat nk tgk2 je dr luar tapi ada satu unit show house dgn pintu terbuka lalu masuk la kami dgn hati y terbuka. tgk flooring mcm cantik pulak. benarkah? atau setakat utk showhouse saje? balik je selongkar balik pamphlet. upenye termasuk finishing skali. alhamdulillah, rasanya dpt harga terbaik utk rumah ni. mula2 tak de harap apa pun, cuma teringin nak ada 1st landed property. kira bagus jugak la kitorang takde put on high hopes. at least takde la hampa kendian hari.
 
masa tgk rumah ni, ada lagi 5 units left. tak tau skang masih ada ke x, kalau mau try tny boleh PM utk details org y jaga office bayuemas ni. plan utk kota bayuemas, still ada upcoming development. semi-D house, superlink, bungalow in progress. dgr ritu org tu ckp kalau semi-D, 350k++  ke 380k++ tah camtu. ok sgt harga dia. kalau bandar puteri utk price tu, baru terrace double storey y 20"x70". 



sikit details tentang phase A8A (kot2 ada y minat, n maybe ada lagi unit y available.)

Warisan, 94 unit double storey terrace house, 22"x70", Kota Bayuemas, Developer I&P Group.
Expected completion March 2012.

  • Built up : 
              1,931 sq ft (corner lot) *fully sold out*
              1,540 sq ft (intermediate lot) *maybe still available*
              1,931 sq ft (end lot) *fully sold out*
  • Price : RM304,888 ~ RM429,888 (7% bumi disc)
  • Location : Near to AEON Jusco Bkt Tinggi, TESCO, Giant, KESAS highway, LKSA highway
  • Structure : reinforced concrete structural frames and concrete slab
  • Wall : cement sand bricks and clay bricks to party walls
  • Roofing covering : concrete roof tiles
  • Roof framing : lightweight steel trusses
  • Ceiling : fibrous plaster ceiling, skimcoat & paint
  • Wall finishes : plastered & painted, ceramic tiles
  • Floor finishes 
    • carporch & drive way : homogeneous tiles
    • entrance : homogeneous tiles
    • living & dining : porcelain tiles
    • kitchen : ceramic tiles
    • bathrooms : ceramic tiles
    • bedroom (gnd floor) : porcelain tiles
    • bedrooms (1st floor) & master bedroom : laminated flooring
    • family area (1st floor) : laminated flooring
    • staircase : laminated flooring
    • drying area : ceramic tiles
  • WC : 3 units
ground floor
living room
tingkap tepi luar rumah
car porch
store room bilik harry potter
blakang umah y belum siap
senaman ulang alik naik turun tangga
family area 1st floor
air vent
plastered ceiling
salah satu bilik di atas
staircase
masa nak pegi tgk umah ni, si kelabu kepunyaan incik tiba2 ditimpa musibah kecil. lalu pegi la kitorang ke workshop berdekatan untuk rawatan kecemasan. 

masuk klinik sekejap
eneous car centre yang berjasa tanpa perlu bayar sesen pun
mengintai si kelabu
kawasan bermasalah dikenalpasti dan dirawat

kesimpulan: lawatan berhibur sambil belajar hari ni sgt menyeronokkan saya. sbb dah lama berhajat nk jenjalan ngan JM & Hyda tp baru ni chance dpt jimba2 lama sket dari kebiasaan. time kaseh korang for the great times we had!