Wednesday, August 18, 2010

Kerana si Bubur Lambuk

Oleh kerana menyangkakan bahawa bubur lambuk akan diedarkan secara percuma pada hari ini, Selepas waktu kerja, kami telah sepakat utk bertemu di.....

di kompleks pkns(antara bangunan terawal yg wujud di Shah Alam satu ketika dulu)

Setibenye kami disitu kami mendapati bahawa semua parking haram telah pun penuh(walaupun haram namun tidak membatalkan puasa) . Maka kami pun parking secara halal di...

SACC mall(antara shopping mall kedua terawal selepas Plaza Shah Alam)

Rupanye pengedaran bubuk lambuk itu adalah hari esok. Tanpa buang masa dan buang air, kami pun jalan beriringan ke tapak bazar Ramadhan yg terletak di belakang Kompleks PKNS td. Rupen2ye kat Bazar Ramadan pun ade juga yg jual mende haram ni...

jual mercun(sekali lagi, mmg haram, tp tak membatalkan puase)

Setelah lengkap membuat satu pusingan di bazar ramadan itu, Kami busan dan jemu kerana kami mendapati tiada juadah yg mampu memuaskan nafsu makan kami.. kebanyakan peniaga menjual makanan macam ni...

tp sotong goreng tu nampak macam sedap je..

Seterusnya, kami terus beralih arah ke...

kepsi yg berhampiran(kfc kat arab ni, queue pun asingkan laki n pompuan, ntah2 ayam die pun asing jantan n betina)

Namun begitu, ke semua meja telah penuh dan kami beredar dari situ untuk mendapatkan sumber makanan yg lain. Oleh kerana masa berbuka hampir tibe, kami membeli...

ketupat palas 5 ketul Rm3.00

dan juga...

rendang tok(walaupun bukan atok yg masak). RM5 utk 100gm

yang dijual oleh seorang gadis yg cantik(cantik ke?). Then,kami ke Seri Kota untuk membeli....

1 air kotak MILO dengan penyedut minuman edisi istimewa

dan juga.....

1 botol air 100 plus(tp kami beli yg kecik je)

Lepas tu kami mencari tempat duduk di sekitar ruang legar utk berbuka puase, tp sumenye sudah ade org. Jadi kami pun pergi ke tepi tasik dan setelah azan, kami pun berbuka puase macam gambar bawah ni....

tp takde la smpi bentang paper, just duduk kat bench je(anak sape la dlm gambar ni)

Setelah kehabisan stok makanan dan minuman, kami pun beransur dan....

pulang ke pangkal jalan(rase2nye jalan kat atas ni boleh pergi mane ek..)

p/s: mohon seribu kemaafan kepada chenta hati ku kerana tertinggal kamera buat kali keduanye. saya berjanji tidak akan tertinggal utk kali ke 3. Dan semua gambar di atas adalah gambar hiasan semata2, tiada kaitan dgn org yg berpuasa atau tidak. ;P











6 comments:

  1. hehe xpayah la letak gmbr pun kalau xd gmbr..ssh2 je g cari gmbr :p

    ReplyDelete
  2. die ni mls tulis nih..tu yg gambar2 je tabur tuh..isk isk...

    ReplyDelete
  3. haha..aku hampir terpercaya lak..ceit!

    ReplyDelete
  4. tanti: mmg anda sgt memahami..
    fera: lurusnye kamu.. =_="

    ReplyDelete
  5. Aku pon percaya.. tp sampai part KFC tu aku pelik.. oh org² Shah Alam sgt sopan..sume pakai tudung..
    Ceit~ rupanya dia cilok Arab punya kepsi...

    Cisdel punya Fazdi~!

    ReplyDelete
  6. penulisan ku amat berkesan sekali sehinggakan rmi yg hampir terpedaya...hahah

    ReplyDelete