Friday, October 29, 2010

reminiscing episode two [main ping pong]

Jaguh pingpong, itulah gelaran yg paling digeruni ketika belajar di sekolah berasrama dulu. apa tidaknye, jaguh ping pong selalunya akan menjadi "king" dari bermulanya sesi permainan sehingga tamat. ini juga menyebabkan ramai terpakse beratur panjang kerana king amatlah payah utk dikalahkan.

Dulu, meja pingpong terletak dlm bilik prep, namun begitu kami tidak dibenarkan bermain ketika waktu prep. kami hanya dibenarkan bermain pingpong pada luar waktu prep yakni, waktu beriadah, waktu makan, waktu tido mahupun waktu persekolahan. waktu inilah yg diambil utk berlatih skill-skill pingpong dan masa mengatur strategi utk mengalahkan jaguh ping pong jika jaguh ping pong terbabit tidak terlibat sama kerana sibuk dengan urusan dunia yang lebih penting.

hasilnya, selepas 3 tahun duduk di asrama terbabit,apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah kadar penghuni asrama yg buta ping pong adalah 0%. boleh la dikatekan setiap penghuni mempunyai skill bertaraf immediate level. mampu mengharumkan name asrama di hidung masyarakat sekeliling.

kali terakhir saya bermain pingpong adalah ketika menyertai kelab pingpong di UTM dulu. Esok pagi, saya akan bermain ping pong setelah sekian lame menyepi dari arena ping pong. terima kasih kepada rakan sekerja yg menjemput utk bermain ping pong di rumah beliau. Maka dengan ini saya ingin tunjuk senjata berjenama rama-rama yg baru dibeli untuk bermain ping pong esok..


4 comments: