Sunday, October 31, 2010

lembu punya susu sapi dapat nama

kenapa? sbb entry ni ditulis oleh akem y rajin tp yincik fazdi yang dapat nama. hukhuk.

harini kami tlah menjalankan misi berjumpa katerer kali ke-2 untuk merancang bajet. details pasal persiapan suma ase mcm nk tulis tp ase mcm poyo gak kalau tulis kadang ase mcm tak reti lak nk tulis ayat cane nk tulis. nnt2 la kot bila suma da finalized baru cite. takde la kepoci sgt huhu..

alang2 g shah alam, singgah sebentar di SACC tgk property fair. umah paling murah umah teres 2 tingkat serendah 155++k. tapi usyar2 je dulu. ape2 pun suma kene tggu mende besar ni yang setel dulu. baru leh proceed ke minor agenda y lain.

sbb kepanasan, ase mcm nk makan aiskrim maka bergerak lah kami ke McD PKNS Shah Alam. ku penah nmpak dulu iklan ice cream cone da ada balik askrem twist ngan choc. tp g sunway pyramid tade plak. yincik fazdi plak beramah mesra bertanyakan akak McD Shah Alam ni nape kat sunway tade. akak tu pun dgn ramahnye gtau certain outlet je ada. dpt2 je askrem cone choc ni da tak sama ase mcm dulu. tak rasa dah coco dia, ase manis je mcm vanila dan pewarna choc. huhu. jalan2 makan kat tasik Shah Alam tgn yincik fazdi terkena najis tahi burung. sedang saya menggelak2kan bliau upenye baju saya juga terkena percikan najis tersebut. nasibaik tak ketara.

ohye. askrem choc y kembali tp rasa nya y tak kembali seperti dulu.

Friday, October 29, 2010

reminiscing episode two [main ping pong]

Jaguh pingpong, itulah gelaran yg paling digeruni ketika belajar di sekolah berasrama dulu. apa tidaknye, jaguh ping pong selalunya akan menjadi "king" dari bermulanya sesi permainan sehingga tamat. ini juga menyebabkan ramai terpakse beratur panjang kerana king amatlah payah utk dikalahkan.

Dulu, meja pingpong terletak dlm bilik prep, namun begitu kami tidak dibenarkan bermain ketika waktu prep. kami hanya dibenarkan bermain pingpong pada luar waktu prep yakni, waktu beriadah, waktu makan, waktu tido mahupun waktu persekolahan. waktu inilah yg diambil utk berlatih skill-skill pingpong dan masa mengatur strategi utk mengalahkan jaguh ping pong jika jaguh ping pong terbabit tidak terlibat sama kerana sibuk dengan urusan dunia yang lebih penting.

hasilnya, selepas 3 tahun duduk di asrama terbabit,apa yang saya dapat simpulkan di sini ialah kadar penghuni asrama yg buta ping pong adalah 0%. boleh la dikatekan setiap penghuni mempunyai skill bertaraf immediate level. mampu mengharumkan name asrama di hidung masyarakat sekeliling.

kali terakhir saya bermain pingpong adalah ketika menyertai kelab pingpong di UTM dulu. Esok pagi, saya akan bermain ping pong setelah sekian lame menyepi dari arena ping pong. terima kasih kepada rakan sekerja yg menjemput utk bermain ping pong di rumah beliau. Maka dengan ini saya ingin tunjuk senjata berjenama rama-rama yg baru dibeli untuk bermain ping pong esok..


reminiscing episode one [download mp3 nirvana]

kenangan kesah lampau ialah di mana zaman mendownload mp3 yg puratanya bersaiz 3Mb dgn menggunakan sambungan dial up yang kelajuan muat turunnya hanya selaju 2 hingga 3kb per saat. masih lagi terngiang-ngiang bunyi pulse tone sebaik saja butang connect ditekan. penantian untuk menunggu connection to be established adalah satu penyeksaan namun tiada apa yg mampu mengatasi seksaan api neraka.

Sebaik sahaja dah connect, maka page pertama yg dibuka ialah yahoo.com. zaman tu google.com belum lagi wujud di laman sesawang . pencarian mp3 bermula dgn menaip tajuk lagu pada search box dan pasti menunggu lama utk mendapat keputusan penuh. namun begitu search result tidak selalu memberikan link download mp3 yang diingini maka kita masih perlu mencuba result satu persatu. dengan kelajuan internet yang amat menyedihkan. setelah mendapat download link yg sohih, maka aktiviti download akan bermula. ketika menunggu mp3 siap utk didownload, sgtlah mustahil utk menjalankan aktivi meluncur internet apatah lagi untuk mendownload mp3 yg lain.

utk mendapatkan 1 fail mp3, masa yg terbazir adalah sekitar 30 minit. bayangkan lah jika anda mahu mendownload satu album, it would take forever. namun segala penantian adalah amat berbaloi setelah lagu kegemaran itu dapat didengari.

namun kini, everything have changed, internet pun dah laju, nak search mp3 pun dah mudah. saya ingin berkongsi satu petua yg saya selalu gunakan untuk mendownload fail kegemaran, tak kesah la mp3, wmv, mov mahu pun game psp dan juga 3gp!

Cara caranya ialah:

1.dengan menaip below string into google search box

intitle:”index.of”(filetype_extensions) “expected_file_name“

2.Tukarkan filetype_extensions kepada format fail yang diingini kemudian tukarkan expected_file_name kepada nama lagu atau artis sebagai contoh, jika ingin mencari album Nirvana yg berjudul unplugged in New York anda hanya perlu menaip string di bawah dan mulakan carian.

intitle:”index.of”(mp3) “nirvana.unplugged.in.new.york“

3. click result search yg bermula dengan kalimah "index of/". sebagai contoh saya menjumpai link seperti di bawah ini

Index of /ac/Parodies/nirvana/Nirvana-Unplugged In New York (Full ...

kebiasaanye link ini tidak selalu menghampakan. Link ini selalunye akan membawa pengguna ke link direct download. ape yg anda perlu buat hanyalah right click pada link mp3 yg diingini dan klik "save link as" dan download akan bermula. anda juga boleh klik pada link Parent Directory untuk melihat byk lagi fail yg mungkin related dengan carian anda.



Selamat mencuba ye! Akhir kata, sharing is caring!

Thursday, October 28, 2010

pelbagai t-shirts kegemaran saya

sah2 entry takde keje. saya ada 4 t-shirts yang saya gemari. antaranya ialah:

T-shirt "Boot-B"
Rasionalnya saya menggemari t-shirt ini ialah kerana t-shirt ini sangat enak dipakai. dan berwarna itam. dan saiz yang ngam2 tak besar sgt dan tak kecik sgt. dan membuatkan saya teringatkan seseorang yang saya suke berada dekat2 dengan bliau.bliau juga yang memperkenalkan saya kepada bidang part time mengintro website dari pejabat ke pejabat dgn bayaran yang lumayan dan mendapat t-shirt sebagai saguhati tambahan. bliau juga tabah mengajar saya menghafal skrip dan juga mem'back up' tatkala saya tergagap dan tergugup.
Seseorang: Fera

T-shirt ijau leher besar
Rasionalnya saya menggemari t-shirt ini ialah kerana t-shirt ini sangat selesa. tetapi kini kurang selesa disebabkan pertambahan diameter. saya berikrar akan berusaha memuatkan diri semula dalam t-shirt kesayangan saya ini. ia juga berwarna ijau dan disebabkan saya suka ijau, saya suka t-shirt ijau. (apekah?) t-shirt ini juga turut membuatkan saya teringatkan seseorang yang saya suke berada bersama dan main masak2 bersama. saya juga beberapa kali memakai t-shirt ini ketika mau berjumpa dgn beliau.oh rindunye.
Seseorang: Nonoi

T-shirt old-school tangan belang
Rasionalnya saya menggemari t-shirt ini ialah kerana t-shirt ini dahulunya enak dipakai bila berada di tempat sejuk.dan pada suatu masa dulu ketika saya gemar ke library yang sejuk saya suke menyarung baju ini dan juge sweater purple atau jacket pink kegemaran saya dahulu. saya juga suka kaler tv rosak maka sekaligus menjadikan baju ini baju kegemaran saya. disebabkan baju ini kain dia stretchable maka skali lagi menjadikan baju ini kurang sesuai disarungkan di mata umum disebabkan diameter.dan saya teringat seseorang yang baik ati yang tolong menjahitkan leher baju ini dulu. sbbnye dulu baju ni ada ribbon, saya tak suke, dan gunting. tp tak jahit sambungkan. tapi saya mendapat sokongan padu dari seseorang yang tlah membantu saya mencantikkan semula leher baju ini.
Seseorang: Tanti

T-shirt "I ♥ KRABI "
Rasionalnya saya menggemari t-shirt ini ialah kerana t-shirt ini sangat enak dan sesuai dipakai ke mana2. saya tlah membawa tshirt ini ke pelbagai supermarket dan juge ke rumah rakan. ia juga selesa dipakai tatkala cuaca panas dan sejuk.warnanya yang putih membuatkan saya perasan saya seorang y pembersih. slain itu saiznye y ngam2 menjadikan ia sebagai baju peberet saya.ia mengingatkan saya kepada seseorang yang saya suka berkawan dengan, walaupun dikira baru kenal tapi saye selesa dan suke berborak dan berchatting dgn beliau. pendek kata, kami suka mengayam ketupat bersama. tak kiralah secara online, sms, ataupun secara live.
Seseorang: Eda

Sekian..

Tuesday, October 26, 2010

Melaka Maju 2010

Melaka telah diisytiharkan sebagai negeri maju pada 20hb 10 2010. pada jam 2010...ape2pun..intro ini tiada kena mengena dengan entry pada kali ini. entri kali ini hanyalah untuk menceritakan perjalanan kami ke rumah pengantin yakni kawan sematrik si bucuk saya yang terletak di Taman Rambai Permai di Cheng ,Melaka. Tapi sebelum itu saya ingin menarik perhatian pembaca untuk melihat no plat kereta di bawah

no plat yang mampu meningkatkan semangat kenegaraan belia dan beliawanis negara

Hampir 1 jam 30 minit perjalanan,kami telah tiba ke lokasi dengan selamat. Setibanya di situ, saya rasakan saya pernah menjejakkan kaki ke situ satu masa yg lampau. Rupa-rupanya rumah pengantin itu adalah selang 2-3 buah dari rumah rakan seasramaku ketika menuntut di Shah Alam. Setelah makan, kami menunggu pengantin yang belum kunjung tiba, agak-agak sekitar pukul 2.30 petang, pengantin pun tiba. Sila rujuk gambar untuk melihat pasangan pengantin itu
ada guestbook tu..

pemakan ruang..sgt haloba penconteng ini..abis satu page dia tulis

terima kasih cik penulis. saya tak layak utk menulis kerana tulisanku agak kedarjahduaaan

bride, groom n the flower girl and boy..i can't handle this kind of cuteness

petua bersanding, rapatkan kedua-dua belah lutut ye ;P

Kami meninggalkan lokasi sekitar 3.00pm dan terus pulang menuju ke Setapak untuk menghadiri majlis sambutan hari jadi Fera. Hujan turun dengan lebatnya sepanjang perjalanan ke ibu kota dan kelihatan beberapa kemalangan yang membabitkan pelanggaran bontot kenderaan berlaku. Berhatilah ketika memandu di dalam hujan.

Walaupun rumah Fera hanya Setapak, namun kami mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke rumah beliau. Di rumah Fera kami dihidangkan dengan juadah yang sangat menyelerakan iaitu nasi lemak kukus lauk pelbagai. Kami agak kenyang di situ.

Akhir sekali, ingin mengkhabarkan berita pemergian ayah dan emak terchenta ke Mekah utk menunaikan fardhu haji. Semoga mereka selamat pergi dan pulang dan mendapat haji yg mabrur..InsyaAllah







cara-cara menguruskan badan.

ayat tipikal utk bloggers yang lama tak berblog.

"lamanya tak update blog"

ku malas nk tuka. sbbnye ku bknlah bloggers tegar.

lamanya tak update blog.nak update pasal makan2, dukacita dimaklumkan kami sedang dlm misi diet. (cakap je. tgk incik fazdi makan je keje :p ) ku plak dikira diet la gak wp makan tetap ikut masa, tp portion dikurangkan kepada setengah. aci kan?

macamana nak lose kgs ni? itu suma pun tau. diet, senaman dan pendek kata rajin dan berdisiplin. tapi macamana nk lose kgs wp malas berbuat apa2? ha... itu kita tatau.

maybe..

1. coba untuk jadi rajin bersenam
2. coba untuk coba jadi rajin
3. coba untuk berdisiplin kontrol mkn dan bersenam
4. coba untuk coba berdisiplin kontrol mkn dan bersenam
5. coba untuk mencuba

cobaan..

apekah?  rasa mcm nk mencerca diri sendiri sbb tak menghasilkan entry y bernas.

Monday, October 11, 2010

selamat menjadi tunangan orang!

ten ten ten~~

slamat bertunang ye cik Aishah, smoga anda kekal bahagia smpai bila2, mesti mau epi je tau! so happy for u!
lain muka kamu lepas mekap.. berseri2 ;D


p/s: tggu majlis besar pulak lepas ni ;)