Saturday, November 20, 2010

Rita Collection, Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 1 dan Popeye

Rita Collection
pagi pagi lagi kami berdua sudah pun memulakan Amazing Race buatan sendiri. Misi hari ini adalah untuk membuat pemantauan terhadap baju-baju pengantin di butik rita collection. Butik buka awal dan kami sampai sana pada pukul 12.00pm seteleh berhempas pulas mencari lokasi. Banyak baju lawa kat sana, tapi harga pun boleh tahan juga. selepas mencuba beberapa helai baju, kami pun mengambil keputusan untuk mengundur diri kerana mungkin kami tidak dapat mencari apa yang diingini.

Harry Potter And The Deathly Hallows: Part 1
Siri ke tujuh Harry Potter yang ditunggu-tunggu oleh penggemar cerita yang padat dengan ahli sihir, black magic, makhluk pelik. Apa yang diperjuangkan dalam kisah kali ini ialah ahli sihir jahat memburu Harry Potter. Scene paling tragis adalah ketika si Dobby mati akibat terkena dagger yang dibaling oleh seorang witch ketika si Dobby dan rakan-rakan cuba untuk escape dari tempat meeting ahli sihir jahat itu. Scene yang paling lucu adalah ketika Harry, Harmonie dan Ron menyamar sebagai orang lain semata-mata untuk mencari sebutir locket. Keseluruhannya, cerita tu amat best..but..genre  sci fic bukanlah my cup of tea kerana aku more prefer menonton filem yang bergenre realiti kerana moral of the story yang boleh diambil dari cerita itu. Namun begitu, kalau dah keluar part 2, aku rasa macam kene pi tgk jugak kerana aku dah tgk the 1st part. BTW, kami tgk filem ni di the Curve, Mutiara Damansara. Queue tak panjang, orang pun tak ramai. Mungkin semua warga kota masih di kampung menyambut hari raya haji

Popeye
Kali kedua makan di restoran ini. kali pertama adalah di sunway pyramid. Sebenarnye kami ingin membeli fish bite yang amat sedap, namun..di dalam menu tiada pulak makanan itu. maka terpaksalah kami membeli kombo for two. Agak masin pulak kali ini. tapi licin juga kami makan. Sila hayati gambar di bawah utk pengalaman makan di Popeye

combo for two

fish bite

fries,mashed potato & coleslow

mashed potato

chicken tender






p/s: bile mau start diet?

Friday, November 19, 2010

kecelaruan entry

Ape ni? kate diet? hm ni asenye gambar lama, hari pertama ke kedua ke ketiga tah yang baru nk stat diet. tetapi, nampaknya kali ini pada ketika gambar diambil, percubaan diet telah gagal di Pak Hailam kopitiam.

Iced Peach Mint

Nasi LEMAK rendang ayam. tenyata siapa y makan ni suka mengumpul LEMAK. huhu


bihun sup je, bajet diet la kot.

Apepun, semoga kisah makan ni dapat dikurangkan dari hari ke hari.

Masuk ke kisah seterusnya, pengembaraan mendaki bukit damansara. mula nk masuk tpt ni mcm la xbesnye. skali da masuk Damansara Coutry Heights ni, rasa sgt2 heran mcmana org2 boleh ada duit dgn sgt byk.dan membina sebuah banglo 7 tingkat. skali pandang ngatkan hotel. upenye rumah.
kawasan sekeliling y maseh dipenuhi pokok2 dan anjing2 jalanan (tiada dalam gambar)

Rumah besar 7 tingkat. kalau aku la misti kompius duk umah ni. satu malam tdo satu bilik. bape malam agaknye baru abis guna suma bilik kat umah ni ek?     
Dan seterusnya lagi, saje suka amek gambar ni kat Tasik Shah Alam.suke benor lepak sini. tatau nape. maybe sbb tringat zaman kecik2 dulu suke g tasik ni. walaupun satu ketika dulu kepala ku penah terkena najis mutawassitoh taik gagak.

Ijau2 ni lawa sebenarnye, tapi dlm gmbr mcm xlawa plak. camera henponkah yang perlu dipersalahkan? atau skill amek gambar tahap ayam?


Sekian, terima kasih kerana membaca.

Sunday, November 14, 2010

Mari berpuasa

Dalam kekecohan saya sendiri mau berdiet, last week dah memutuskan utk berpuasa ganti, dan sunat seterusnya untuk menyapport diet saya. Tapi ternyata niat tu salah dan terpesong. Lalu sehari puasa je lapar mcm tak tentu arah, dan kemudiannye esok dah tak diizinkan trus berpuasa. Maka, saya insaf dan ingin membetulkan niat demi kesejahteraan dan keberkatan puasa saya akan datang.

Tadi terbaca dlm notes kawan kat FB, puasa bulan Zulhijjah. Ngat nk stat puasa dgn niat y proper kali ni. bkn sbb nk diet. tp mencari ka ba ra ka ta nun.. semoga berjaya hendaknya. Marilah ye. hehe. tapi jgn la plak terbabas sampai hari tasyriq pun puasa pulak.

Bawah ni sikit coretan utk renungan bersama, dipetik dari SINI

Di dalam sepotong hadith sahih riwayat Muslim, Abu Qatadah meriwayatkan yang nabi ditanya mengenai fadhilat berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah), maka jawab baginda:
"Diampunkan dosa tahun yang lepas dan yang masih berbaki."
Selain itu umat Islam juga digalakkan berpuasa pada awal bulan, iaitu pada 1 Zulhijjah. Dalam masa yang sama, ada riwayat yang menyatakan ramai salafussoleh berpuasa pada sembilan hari pertama Zulhijjah. Perlu diperingatkan juga yang berpuasa pada hari 10 sehingga hari 13 Zulhijjah adalah dilarang di dalam Islam.


Wallahua'lam

Tuesday, November 9, 2010

oh mataku.

misi harini tlah berjaya dilaksanakan dgn pelbagai rintangan.
tapi paling tak bleh blah dgn yakinnye ngat ini adalah dari majalah Pesona Pengantin. sanggup g karangkraf selongkar backdated nyer issue. hampa setelah gagal menemui.
balik dan belek gambar y igtkan dicapture henpon dr majalah, zoom sampai kabur. dan search random apa2 perkataan yang terlihat. tapi gagal. setelah merehatkan mata 2-3menet.. baru dpt cam sape punye collection ni. patutla cantik gileeeeeeeeeee.. upenye mmg dr y ku fancy sejak dulu.

upenye gambar ni diamek dr fesbuk dan ditransfer ke henpon. dan bukanlah dari majalah pengantin. patutla tak jumpa majalah y ada gambar ni. smpai stress2 belek kat kedai karangkraf majalah pengantin tu. huhuhu..

baju ni sesungguhnya cantik, tp bukan ini yang ku mau. cuma mau cari nama tuan kedai tu yang jadi cabaran. dah dpt dah. lega. hihi. hebat gak mataku ni zoom zoom gmbr y pixel makin kabur almaklumlah bukan digital snap. tp 2nd medium snap.


 
nampak x? kiri atas tu?






dan. ini hasilnya. ariwedding couture! :D *happy*

Sunday, November 7, 2010

Makan, PSP dan makan..itulah kami ;)

Disebabkan jumlah gambar yang diambil pada hari ini adalah sgt byk, maka di sini saya mengumumkan entry kali ini akan melibatkan gambar dan caption sahaja. Diharapkan pembaca dapat menerima takdir ini dengan redha. Harap maklum.

Lunch bersama cintaku di taman tasik MPBJ, berdekatan dengan stadium MBPJ pada hari Sabtu kerana beliau bekerja semalam .

Nasi kukus dan ayam goreng berempah

Nasi Kerabu dengan daging bakar.

Keriangan kerana kekenyangan




 Sesi Skype bersama Rasyad iaitu adik si Lulu yang menuntut di New York, USA

Webcast session bersama Rasyad


 Aktiviti yang tidak asing lagi iaitu MAKAN

Terletak di Seksyen 2, Shah Alam. Berdekatan dengan bus stop UITM

Lelehan coklat bak lahar gunungberapi

Char Kuey Tiow yg BASAH sangat


Sesi berPSP di waktu petang

memikirkan kaedah untuk menumpaskan musuh

Jari jemari ku cekap menekan butang

Home ground of red giant, Viva selangor

berselindung di sebalik Binbin

Kaedah untuk menghapuskan bukti kecomotan

menyambung aktivti perPSPan di dalam kereta kerana serangan semut halus

Status terkini pencapaian GOWGOS: Tengah bertempur dengan bos burung-burung besi. dah patahkan satu kepak, tinggal lagi satu je lagi..lenguh dah jari nak tekan laju-laju

Sebelum mengundur diri, saya ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan selamat berjaya kepada tentera merah yang akan berperang dengan askar biru pada malam ini. YNWA

Friday, November 5, 2010

Happy Diwali

First and for most, tahniah la diucapkan kepada encik kapten Liverpool yang menjaringkan hat trick sekaligus membantu teamnya menewaskan Nipoli dengan result 3-1. Berbaloi gak aku bangun kul 4 pagi dan menunggu sehingga minit terakhir. Cerita pasal Liverpool, pagi tadi baru aku perasan yg jersi liverpool ku ade kesan karat. ngan bantuan cik gugel, dpt petua dengan meletakkan lemon and garam utk hilangkan karat..Alhamdulilllah petua itu sgt berkesan.

Kesan sampingan apabila karat itu hilang, lepas bilas dengan air, kesan ni dah hilang..yahoo!!

Secondly, lepas tgk game Liverpool pagi tadi, lepas solat subuh, tengok-tengok game PSP yg terbaru sudah berjaya didownload. Game itu bertajuk God of War: Ghost of Sparta. Memang syok main game ni kerana game ni bukan sahaja padat dengan aksi ganas, ia juga mencerna minda pemain dlm menyelesaikan teka teki yang diberi. Setelah "mengopi" ke dalam PSP, dengan satu butang saja game ini dapat diloading dengan jayanya, tak perlu lagila aku nak update firmware yg terbaru.

buktinya..hahaha..sape2 nak game ni silalah torrent sendiri ya!
Tapi sekarang aku dah sangkut kat boss gorila mata satu...tak lepas2 dari td dan aku putuskan untuk menulis blog ini

Hari ni hari cuti Deepavali, tiada apa aktiviti yang menarik dilakukan sehinggalah selepas solat Jumaat, saya bersama kekasih hati si LULU keluar berjalan2 untuk survey pakej baju dan makeup pengantin. dengan nikmat sense of direction yg dikurniakan oleh Ilahi, kami dengan one shot saja sampai ke 2 butik pengantin dengan tanpa ade byk masalah. Dah habis survey, kami pergi ke SACC convex pulak, ada karnival pengantin di situ.
Milik siapakan gadis ini? saya punya!!(purposely snap pic ring tu ke syg?)

Abis pusing kami pun menjalankan aktiviti wajib jika kami berdua keluar dating iaitu MAKAN!. Destinasi kami ialah Momen di Seksyen 7 Shah Alam. 1st time sampai ctu walaupun beribu kali lalu kat situ(on the way gi Hakim 7 ). Nikmatilah gambar makanan di bawah ini:


1st time tgk fast food chain ade rehat utk solat jumaat

beng beng! aksi bebas dari kami

ni utk 2 org makan tau

Tulis je fillet, tp dlm die adalah beef tenderloin..meleley

Kepunyaan cik lulu si hantu ayam ;P
Akhir kata, bile mau mulakan misi hidup tanpa nasi?

Thursday, November 4, 2010

Makan2 lagi.

stat mggu dpn, ku azam utk stat diet! kawan2 opis pun sama berazam stat mggu dpn. huhu harap2 dpt berdisiplin la. memandangkan dah berlaku tragedi demi tragedi, harini ku skali lagi tergerak utk sirius berdiet.

tapi, ini cerita b4 diet. haha. ape nama ek.. Ah Seng Asam Laksa kot. Kat Giant sect13. salu g Giant ni je teringat Noi..
ekceli nk letak link kat nama 'noi' tu tp kompius nk letak blog bliau y mana satu. hukhuk. tapela ek noi. hihi y penting ingatan tulus ikhlas. :p

Longan ais

Laksa with Fish

Milo with Fazdi

Curry Mee with Kerang


Span Scotch Brite yang meleleh2 dari baldi di awangan. EH. ini dlm Giant.