Sunday, November 14, 2010

Mari berpuasa

Dalam kekecohan saya sendiri mau berdiet, last week dah memutuskan utk berpuasa ganti, dan sunat seterusnya untuk menyapport diet saya. Tapi ternyata niat tu salah dan terpesong. Lalu sehari puasa je lapar mcm tak tentu arah, dan kemudiannye esok dah tak diizinkan trus berpuasa. Maka, saya insaf dan ingin membetulkan niat demi kesejahteraan dan keberkatan puasa saya akan datang.

Tadi terbaca dlm notes kawan kat FB, puasa bulan Zulhijjah. Ngat nk stat puasa dgn niat y proper kali ni. bkn sbb nk diet. tp mencari ka ba ra ka ta nun.. semoga berjaya hendaknya. Marilah ye. hehe. tapi jgn la plak terbabas sampai hari tasyriq pun puasa pulak.

Bawah ni sikit coretan utk renungan bersama, dipetik dari SINI

Di dalam sepotong hadith sahih riwayat Muslim, Abu Qatadah meriwayatkan yang nabi ditanya mengenai fadhilat berpuasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah), maka jawab baginda:
"Diampunkan dosa tahun yang lepas dan yang masih berbaki."
Selain itu umat Islam juga digalakkan berpuasa pada awal bulan, iaitu pada 1 Zulhijjah. Dalam masa yang sama, ada riwayat yang menyatakan ramai salafussoleh berpuasa pada sembilan hari pertama Zulhijjah. Perlu diperingatkan juga yang berpuasa pada hari 10 sehingga hari 13 Zulhijjah adalah dilarang di dalam Islam.


Wallahua'lam

2 comments: