Thursday, March 3, 2011

ada apa dengan 2nd March 2011?

 Salam semua, ini adalah entry wat kali kedua dalam mase 2 hari. di harapkan pada hari2 yang mendatang, saya tidak akan miss untuk menulis belog ini

menjawab persoalan tajuk entry utk kali ini:

Kejadian no 1.kite mulakan dengan kisah sedih yg menimpa si kelabu. Si kelabu telah ditabrak oleh sebuah Honda Oddsey yang dipandu oleh seorang uncle melayu yg sgt sombong. ade ke patut die reverse tak tgk kat blakang..lepas tu boleh plak die kate die tak tau siapa yang bersalah walau pun secara terang2an(ditambah dengan cahaya matahari) dia yang melanggar keretaku yang sedang berhenti, kemudian die menyatakan yang die tidak sengaja melanggar si Kelabu. apakah itu erti kemalangan kalo ianya berlaku secara sengaja? yang paling aku hangin, aku nak tgk die punye IC and No hp..die langsung taknak bagi..wat bodo je. Oleh kerana die nak aku wat repot, maka aku pun wat report la kat polis selepas pulang dari kerja. Ditemani oleh rakan mengularku yang terbaru(sila rujuk gambar di bawah tk mengenali siapakah rakan mengularku), aku dan die pergi wat report kat cawangan trafik PJ oldtown, punye la lambat, kul 8 start, kul 10 baru la setel. Pas setel kami pergi makan nasi ngan ayam goreng di mamak sebelah padang PKNS. aku juga ingin mengambil kesempatan ini utk memohon maaf kepada kekasih ku kerana telah memungkiri janji utk bersykpe pada malam ini kerana aku pulang lewat malam..sorilah syg...bukan sengaja xnak skype...tp ade sumting yang perlu disetelkan dulu. Love you(romantik tak aku?). Di bawah ini adalah snapshot di kawasan kemalangan tersebut.

No Plat kereta Honda tersebut

dulu belah kanan, skang belah kiri plak
Kejadian kedua: Sebenarnye hari ni adalah the last day aku kat freescale. Tak sangka dah setahun aku kerja kat ctu. Selepas ditabrak seperti yang telah dinyatakan di atas, aku dan rakan2 seperjuangan menuju ke giant kelana jaya utk makan piza sempena farewell aku. a picture tell a thousand words. so nikmatilah beribu2 patah perkataan kat bawah ni..satu gambar dah seribu, kalo lapanbelas tak sejuta ke? tak yah susah2 aku nak tulis panjang2 lagi,ape2 pun kalo nak tgk full version pi kat sini macam biase kat sini :

geng kat freescale

abis  licin..aku mkn 3 keping je..byk gak tu

btw, nak mintak maaf lagi kat kekasihku kerana tidak dapat makan tghri bersama. esok kite lunch same2 ye syg

kejadian 3: Sesi bergambar bersama jiran sebelah dan rakan mengular dan juga yang sewaktu dengan nya. Goodbye and so long Freescale!

lepas setahun..macam ni je meja aku..kosong je..tp makanan pasti ada

ngan akak nanana wowoye..jiran sebelah
ngan fazli, br 2 bulan a.k.a partner in crime dalam aktiviti pengularan

bye bye freescale

actual badge telah diambil..jadi la aku seorg temp worker








Wednesday, March 2, 2011

Selamat Tahun Baru 2011 + 2 bulan

Assalamualaikum, dengan rendah dirinya saya ingin memohon maaf kepada kekasih saya kerana telah lame tidak mengapdet blog walaupun salah satu azam tahun baru saya ialah mengapdet blog secara istiqamah dan wasatiah tanpa ada unsur2 syirik. Alhamdulillah ke hadrat ilahi, walau pun hanya telah 2 bulan berlalu, tahun 2011 ini membawa sejuta seribu seratus sepuluh sa makna buat diri aku Pelbagai onak ranjau berduri yg telah ditempuhi namun saya bersyukur kerana dapat mengatasi semuanya dengan tenang dan terima kasih kepada bakal isteri saya yg sentiasa memberi sokongan,dokongan, dari pelbagai arah dlm usaha untuk mengatasi pancaroba yg dihadapi. antara perkara yang menarik yang berlaku pada awal 2011 ini ialah:

1. Buat kali kedua2 berturut2, azam tahun baru dpt dicapai pada bulan Januari. Sebenarnye aku sudah mendapat kerja baru setelah berkhidmat untuk Freescale selama satu tahun satu minggu. Bagi aku, pengalaman bekerja di situ sgt bermakna buat aku. Suasana, kawan2, cara kerja amat berbeza dari kat JVC dulu (sbb sume pun speking omputih je,even sesame melayu pun).Mgg susah nak dapat pengalaman tu kat tempat lain. Periuk nasi aku yg seterusnye ialah di WD, sebagai Firmware engineer. Best ke kerje tu? I try first, regret later..huahuahua..BTW, pls wish me luck

2.Persiapan kahwin. Yahoo!! aku nak kawin!! persiapan hampir complete almost 90%. segala urusan birokrasi telah disetelkan, hanya tunggu utk berjabat tangan ngan jurunikah dan lafazkan nikah je. Progress utk kawin aku ade ditunjukkan kat sebelah kanan ni..korg bleh nampak la ape yg blum complete lagi. yang tgh pending adalah doorgift, bunga bertelur dan pengedaran kad kawin je. Semuanye berjalan lancar seperti yang dirancang. Semoga Allah memudahkan segala urusan, InsyaAllah. Amin!

3.Pembelian rumah. macam korg dpt tgk kat FB aku. aku ngan bakal isteri ku telah membeli sebuah rumah teres dua tingkat yang terletak di Klang, btul2 di blakang Bukit Tinggi(tp tak penah nampak pun bukit kat ctu). Segala urusan pembelian sedang rancak berjalan. Kene pergi jumper lawyer la, pegawai bank la..utk sign dokumen yang diperlukan. InsyaAllah, rumah itu akan siap sepenuhnya pada Mac 2012..setahun je lagi. Jemput la datang yek bile dah siap nanti. senang je nak pi...lalu kesas arah ke Pulau Indah, smpi simpang klang banting, amik kiri,pastu amik kanan, selepas petronas, amik kiri, pastu kanan..dan terus sehingga ke syurga..haha..Di bawah ni disertakan sedikit gambar2 sneak peek utk tatapan umum dan juga stalker2 yang bertauliah. Nak full version sila pergi sini.

signboard yang sejibik macam dlm brochure

pandangan sisi

dari depan

4. macaroon mania telah melanda. saksikan gambar dibawah utk mengetahui apekah itu macaroon. ade org tu dah sgt addicted. so sebagai seorg kekasih yg memahami, saya telah berjanji utk belajar membuat macaroon apabila dewasa kelak.


dalam display

dalam beg ade macaroon
dalam beg macaroon ade ape? macaroon la

5.Baru sat tadi pi Stadium Shah Alam, Selangor vs Kedah, menang 2-0 tu..kedua2 jaringan berpunca dari tandukan Robot(No.23) dan Asra(No.4) yg diassist oleh Waktong(no 14) dan juga Alkapitanodeharimaumalaya(No. 8), Sesungguhnye kemenangan ini amat bermakna utk mengejar pasukan kijang yang sedang berada dipersada liga.Viva  Selangor!

Sebenarnye byk lagi mende yg baik berlaku kat kitorg akhir2 ni,tak terblog banyaknye..mungkin ini dugaan yang Allah nak bagi untuk menguji iman hamban-Nya yang lemah. Kene berwaspada ni. Berigt sebelum kene.Ape yang penting kita haruslah terus bersyukur, redha dgn segala ketentuan dariNya. Renung2kan dan selamat beramal.

p/s:Arap2 malam ni mimpi bagi farewell speech esok..dah malas nak pikir ape nak cakap utk esok hari.

Tuesday, February 22, 2011

Update sikit sbb incik asek lupa update.

lama tak cite pasal nk beli umah. asek fikir pasal kawin2 je. tp kan, baru2 ni ada jumpa 1 umah y mcm bes. still consider murah la gak. so tak hagak2 pas amek offer letter pas book unit, sebey bank.

patu kitorng apply OCBC bank, mmg berbaloi2. alhamdulillah loan approve smlm, so pasni bleh setel pasal umah dlm minggu ni. pas kawin rilek sket da. takyah nk cari umah. umah ni, still under development n target to complete by March 2012.

Saturday, February 12, 2011

auw. auw. jgn muntah ye. ;p


kadang2 saya sedih, asyik rasa nak menangis
tapi..
 dia salu buat saya tiba2 tergelak.
terus saya jadi hepi :D
kadang2 saya takut..
tapi..
dia salu cakap,
"Jgn takut, abg ada".
dia jadi hero saya. kecuali time tgk cite hantu. hehehe
kadang2 saya frust, emo tatau nape
tapi..
tatau macamana, dia mcm tau2 je.
lepastu dia pujuk saya.
terus saya cair  *blush*
kadang2 saya susah hati, risau
tapi...
dia selalu cakap, "jgn risau, tade apa yang nak risau. tgk abg,
cool je"
cool la sgt~ tgk cite antu sorok2 muke :p
pastu kadang2 saya geram, ase marah
tapi..
dia cakap,
"rilekla, tade apa y kita dapat dari marah2. baik kita g makan"
sebab tanak bg saya susa ati, dia bawak saya
makan makan
minum minum
jalan jalan
patut pun masing2 mengembang! hehehe :p

tapi..
dia bg saya satu perspektif baru dalam hidup.
dia buat saya nampak..
dunia ni sangat indah
he shares all the love with me.

dan..
saya jatuh cinta sepenuh hati pada dia.
sebab
.
.

dia lah goodluck charm saya!
selalu bagi saya semangat, selalu buat saya hepi, selalu bila ada dia..
saya boleh jadi saya.
dan kadang2 saya boleh jadi,
lebih baik dari saya. (aik?)

Thank you abang, for everything! I love you sooooo soooooo sooooooooo much!

Monday, February 7, 2011

Isnin, hari hampir settle semuanya.

Best start for the week.

Borang dah setel, kadi dah setel, dewan nikah dah setel.
Housing loan dah survey, bekas hantaran da almost complete, 2nd payment after deposit dah settle. Phew.

Bleh kawin?

hehehe.

Dewan nikah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Siap amek gmbr buat amek feel utk incik. Supposedly entry ditulis incik, tp sian bliau penat. Dan didera saya lagi utk buat calculation comparison home loan. "Sorry susahkan ye" hihihihi

Next entry, compulsory ditulis incik. Haip!!! *muka garang*

Friday, February 4, 2011

Undangan Perkahwinan

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Dijemput (refer event list)  rakan2 ke majlis kami, seperti di bawah (click for larger image):


Tarikh : 30 April 2011
Tempat : Galeri Shah Alam, Taman Tasik Shah Alam



p/s: kepada stalker tegar, juga dijemput hadir. dan jangan lupa bawa bersama hutang lama untuk dibayar sekiranya anda hadir. what a perfect life! :)

Wednesday, February 2, 2011

entry bergambar.

Cliché je kalau nk tulis lama tak hapdet dan sebagainya. Trus kepada album bergambar setelah idea nak tulis evaporated with time. Last saturday, tak disangka2 gaji masuk. hihihi. alhamdulillah. tenkiu bos. 

1. Saturday, 29th Jan 2011

Plan asal nak pegi tgk rumah je. Bayuemas atau Bandar Puteri. Pagi2 celik mata trus check, dan trus segar bijik mata lantas bergegas siap menuju ke mid valley seawal 10 pagi. Plan utk tiba tepat jam 10 sedikit tersasar 30 minit. Time ni pulak terjumpa rakan2 lama mahupun baru dan juga rakan virtual FB ketika sedang menggedik2 di the Gardens. Long cut short, 42% dari list barang penting telah berjaya didapatkan dengan rakusnya. Sebab feeling2 shopaholic yang tak tau bila nak rasa mengangkut beg2 macam dalam cerita "orang-kaya-shopping-tak-risau-duit-cuma-swipe-aje" saye pun snap gambar sebagai mood booster saya. andaikata tiba2 emo atau down, lihat saje gambar ini mungkin saya akan rasa gembira kembali jika tidak bertambah stress sebab tak dapat menikmati siaran ulangannya.

Setelah mendapatkan parking free sebab promo swipe swipe, kami pun menuju ke tujuan sebenar. pegi tgk kat Bayuemas, developer I&P. tgk2 dah terkenan pulak. amek letter offer, n skang tgh sebey2 housing loan. pasal loan, still dlm proses mencari yang dpt cater utk keperluan kitorang. harap2 ada. tapi, saya takmau menaruh harapan tinggi dulu walaupun hakikatnye da brangan dah nak letak barang apa dlm umah tu. hukhuk.

2. Sunday, 30th Jan 2011


Ingat mau pegi amek baju nikah saya tapi sbb terlalu gelojoh lupa menalipon dan tny kedai bukak ke x. akibat tamak bagaikan anjing dan bayang2 kami pun trus menuju ke karnival karangkraf. skali lagi saya hampa sebab saya tersalah anggap ni karnival pengantin walaupun dah terang2an cakap karnival karangkraf. yang menarik, majalah pengantin bulan march da dpt  bli dgn murah, pastu dpt 3 jenis doorgift. carik buku mewarna utk anak buah tapi tade plak. patu balik ajela. skali lagi terserempak dgn rakan lama yang baru jumpa semalam. hujan borek anak rintik, jadi tak de rasa nk pusing2 sgt. ada ular, tapi..takut kot nk try pegang.nk pulang, selak2 majalah pengantin. ternampak gmbr pak kapit! hahaha pak kapit y sama mengapit time puan tanti dan incik hamer kawin itu hari.







3.Monday, 31st Jan 2011

Keje. Tapi masih mood cuti. lunch misti kua plak dah. restoran Nirvana kot, kat Taipan USJ. makan atas dawun pisang. silapnye saya suda bekpes makan nasik lemak kecik bersaiz doplosen tapi berharga dua hengget doplosen. kawan saye cite, kalau makan nasik atas daun pisang ni, slagi tak suh dia stop letak nasik selagi tu dia akan taruk nasik membukit2. berbaloi btul la ek kalau nak makan sini. harga sedaun tu same je byk ke sikit. 

4. Tuesday, 1st Feb 2011

Hari selasa haritu rasa macam lapar membuak2. rasa asyik nak makan macam resaksa.sibaik tiba2 bos bagi balik awal secara tiba2, trus semangat mau pg makan. ptg pas balik keje singgah nando's ternampak ada sorang adik ni, dari pandangan sisi membuatkan saya teringat kepada kawan y saya syg, cik fera. hukhuk. tapi bliau lg cun la dari ini adik. 

5. Wednesday, 2nd Feb 2011

Pagi2 lagi dah mtk pak contact imam, saye mau setelkan saya punya borang. pas setel, trus pegi pjabat agama islam klang. perjalanan sket punya ssh. mula2 pegi, dah jalan g pejabat tu tp nmpk mcm abandoned.mcm cerita umah seram. nak ambek buah sukun jatuh bawah pokok kat laman tu pun ase mcm angker je. upenye ada banner gtau da pindah. jalan2 pusing2 cari pjbt baru, salah2 turn pulak. sibaik ini kali pak yang bawakkan. tapi naik pening gak la.. kalaulah daku yang drive sndiri nak pegi sana, tobat sesat tah ke mana. misti ada rasa "kensel lah kawin. susah benor" (boleh ke?) smpai2 je, alhamdulillah cpt setel gak la. isnin nanti mau pigi shah alam punya pejabat pulak kasi settle dgn kariah masjid trus. yahu yahu!


Quick checklist:


Settled:
  1. Tarikh & waktu nikah
  2. Lokasi, waktu jamuan & tempahan
  3. Tema majlis
  4. Budgeting
  5. Kumpul nama tetamu
  6. Pengapit
  7. Juruandam
  8. Katering
  9. Jurufoto
  10. Cincin nikah
  11. Kek pengantin
  12. Deposit
  13. Ujian saringan HIV
  14. Docs permohonan nikah up to PAID Klang
  15. Saksi nikah
Pending:
  1. Baju nikah ppuan  - dah siap, lum amek je. Pas CNY
  2. Muzik - leave to DJ, request song list pun da siap. Pending discuss.
  3. Kad jemputan - In progress, thanks to Nonoi!
  4. Final submission to PAID  - Next Monday
  5. Balance stage by stage - Next Monday
  6. Honeymoon - Tak plan lagi,ke..  nk simpan wat downpayment umah?
  7. Distribute kad - Target by end of Feb/ March
  8. Atur tpt tinggal - Intekma Resort details TBC
  9. Konsep dgn jurufoto - End of Feb
  10. Doorgift - Pending masukkan barang n deco
Overall : 80% siap!