Assalamualaikum, dengan rendah dirinya saya ingin memohon maaf kepada kekasih saya kerana telah lame tidak mengapdet blog walaupun salah satu azam tahun baru saya ialah mengapdet blog secara istiqamah dan wasatiah tanpa ada unsur2 syirik. Alhamdulillah ke hadrat ilahi, walau pun hanya telah 2 bulan berlalu, tahun 2011 ini membawa sejuta seribu seratus sepuluh sa makna buat diri aku Pelbagai onak ranjau berduri yg telah ditempuhi namun saya bersyukur kerana dapat mengatasi semuanya dengan tenang dan terima kasih kepada bakal isteri saya yg sentiasa memberi sokongan,dokongan, dari pelbagai arah dlm usaha untuk mengatasi pancaroba yg dihadapi. antara perkara yang menarik yang berlaku pada awal 2011 ini ialah:
1. Buat kali kedua2 berturut2, azam tahun baru dpt dicapai pada bulan Januari. Sebenarnye aku sudah mendapat kerja baru setelah berkhidmat untuk Freescale selama satu tahun satu minggu. Bagi aku, pengalaman bekerja di situ sgt bermakna buat aku. Suasana, kawan2, cara kerja amat berbeza dari kat JVC dulu (sbb sume pun speking omputih je,even sesame melayu pun).Mgg susah nak dapat pengalaman tu kat tempat lain. Periuk nasi aku yg seterusnye ialah di WD, sebagai Firmware engineer. Best ke kerje tu? I try first, regret later..huahuahua..BTW, pls wish me luck
2.Persiapan kahwin. Yahoo!! aku nak kawin!! persiapan hampir complete almost 90%. segala urusan birokrasi telah disetelkan, hanya tunggu utk berjabat tangan ngan jurunikah dan lafazkan nikah je. Progress utk kawin aku ade ditunjukkan kat sebelah kanan ni..korg bleh nampak la ape yg blum complete lagi. yang tgh pending adalah doorgift, bunga bertelur dan pengedaran kad kawin je. Semuanye berjalan lancar seperti yang dirancang. Semoga Allah memudahkan segala urusan, InsyaAllah. Amin!
3.Pembelian rumah. macam korg dpt tgk kat FB aku. aku ngan bakal isteri ku telah membeli sebuah rumah teres dua tingkat yang terletak di Klang, btul2 di blakang Bukit Tinggi(tp tak penah nampak pun bukit kat ctu). Segala urusan pembelian sedang rancak berjalan. Kene pergi jumper lawyer la, pegawai bank la..utk sign dokumen yang diperlukan. InsyaAllah, rumah itu akan siap sepenuhnya pada Mac 2012..setahun je lagi. Jemput la datang yek bile dah siap nanti. senang je nak pi...lalu kesas arah ke Pulau Indah, smpi simpang klang banting, amik kiri,pastu amik kanan, selepas petronas, amik kiri, pastu kanan..dan terus sehingga ke syurga..haha..Di bawah ni disertakan sedikit gambar2 sneak peek utk tatapan umum dan juga stalker2 yang bertauliah. Nak full version sila pergi sini.
![]() |
| signboard yang sejibik macam dlm brochure |
![]() |
| pandangan sisi |
![]() |
| dari depan |
4. macaroon mania telah melanda. saksikan gambar dibawah utk mengetahui apekah itu macaroon. ade org tu dah sgt addicted. so sebagai seorg kekasih yg memahami, saya telah berjanji utk belajar membuat macaroon apabila dewasa kelak.
![]() |
| dalam display |
![]() |
| dalam beg ade macaroon |
![]() |
| dalam beg macaroon ade ape? macaroon la |
5.Baru sat tadi pi Stadium Shah Alam, Selangor vs Kedah, menang 2-0 tu..kedua2 jaringan berpunca dari tandukan Robot(No.23) dan Asra(No.4) yg diassist oleh Waktong(no 14) dan juga Alkapitanodeharimaumalaya(No. 8), Sesungguhnye kemenangan ini amat bermakna utk mengejar pasukan kijang yang sedang berada dipersada liga.Viva Selangor!
Sebenarnye byk lagi mende yg baik berlaku kat kitorg akhir2 ni,tak terblog banyaknye..mungkin ini dugaan yang Allah nak bagi untuk menguji iman hamban-Nya yang lemah. Kene berwaspada ni. Berigt sebelum kene.Ape yang penting kita haruslah terus bersyukur, redha dgn segala ketentuan dariNya. Renung2kan dan selamat beramal.
p/s:Arap2 malam ni mimpi bagi farewell speech esok..dah malas nak pikir ape nak cakap utk esok hari.









tahniah! entry y memuaskan. sila tulis lagi banyak :p
ReplyDeletenak tulis lagi ni..jaga-jaga..
ReplyDelete