Thursday, March 3, 2011

ada apa dengan 2nd March 2011?

 Salam semua, ini adalah entry wat kali kedua dalam mase 2 hari. di harapkan pada hari2 yang mendatang, saya tidak akan miss untuk menulis belog ini

menjawab persoalan tajuk entry utk kali ini:

Kejadian no 1.kite mulakan dengan kisah sedih yg menimpa si kelabu. Si kelabu telah ditabrak oleh sebuah Honda Oddsey yang dipandu oleh seorang uncle melayu yg sgt sombong. ade ke patut die reverse tak tgk kat blakang..lepas tu boleh plak die kate die tak tau siapa yang bersalah walau pun secara terang2an(ditambah dengan cahaya matahari) dia yang melanggar keretaku yang sedang berhenti, kemudian die menyatakan yang die tidak sengaja melanggar si Kelabu. apakah itu erti kemalangan kalo ianya berlaku secara sengaja? yang paling aku hangin, aku nak tgk die punye IC and No hp..die langsung taknak bagi..wat bodo je. Oleh kerana die nak aku wat repot, maka aku pun wat report la kat polis selepas pulang dari kerja. Ditemani oleh rakan mengularku yang terbaru(sila rujuk gambar di bawah tk mengenali siapakah rakan mengularku), aku dan die pergi wat report kat cawangan trafik PJ oldtown, punye la lambat, kul 8 start, kul 10 baru la setel. Pas setel kami pergi makan nasi ngan ayam goreng di mamak sebelah padang PKNS. aku juga ingin mengambil kesempatan ini utk memohon maaf kepada kekasih ku kerana telah memungkiri janji utk bersykpe pada malam ini kerana aku pulang lewat malam..sorilah syg...bukan sengaja xnak skype...tp ade sumting yang perlu disetelkan dulu. Love you(romantik tak aku?). Di bawah ini adalah snapshot di kawasan kemalangan tersebut.

No Plat kereta Honda tersebut

dulu belah kanan, skang belah kiri plak
Kejadian kedua: Sebenarnye hari ni adalah the last day aku kat freescale. Tak sangka dah setahun aku kerja kat ctu. Selepas ditabrak seperti yang telah dinyatakan di atas, aku dan rakan2 seperjuangan menuju ke giant kelana jaya utk makan piza sempena farewell aku. a picture tell a thousand words. so nikmatilah beribu2 patah perkataan kat bawah ni..satu gambar dah seribu, kalo lapanbelas tak sejuta ke? tak yah susah2 aku nak tulis panjang2 lagi,ape2 pun kalo nak tgk full version pi kat sini macam biase kat sini :

geng kat freescale

abis  licin..aku mkn 3 keping je..byk gak tu

btw, nak mintak maaf lagi kat kekasihku kerana tidak dapat makan tghri bersama. esok kite lunch same2 ye syg

kejadian 3: Sesi bergambar bersama jiran sebelah dan rakan mengular dan juga yang sewaktu dengan nya. Goodbye and so long Freescale!

lepas setahun..macam ni je meja aku..kosong je..tp makanan pasti ada

ngan akak nanana wowoye..jiran sebelah
ngan fazli, br 2 bulan a.k.a partner in crime dalam aktiviti pengularan

bye bye freescale

actual badge telah diambil..jadi la aku seorg temp worker








1 comment: