1. Sebelum beli rumah, kita kene pastikan details tentang developer.
- housing developer tu mestilah ada lesen dan lesen yang masih sahlaku.
- housing developer mesti ada iklankan projek tersebut dan ada sales permit yang masih valid.
2. Kenalpasti jenis rumah.
- Untuk landed property mcm banglo, semi D, dan teres, expected date of completion ialah 24 bulan dari tarikh anda tandatangan Sales & Purchase Agreement (SPA) manakala untuk jenis strata iaitu kondominium, flats, apartments atau townhouse, expected date of completion ialah 36 bulan.
- Sebelum beli, pastikan kita dah dapatkan brochures dgn information tentang project tu, mcm development's license number, advertisement dan sales permit. ini untuk make sure project tu betul2 valid dan kita tak kene tipu ngan fraud case.
3. Kenalpasti status tanah.
- Freehold land atau Leasehold land atau Tanah Rezab. Kalau Leasehold, check brape tahun sebelum leased. jgn lupa check jugak samada tanah tu penah dipajakkan pada bank atau tak.Status tanah kalau nak tau lagi lanjut boleh check kat Pejabat Tanah.
4. Check information brochure.
Masa dapat brochures dari developers jgn tgk design plan saje atau skali tgk simpan masuk beg. check dulu. brochure tu mesti ada item2 di bawah;
- Pemaju perumahan punya nombor lesen dan tarikh expired
- Iklan dan sales permit number dgn tarikh expired
- Nama dan alamat untuk pemaju perumahan berlesen, authorized agents(kalau ada),pihak guaman terlibat(kalau ada),syarikat pengurusan projek mcm consultant's details(kalau ada)
5. Detailed description
- building material punya spec
- size rumah, lot size etc
- kemudahan dan prasarana
- nama projek tu
- expected date of completion
- harga untuk setiap jenis rumah, cth linked house intermediate lot, corner lot, atau semi d ke normal terrace
- brape unit untuk setiap jenis rumah, cth semi D 50units, linked house 2storey 100units dan sebagainya
- reference number untuk approved building plan dgn nama local authority.
- pastikan kita faham hak pembeli yang ditulis dalam Sales& Purchase Agreement. Nanti dalam SPA ni ada 2 schedule iaitu schedule G dan H yang termaktub dalam Housing Development(Control and Licensing) Regulation 1989. kalau tak faham, tanya. fahamkan betul2. jangan main2 ni :p
6. Pembayaran pertama
- 10% mesti dibayar masa sign SPA. pastikan tarikh sain SPA ngan tarikh 1st payment sama. Kene tau, tanpa sain SPA, developer tak boleh langsung collect any form of payment dari kita.
7. Pensijilan arkitek
- pastikan apa2 permintaan utk bayaran instalment disokong dgn sijil yang ditandatangani arkitek/certified engineer.
8.Faedah dikenakan bila bayar lambat
- kalau pembeli gagal utk bayar developer instalment dalam 21 hari bekerja dari tarikh bertulis dari developer, pembeli akan dicaj kadar faedah 10% per annum atas jumlah yang masih belum dibayar.
9. pembatalan SPA
- kene alert gak, kalau gagal bayar instalment lebih dari 28hari developer ada hak untuk batalkan SPA. tapi derang kene bagi notis bertulis oleh arkitek yang ada AR y menyatakan intention batalkan SPA.
10. bayaran cukai tanah, cukai pintu
- dari rumah dah siap atau dr date penyerahan kunci tu, (kene kompem balik) buyer dah bertanggungjawab utk bayar cukai2 ini. pastu bila rumah da siap dgn air dan electricity, mesti diserahkan pada buyer dalam 24bulan dari tarikh sain SPA(untuk landed property)
11. syarat2 yang developer mesti ikut:
- kne ada sijil dari arkitek menyatakan projek perumahan tu dah siap, dan dah ada air dan elektrik dah ada.
- developer dah apply utk Certificate of Fitness for Occupation (CFO) melalui Form E, dan form E tu dah disemak dan diapprove oleh authority.(Form E tu borang application dari arkitek developer kpd authority utk mohon CFO)
- buyer boleh mintak claim kalau late delivery dari developer.
- kalau developer gagal serahkan rumah mcm y dah dinyatakan dlm SPA, developer kene bayar gantirugi yang dikira dalam kadar harian, 10% per annum dari harga purchase
Baaaanyak sgt lagi yang nak kene tau pasal nk beli umah ni. apa yang penting, kene tanya apa yang tak pasti walaupun sikit tanya je jgn malu2.. no such thing as stupid question. pape lagi maklumat nak tau atau komplen2 bleh la contact direct seperti detail di bawah;
Monitoring and Enforcement DivisionMinistry of Housing and Local GovernmentLevel 3,
Block B North, Pusat Bandar Damansara
50782 KUALA LUMPUR
Tel : 03-2094 7033Fax: 03- 2092 5049
Forward your complaints here, complete and click send. Or e-mail our enforcement officers at enforcement@kpkt.gov.my, giving your full name, IC no, developer's name, name of housing project, etc.
Before proceeding please browse through the FAQ section provided.Please refer also to the prepared article, Housing and You, which has appeared in the local papers.
This is a division under the Ministry of Housing and Local Government and it is responsible for the implementation and enforcement of the provisions of the Housing Developers (Control and Licensing) Act (Act 118).



No comments:
Post a Comment